بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Tangan yang menulis ini juga akan lebur satu hari nanti, ku mohon agar segala yang tidak elok itu dihapuskan. Seandainya tangan yang menulis ini akan membawa kamu ke neraka, maka tinggalkanlah~

.:contacts:.

Tumblr: Insomnia

Post92: Maaf



Kadang ada perkara yang di benci,
menjadi musuh kepada diri, mungkin.
perkara yang di harapkan dapat di buang jauh-jauh,
harap dapat di bakar,
agar ia menjadi debu,
hapus apabila di tiup bayu,
namun tidak terjadi,
ia seakan-akan mengeras seperti batu,
yang tidak hancur walau dimamah petir,
yang tidak pecah dipukul ombak.

hakikatnya ada sayang tersisa,
di sebalik sayang itu,
angkuh meninggi diri,
tidak menerima seharusnya bersama,
sehingga menjadi penghalang kepada ketenangan jiwa.

apabila perkara itu menghinggapi akal yang waras,
pasti ada kesedihan,
mengikat diri,
tidakkan terlepas,
kecamuk hati yang mengancam diri,
hati itu kian rosak.

lemparkanlah.
buangkan segalanya,
jernihkan hati,
hapuskan segalanya,
kembalikan kesucian,
ketenangan,
hati itu raja,
jangan dibiarkan mati,
hati itu dijadikan bukan untuk membenci,
tetapi mengasihi,
bukan untuk berdendam,
tetapi untuk menyayang.

hapuskan, lemparkan, tinggalkan

redha itu, kau harus cari, bukan dinanti.

'maaf itu memang susah, tapi mungkin kerana perkara yang susah itulah yang mengembalikan ketenangan yang menghilang, memudahkan hadhirnya redha yang selalu berlari'

teman, aku pinta kemaafan kalian,
bukan aku benci, tapi kerana hati itu kini sedang liar,
dan aku perlu masa yang panjang, untuk menjinakkan.

monolog: Harus lupakan yang dulu, hidupkan yang baru.

bintu zulaziz, 
teratak tarbiyyah, 
5/4, 19:11.

Post91: sentap!

menggodek-godek tumblr, terjumpa benda-benda ni. Sentap!


“Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam Allah menutup keaibannya di dunia dan di akhirat”.

(HR. Muslim, Ahmad dan Abu Daud)



teman,
 aku merayu, tolong tinggalkan aku jika aku melakukan dua perkara tersebut, dan tolong tinggalkan aku jika kamu mahu membawa aku ke arah perkara-perkara tersebut.
kerana itu adalah jahiliyyah yang paling besar aku nampak sekarang dan aku cuba tinggalkan!\
kita tahu ianya adalah jahiliyyah, mengapa mahu disimpan lagi? tinggalkan!
kamu saksikan apa yang aku katakan, maka bantu aku.

Post89: Kuat!

Photobucket


Merenung, kepenatan~

'buat apa la aku susah-susah buat keje-keje ni? Bukan ramai pun yang nak ikut. Penat, menyakiktkan. Lebih baik tumpu study, kejar kejayaan".

Tiba-tiba mesej masuk, dari teman paling setia (tersengehlah anda) yang sudah pun mengetahui keadaan diri yang down entah keberapa kali.


‎"Jika kamu tidak berangkat, nescaya Allah akan menghukum kamu dgn azab yg pedih dan menggantikan kamu dgn kaum yg lain dan KAMU TIDAK AKAN MERUGIKANNYA SEDIKIT PUN." [ 9:39]

Secara drastik, tiba-tiba ada satu perasaan yang tak dapat di pastikan, masuk bagaikan peluru pepandu yang bakal meledakkan letupan, dada berdegup kencang, air mata hampir-hampir jatuh.

Tersentap!

apa ni? apa ni??

'eh eh, awak awak~ islam tak memerlukan awak sikit pun la, Allah tak memerlukan awak pun la, yang perlunya awak tu! awak sedar tak, awak yang memerlukan islam tu, awak yang sebenar-benarnya memerlukan Allah!'

'kalau awak tinggalkan jalan ni, awak ingat islam akan jatuh??'

'kalau awak mahu, silakan untuk tinggalkan jalan ni. Tak kiralah samada awak ada atau takda, islam tetap akan menang, Dia akan menggantikan dengan manusia-manusia yang benar-benar ikhlas dan beriltizam!. Yang ruginya awak jika tidak bersama berjuang ketika itu!'

~~~~~

'ahh!!! tidak!! aku tak mahu jadi biasa-biasa!!'

tapi...

'pulun sangat la ang~ jangan duk layan sangat, banyak sangat mengeluh! sudah-sudahlah!~'

*tertunduk, malu, sedih#

subuh itu, hujan renyai-renyai, melihat langit. Benar, sangat mendamaikan. Alam itu, lebih besar, dari serabut hati itu. Belajar dari alam.

"awak, jum sama-sama, kita lari dapatkan syurga" :')

**~**~**~**~**

wahai kalian, adakah kalian tahu, jalan ini tersangatlah kool! sebab apa?

sebab di sinilah anda akan dapat...

kawan yang sangat kool
ilmu yang sangat kool
pergi jalan-jalan di tempat-tempat yang kool
dapat makan makanan yang kool
dapat pakai pakaian yang kool
dapat membina diri menjadi manusia yang sangat kool!

tak percaya? cubalah!~
Moga terus kuat!



post88: Khas untuk awak :')




Buat awak yang sedang bersedih~

wahai awak yang baik,
dakwah ni adalah dakwah try n error
jangan takut salah, jangan takut nak buat salah.
dakwah ni kan seni.
kalau ada cara kita yang salah, kita cuba cara yang lain.
kalau nak banding dakwah Nabi-nabi kita, memang tak la kan?
mereka maksum.
dan tiap-tiap generasi mempunyai lain kelebihan dan lain cabaran.

awak, awak, jangan la sedih.
kita hidup tak sentiasa sempurna,
Dia je yang punya sifat sempurna tu.
biasa la kalau salah.
yang penting, jangan mengalah.

awak,
biarpun cara kita salah,
Allah kan masih menghitung apa yang kita lakukan,
Dia tak kejam, dan Dia Maha Penyayang,
pastinya, kerana sifat itulah Dia cepat sedarkan kita,
mungkin kita tak perasan,
keikhlasan itu juga sudah samar-samar dalam diri kita,
kerana itu, sukar benar untuk manusia menerimanya.

Allah~ pasti lembut benar cara Nabi kita,
hinggakan tanpa kata pun, sudah ramai manusia tertarik dengan baginda.
mungkin kita juga boleh pusingkan sikit cara kita,
biar orang lebih suka lihat cara dan sifat kita dari perkataan kita,
memang kita sepatutnya lebih banyakkan amal dari hanya bercakap, kan?
biarlah yang berlalu,
pusing kebelakang sebentar sahaja, buat belajar dari ibrahnya,
majulah kehadapan.

awak, kalau perlu, kita mula balik ye?
tak salah kan, jika kita bermula dari bawah?
mungkin bila kita mula berulang-ulang kali,
pasti kita akan rasa diri lebih mantap dari dulu.
jadi, kita tak terasa sakit jika tersilap,
yang kita tahu, Allah ada untuk kita.
dan pasti Dia tidak mengsia-siakan usaha kita.

Semakin maju kita kehadapan,
semakin hebat tarbiyah *ujian* yang Dia bagi,
maka, semakin tertingkat iman & taqwa itu tanpa kita sedari.

Moga terus melangkah ye awak! :')

buat diri saya juga yang sering kejatuhan.

_peristiwa itu amat bermakna,
bintu zulaziz,
NP.


Post87: Maratib amal ke2



Bimillahirahmanirrahim.

Sebelum baca sila lah istighfar dan bacalah mengikut tone yang sesuai :)


"ana tak suka la bab-bab nikah kahwin ni"

"tak payah la fikir sangat, belajar pun tak habis lagi~"

dulu, selalu sangat dengar ayat ni, dari orang yang dikira 'syadid gila!'. Serius, kalau saya jumpa orang macam ni, saya akan cabut! sebab apa? sebab saya dan dia berbeza! ya, berbeza! saya sangat suka cerita perihal pernikahan! Dek kerana, saya merasakan bercerita hal pernikahan itu membina saya dan mendewasakan saya!

Ha, tengok maratib amal tu. Saya nak dewasa! makanya saya suka berfikir bagaimana saya mahu naik tangga itu!


'Kita kan tengah belajar, ada ke patut kata fikir pasal nikah-kahwin ni membina?'

Tak caya? jum selidik, apa disebalik pemikiran itu.

Saya jamin, ramai antara kita nak pasangan yang soleh solehah. Kan? Dah tu, kalau nak pasangan soleh solehah, takkan tunggu je bulan jatuh ke riba. Atau pun, takkan mencari je yang soleh solehah, sedangkan diri sendiri solat pun tak terjaga, Al Quran pun entah kemana!
Ish ish, tak malunya kita! Cubalah menjadi dari asyik mencari..

Ok ok, dari segi pasangan sudah. Dari segi anak-anak pula. Kita nak anak macam mana ye nanti? nak anak yang soleh ke, atau nak anak macam mat saleh? Kalau betul la nak anak soleh, mesti dari sekarang kita membina diri kita. Sebab apa? Sebab anak tu akan copy paste perangai kita.
Mai hamba nak cerita sikit, macam mana orang-orang hebat dulu tarbiyah anak mereka.
Saya ambil tentang kisah abu hanifah:

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapanya.

"tuan, bagaimana tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya?"

jawab bapa Imam Abu Hanifah: "Aku mendidik anakku 40 tahun sebelum beliau dilahirkan"

Wow, sebelum 40 tahun dilahirkan? Meh tengok lak syi'ir arab ni -
'Kaifama takun yakun abna’aka ” yang bermakna bagaimana kamu hari ini,begitu pulalah anak-anakmu pada masa hadapan.

Jadi, nampak kan disini, nak bina anak-anak tu, caranya dengan membina diri kita sekarang. Jadi, salah ke kalau kita nak fikir tentang pernikahan. Bagi saya, tak salah, yang salah adalah cara kita. Bagaimana kita memikir? dan bagaimana pula tindakan kita selepas itu. Adakah dengan berangan-rangan naik pelamin, pakai baju apa, nak hadiah apa, cukup ke kita memikir dengan sekadar berangan-angan, yang lelaki tengok perempuan dan perempuan pula tengok lelaki, dengan alasan, 'ana nak nikah, sedang memikir masa hadapan!' kalau fikir hanya secetek itu, saya berani jamin, insyaAllah tak kemananya!Jangan salah faham~

yang perlunya adalah, kalau benar-benar nak bernikah, binalah diri. Ce tengok muwasofat kita dah beres ke belum. Okey, saya ada jumpa satu cek list yang agak detail. Lihat cek list muwasofat di sini ----> 10 muwasofat

ok, agak-agak dah kira ok ke muwasofat di situ? kalau masih lagi sikit, jum perbaiki!



ahha, kalau tengok maratib amal, berani ke kita cakap tak payah sangat la nak pikir-pikir pasal nikah? =.="

Penah seseorang bertanya kepada saya, "anti bersedia tak untukk nikah?" ana jawab, "haish, tak sedia la, takut ana, diri pun tak betul lagi". Si dia kata, "kalau nak tunggu diri ok, betul-betul bersedia sampai bila? Boleh jamin ke dah nikah nanti kamu diri kamu dah betul dan kamu bersedia? Yang penting sekarang buat apa yang termampu, kalau sampai masanya, nikah je lah, jangan jadikan 'tak bersedia' sebagai alasan" Fuh~ terkedu~

Betul betul betul, kita ni, ye ye je kata tak bersedia la, apa la. Dah tau tak bersedia, masih lagi nak main-main. Cuba serius sikit!

Sekarang memang masanya kita dalam penantian. Penantian dalam menjejak ke fasa yang lain pula. Dari kecil ke besar, dari tadika ke sekolah rendah, kemudian ke sekolah menengah, kemudian ke universiti, kemudian kita bekerja dan berkahwin. Dalam masa penantian-penantian itulah kita memperoses diri kita. Dulu sangat gemar orang kata 'penantian adalah satu penyiksaan. Ayuh tukar, 'penantian adalah suatu proses'. Proses apa? Proses kita mendidik kesabaran, proses kita membina diri, proses kita belajar dan sebagainya.

Ok, mungkin itu je yang dapat saya fikirkan hari ni, tak tahu pula esok-esok, moga-moga ada manfaat darinya.

jap-jap, saya ada terdengar ada orang cakap sesuatu...

"eh eh, dia ni pahal lak cakap2 pasal nikah ni? dah tak sabar nak nikah lak ke?" ups~ bukan itu tujuannya. Tujuan utama cuma nak sampaikan apa yang saya rasa saya paham, dan saya terasa ada yang salah faham dengan saya. Saya tak mahu ada yang kata, saya ni anti nikah-kahwin.

Saya bukanlah orang yang begitu. Jangan sempitkan fikiran. Jangan pula kata, orang yang suka bercerita atau membaca perihal nikah itu, orang yang sudah mahubernikah.

Pernah dahulu saya pergi ke kedai buku di sebuah kompleks di shah alam, saya membeli buku aku terima nikahnya tulisan ustaz hasrizal, penjual itu tersenyum-senyum ketika saya membayar. Kalau antum, pasti antum dapat agak kan apa yang di fikirkannya? Bukanlah bermakna saya membeli buku tu sebab saya dah nikah atau saya nak nikah, tetapi buku tu mempunyai banyak kisah motivasi untuk pembinaan diri.

Buku tarbiyatul aulad karangan syeikh abdullah nasih ulwan juga masih tersimpan kemas di atas rak meja saya. baru mula sikit. Tapi tak bermakna saya membacanya kerana saya dah punya anak. Tetapi untuk membina diri juga supaya saya mampu membina generasi akan datang dengan lebih baik kerana saya yakin dengan kata kata "untuk membina generasi akan datang, lihatlah pada generasi sekarang'.Moga-moga Allah memandu kita sentiasa.

Mohon mendoakan!

Saya budak baru belajar, kalau salah, silalah tegur~

minta maaf lah kalau post ni agak keras ataupun membuatkan hati-hati yang halus itu terguris~

Moga-moga Allah mengampuni kesilapan saya. Ambillah apa yang bermanfaat, yang tidak, buanglah. Barakallhu fiekum! Allahu Ta'ala 'Alam.


Astaghfirullah, astaghfirullah astaghfirullah

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu akbar.

Post86: Kata orang.



sana sini mereka sibuk memikirkan 'kata orang',
sana sini mereka sedih dengan 'kata orang',
sana sini mereka risau dengan 'kata orang',
sana sini mereka sentiasa dengan 'kata orang'.
padahal asal baliknya kita nanti akan 'seorang',
biar apa pun kita lakukan, apa nak dipeduli 'kata orang',
bukan 'orang itu' yang memberi kita syurga neraka,
lakukanlah biar dengan 'kata Allah'
kerana Dia sahaja yang layak judge kita,
hanya Dia sahaja yang akan memberi dosa pahala, syurga neraka,
jangan dirisau apa 'kata orang', risaulah dengan 'kata Tuhan'!

peringatan buat diri sahaja, kerana terlalu sibuk dengan 'apa orang kata?',
hakikatnya 'orang yang berkata' tu, tak terima apa yang kita terima,
moga Allah memberi ketenangan dalam setiap perbuatan,
moga Allah redha dalam setiap langkah!

al-faqir,
bintu zulaziz,
NP

Post85: Saad bin Abi Waqas

sila besarkan gambar diatas



Bismillahirrahmanirrahim. Saya hari ini, mahu melangsaikan sebuah amanat yang telah ditaklifkan dari murabbi saya, mengkaji sirah seorang sahabat, yang mungkin kita selalu mendengarnya, tetapi belum cukup teliti mengetahui kisah hidupnya. Moga-moga, post ini bermanfaat untuk kita~

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.


Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (QS. Luqman : 14-15)

Tanpa di sedari, kedua-dua ayat yang kita belajar dalam pelajar tingkatan 5 dahulu adalah ayat quran yang turunnya berkisarkan peribadi sahabat ini.

Tokoh kisah ini adalah seorang pemuda Makkah dari keturunan terhormat, dan dari ibu bapa yang mulia. Nama pemuda itu Saad bin Abi Waqas.


Sebelum keislaman

Tatkala cahaya kenabian memancar di kota Makkah, Saad masih muda belia, penuh perasaan belas kasihan, banyak berbakti kepada ibu bapa, dan sangat mencintai ibunya. Walaupun Saad baru menjelang usia 17 tahun, namun dia telah memiliki kematangan berfikir dan dewasa dalam bertindak. Dia tidak tertarik kepada permainan yang menjadi kegemaran pemuda-pemuda sebayanya. Bahkan dia mengarahkan perhatiannya untuk bekerja membuat panah, memperbaiki busur, dan berlatih memanah, seolah-olah dia sedang menyiapkan diri untuk suatu pekerjaan besar. Dia juga tidak puas dengan kepercayaan/agama sesat yang dianut bangsanya, serta kerosakan masyarakat, seolah-olah dia sedang menunggu uluran tangan yang kukuh kuat, penuh kasih sayang, untuk mengubah keadaan gelap gelita menjadi terang benderang.

Sementara itu, Allah SWT menghendaki kenaikkan darjat kemanusiaan
yang telah merosot, secara keseluruhan dan merata, melalui peribadi yang belas kasihan itu, iaitu melalui penghulu segala makhluk, Muhammad bin Abdullah. Dalam genggamannya memancar sinar petunjuk ketuhanan yang tidak tercela, iaitu Kitabullah.

Keislaman Saad.

Saad segera memenuhi panggilan yang berisi petunjuk dan haq ini (agama Islam), sehingga dia tercatat sebagai orang ketiga atau keempat yang masuk Islam. Bahkan dia sering berucap dengan penuh kebanggaan: "Setelah aku renungkan selama seminggu, maka aku masuk Islam sebagai orang ketiga."
Rasulullah SAW sangat bersuka cita dengan keislaman Saad. Karena beliau melihat pada peribadi Saad terdapat ciri-ciri kecerdasan dan kepahlawanan yang menggembirakan. Seandainya kini dia ibarat bulan sabit, maka dalam tempoh singkat dia akan menjadi bulan purnama yang sempurna.

Keturunan dan status sosialnya yang mulia dan murni, melapangkan jalan baginya untuk mengajak pemuda-pemuda Makkah mengikuti langkahnya masuk Islam seperti dia. Di samping itu, sesungguhnya Saad adalah pak cik nabi SAW. Dia adalah keluarga Aminah binti Wahab, ibunda Rasulullah SAW.

Kemuliaan Saad.

Rasulullah sangat bangga dengan pakciknya. Pernah diceritakan, pada suatu ketika beliau sedang duduk-duduk bersama beberapa orang shahabat. Tiba-tiba beliau melihat Saad bin Abi Waqas datang. Lalu beliau berkata kepada para shahabat yang hadir, "Inilah pakcikku. Cuba tunjukkan kepadaku, siapa yang punya teman seperti pakcikku!"

Tetapi, Islamnya Saad tidak langsung memberikan kemudahan yang menyelesakan baginya. Sebagai pemuda muslim, dia ditentang dengan berbagai tentangan, u
jian, serta cubaan-cubaan
berat dan keras. Ketika cubaan-cubaan itu telah sampai di puncaknya, Allah SWT menurunkan wahyu mengenai peristiwa yang dialaminya. Marilah kita dengarkan kisahnya.

Kisah keislaman

Kata Saad bercerita: Tiga malam sebelum aku masuk Islam, aku bermimpi, seolah-olah aku tenggelam dalam kegelapan yang bersangatan. Ketika aku sedang mengalami puncak kegelapan itu, tiba-tiba kulihat bulan memancarkan cahaya sepenuhnya, lalu kuikuti bulan itu. aku melihat tiga orang telah lebih dahulu berada di hadapanku mengikuti bulan terseb
ut. Mereka itu ialah Zaid bin Haritsh, Ali bin Abu Thalib, Abu Bakar Ash-Shidiq. Aku bertanya kepada mereka: Sejak bila kamu bertiga di sini? Baru sahaja, jawab mereka.

Setelah hari siang, aku mendapat kabar, Rasulullah SAW mengajak orang-orang kepada Islam secara diam-diam. Yakinlah aku, sesungguhnya Allah SWT menghendaki kebaikan bagi diriku, dan dengan Islam Allah akan mengeluarkanku dari kegelapan kepada cahaya terang. Aku segera mencari beliau, sehingga bertemu dengannya pada suatu tempat ketika dia sedang solat asar. Aku menyatakan keislamanku di hadapan beliau. Belum ada orang mendahuluiku masuk Islam, selain mereka bertiga seperti yang terlihat dalam mimpiku.

Saad melanjutkan kisahnya masuk Islam. Ketika ibuku mengetahui aku masuk Islam, dia marah bukan kepalang. Padahal aku anak yang berbakti dan mencintainya. Ib
u memanggilku dan berkata: "Hai Saad! Agama apa yang engkau anut, sehingga engkau meninggalkan agama ibu bapamu? Demi Allah! Engkau harus meninggalkan agama barumu itu! atau aku mogok makan minum sampai mati…! Biar pecah jantungmu melihatku, dan penuh penyesalan kerana tindakanmu sendiri, sehingga semua orang menyalahkan dan mencelamu selama-lamanya."

Jawabku: "Jangan lakukan itu, ibu! walau bagaimana sekalipun, aku tetap tidak akan meninggalkan agamaku!.

Ibu tegas dan berkeras melaksanakan ucapannya. Beliau benar-benar mogok makan minum. Sehingga tubuh dan tulang-belulangnya lemah, menjadi tidak berdaya sama sekali. Terakhir, aku mendatangi ibu untuk memmujuknya agar dia makan dan minum walaupun sedikit. Tetapi ibu memang keras. Beliau tetap menolak dan bersumpah untuk tetap m
ogok makan sampai mati, atau aku meninggalkan agamaku, Islam.

Aku berkata kepada ibu: "Ibu! Sesungguhnya aku sangat mencintai ibu. Tetapi aku lebih cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. Demi Allah! Seandainya ibu memiliki seribu jiwa, lalu jiwa itu keluar dari tubuh ibu satu per satu (untuk memaksaku keluar dari agamaku) sungguh aku tidak meninggalkan agamaku karenanya."

Tatkala ibu melihatku bersungguh-sungguh dengan ucapanku, dia pun mengalah. Lalu dia menghentikan mogok makan dengan perasaan terpaksa.

Maka Allah SWT menurunkan firman-Nya kepada Nabi Muhammad SAW
:"Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik,"

Pengorbanan/sumbangan.

1) Setelah Saad masuk Islam, dia lantas berjasa terhadap Islam dan kaum muslimin dengan prestasi baik dan tinggi. Dalam perang Badar, Saad ikut berperang bersama-sama adiknya Umair. Ketika itu Umair masih muda remaja, baru sahaja mencapai usia baligh. Tatkala Rasulullah SAW memerintahkan tentara muslimin berkumpul dan bersiap sebelum berangkat perang, Umair bersembunyi-sembunyi, takut kal
au-kalau dia tidak diperbolehkan Rasulullah turut berperang, kerana
usianya masih kecil. Tetapi Rasulullah tetap melihatnya, lalu tidak memperbolehkannya ikut. Umair menangis, sehingga Rasulullah merasa kasihan, dan akhirnya membolehkan Umair turut berperang. Saad mendatangi adiknya dengan gembira, lalu mengikatkan pedang di bahu Umair, kerana tubuhnya yang kecil. Kedua saudara itu pergi berperang berjuang bersama fi sabilillah.
Seusai peperangan Saad kembali ke Madinah seorang diri. Sedangkan adiknya, Umair tinggal di bumi Badar sebagai syuhada'. Saad merelakan adiknya ke pangkuan Allah SWT dengan mengharap pahala dari-Nya.

2) Ketika tentera kaum muslimin lari kucar-kacir dalam perang Uhud, Rasulullah SAW tinggal di medan tempur dengan kelompok kecil tentera kaum muslimin, tidak lebih dari sepuluh orang. satu diantaranya ialah Saad bin Abi Waqas. Sa'ad berdiri melindungi Rasulullah SAW dengan panahnya. Tidak ada satupun anak panah yang dilepaskan Saad dari busur melainkan mengenai sasaran dengan jitu, dan orang musyrik yang terkena, tewas seketika.

Tatkala dilihat Rasulullah SAW Sa'ad seorang pemanah jitu, beliau berkata dengan memberinya semangat "Panahlah, hai Saad! Panahlah…! Bapa dan ibuku menjadi tebusanmu!"

Sepanjang hidupnya Saad bangga dengan ucapan Rasulullah itu. sehingga Saad pernah pula berkata, tidak pernah Rasulullah berucap kepada seorang pun, mempertaruhkan kedua ibu bapanya sekalipun sebagai tebusan, melainkan hanya kepadaku."

3) Namun puncak kejayaan Saad, ialah ketika Khalifah Umar Al-Far
uq bertekad menyerang kerajaan Persia, untuk menggulingkan pusat pemerintahannya, dan mencabut agama berhala sampai ke akar-akarnya di permukaan bumi. Khalifah Umar memerintahkan kepada setiap Gabenor dalam wilayah kekuasaannya, supaya mengirim kepadanya setiap orang yang mempunyai senjata, atau kuda, atau setiap orang yang mempunyai keberanian, kekuatan atau orang yang berpikiran tajam, yang mempunyai suatu kelebihan seperi bersyair, berpidato dan sebagainya, yang dapat membantu memenangkan perang. Maka tumpah ruahlah ke Madinah para pejuang muslim dari setiap pelosok. Setelah semuanya selesai melapor, Khalifah Umar berunding dengan para pemimpin yang berkuasa, siapa kiranya yang pantas dan dipercayai untuk diangkat menjadi panglima angkatan perang yang besar itu. mereka bersetuju dengan sebulat suara melantik Saad bin Abi Waqas, singa yang menyembunyikan kuku. Lalu khalifah menyerahkan panji-panji perang kaum muslimin kepadanya dengan resmi, dalam pengangkatannya menjadi panglima.


Sewaktu angkatan perang yang besar itu hendak berangkat, Khalifah Umar berpidato memberi amanat dan perintah harian kepada Saad.

Katanya, "Hai Saad! Janganlah engkau terpesona, sekalipun engkau pakacik Rasulullah dan shahabat beliau. Sesunggunya Allah tidak menghapus suatu kejahatan dengan kejahatan. Tetapi Allah menghapus kejahatan dengan kebaikan. Hai, Saad! Sesungguhnya tidak ada hubungan kekeluargaan antara Allah dengan seseorang melainkan dengan mentaati-Nya. Segenap manusia sama di sisi Allah, baik dia bangsawan atau rakyat jelata. Allah adalah Tuhan mereka dan mereka semuanya adalah hamba-hambaNya. Mereka lebih kerana taqw
a, dan memperoleh kurniaan dari Allah kerana taat. Perhatikanlah cara Rasulullah, yang engkau telah mengetahuinya, maka tetaplah ikuti cara beliau itu."

Maka berangkatlah pasukan yang diberkati Allah itu menuju sasaran. Di dalamnya terdapat 99 orang alumni pahlawan perang badar, lebih kurang 319 orang para shahabat yang tergolong dalam baiatur ridlwan, 300 orang pahlawan yang ikut dalam penaklukan Makkah bersama-sama Rasulullah SAW, 700 orang putra-putra shahabat, dan pejuang-pejuang muslim lainnya (yang keseluruhan berjumlah 30.000 orang).

Sampai di Qadisiyah, Saad menyediakan seluruh pasukannya dan bertempur hebat. Pada hari itu sebagai hari penentu. Mereka mengepung musuh dengan ketat, lalu maju ke depan dari segala arah, sambil membaca takbir.
Dalam pertempuran itu, kepala Rustam, panglima tentara Persia, berpisah dengan tubuhnya oleh lembing kaum muslimin. Maka merasuklah rasa takut dan gentar ke dalam hati musuh-musuh Allah. Sehingga dengan mudah kaum muslimin menghadapi tentera Persia dan membunuh mereka. Bahkan mereka membunuh dengan senjata musuh itu sendiri.

4) Ketika pemerintahan Khulafa al-Rasyidin ketiga, Uthman bin Affan, Sa'ad dilantik untuk mengetuai rombongan umat Islam ke tanah besar China untuk menyebarkan agama Islam di sana sekaligus menyebabkan Sa'ad dikenali sebagai perintis kepada pemulaan tamadun Islam di China.

Kewafatan

Ketika Saad ke China buat kali keduanya, beliau telah membawa salinan penuh al-quran. Setelah, itu, Saad kembali ke arab. Pada 664 M, Saad meninggal dunia akibat sakit secara tiba-tiba di Madinah.

Saad bin Abi Waqas dikurniai Allah usia yang panjang. Dia dicukupi kekayaan yang banyak. Tetapi ketika wafatmenghampirinya, dia hanya meminta sehelai jubah usang. Katanya, "Kafani aku dengan jubah ini. Aku mendapatkan ia dari seorang musyrik dalam perang badar. Aku ingin menemui Allah dengan jubah itu."

_sebagai memecah kekeliruan-

Jika anda benar-benar pernah mengkaji tentang sirah Saad bin abi waqas, anda pasti keliru tentang sirah kematian beliau. Ketika mencari kisah-kisah kematian saad, saya turut terjemurus dalam kekeliruan tentang tempat kematian dan makam saad. Demi memecah kekeliruan saya menggoogle, dan mendapati beberapa sumber, dan akhirnya mendapati bahawa Saad bin Abi Waqas telah meninggal dunia di Madinah dan di semadikan di sana. Manakala, makam Saad yang dikatakan terletak di Guangzhou China adalah makam sahabat dari kabilah Saad bin Abi Waqas. Moga-moga sumber ini benar hendaknya.

Galeri.

Perkuburan Baqi', makam Saad Abi Waqqas dan Saidatina Fathimah.


Telaga yang dibuat oleh Saad bin Abi Waqas di Guangzhou, China. masih digunakan hingga ke hari ini.

makam yang dikatakan makam Saad bin Abi Waqas di China, merupakan Maqam sahabat dari kabilahnya.

Masjid pertama yang dibina oleh Saad bin Abi Waqqas di Guangzhou, China.

untuk lebih gambar tentang Islam di China , di sini- tomb of saad ibn Waqas

sumber: - Kepahlawanan Generasi Shahabat Rasulullah SAW -google - web ustaz amin

Wallahu 'Alam. Moga Allah pelihara sirah ini.

Post84: Bismillah, jalan je~


Bismillahirrahmanirrahim~

Alhamdulillah, nafas yang tersekat dulu diganti dengan nafas baru.
Hammasah yang selalu tenggelam timbul tiba-tiba tenggelam terus hari tu,
alhamdulillah Allah sayang lagi bagi hammasah yang lebih cantik.
doa-doakan, hammasah ini lebih kuat!
nak kongsi sikit, moga-moga manfaatlah~
Jalan ini sumpah menyakitkan! *virus dari belog angelpakaigucci#

Pernah kau rasa?
selagi tak pernah rasa,
sakitnya membanting tulang meluah tenaga,
sakitnya duit kopak cuba berpuasa,
sakitnya dimaki hamun diboikot manusia,
sakitnya 24 jam tak cukup masa,
selagi itu kau belum merasa hakikat sebenar jalan ini. *bagi saya-lah#

namun setelah apa yang kau lalui,
pasti kau akan dapat satu tamparan ketenangan di relung dalam jiwa,
tak pernah kau rasa,
tak pernah kau lihat.
damainya jalan yang tidak selamanya menyakitkan.

Jalan itu sumpah menyakitkan!
tapi apa yang perlu kau takut?!
kau kata kau letih melihat dunia,
kau kata kau nak lihat perubahan dunia,
kau kata kau cemburu mendengar cerita al-fateh berkuasa,
dan yang paling aku dengar,kau kata kau yakin dengan apa yang kau bawa
cuma.... jalannya ada sikit berliku,
tapi likuan itu tak sehebat mereka!
cuba kau toleh belakang,
lihat betapa seksanya likuan yang ditempuh Rasulullah,
lihat betapa sakitnya likuan yang ditempuh para sahabat,
mereka rempuh je, walau agak-agak rempuh itu membawa maut.

sebab apa?
sebab mereka yakin, hanya jalan itu yang membawa mereka lompat masuk syurga.

agak-agak, kita pun mesti dah lama tahu kan?
apa tunggu lagi?
cayala, "perjuangan mendapatkan syurga" yang kau gembar-gemburkan, inilah dia!
jum, angkat kaki, redah je!
apa nak ditakutkan lagi, Allah ada di sisi.
sekali lagi, jum~ bismillah, jalan je~ O_o


*pandanganmanusiatakadaapa-apalah~#


"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."
[QS47:7]

Post83

BEREHAT MENCARI HIKMAH HIMMAH DAN HAMMASAH~
mohon undur diri dari menulis ~

Post82:Tabiyah bukan paksaan~


Tarbiyah bukan paksaan, tetapi pendidikan.

"Realitinya, usrah didirikan atas dasar ukhuwwah dan semangat kasih sayang sesama para pencinta dakwah. Kenapa usrah selalu kering dan tidak bermaya? Atau nampak pada lahiriahnya seakan segar, tapi hakikatnya tidak bugar, lemah, lesu, tiada ruh dan tidak berupaya menghasilkan mad’u yang benar-benar ikhlas berjuang.
Kenapa ini berlaku? Jawapannya mudah sahaja. Kerana usrah yang dibina adalah paksa-oriented. Mahu menjadikan ma’du seolah-olah malaikat kecil. Lengkap tanpa kesalahan dan mengikuti 100% module yang disusun tanpa sebarang bantahan. Mad’u bukan robot yang boleh dipaksa, dan ditaujih sesuka hati oleh naqib atau murabbinya. Benar, arahan merupakan suatu proses dalam tarbiah. Tapi, arahan tidak boleh bertukar menjadi paksaan/tekanan kepada mad’u. Proses pembentukan mad’u atau rijal/kader memerlukan masa. Kita “merekrut” mereka dan memaksa mereka atas nama “amal jama’ie” sedangkan tuntuan sebenar amal jama’ie tidak begitu. Takwin atau pembentukan ma’du mestilah berperingkat, setapak demi setapak dan bertadarruj.

Usrah bukanlah seperti makanan segera. Hendak makan, seminit dua dimasak, sudah siap. mendidik dan mentarbiah manusia memerlukan masa yang lama. Untuk menjadikan mad’u lebih matang dan nampak “berusia”, murabbinya perlu membentuknya secara perlahan, tidak terlalu mengikat, tidak juga terlalu berkeras dan tidak pula terlalu longgar. Taujihat sememangnya perlu dalam amal jama’ie, tapi bukanlah taujihat itu menjadi suatu yang wajib ditelan secara paksa-”rela”. Rela dari sudut pandangan kita yang mengeluarkan arahan, terpaksa dari sebelah pihak yang memikulnya."

source: dr.Abduh

Teringat beberapa minggu lepas, perbualan antara 2 orang sahabat. Seorang sahabat tanya kepada sahabat kedua, kenapa tak keprogram? Jawabnya, "kalau bukan masa exam, insyaAllah ana akan cuba hadhir". Jawab sahabat yang tadi, "kita ni kena pandai bahagi masa". Terkelu sahabat yang kedua ini. Dalam beberapa hari berjumpa ana, kerap dinyatakan kesedihannya atas kenyataan sahabat itu.

Maaf, perlu dikatakan disini, islam itu sifatnya mudah, dan harus dipermudahkan dan tidak pula disusah-susahkan. Islam itu kerelaan dan bukan dengan paksaan. Orang yang menyeru kearah islam pula, hanyalah penyeru, bukan pula penghukum! Perkataan "kita kena pandai membahagi masa" tadi, benar-benar bagai peluru roket yang menujam ke jantung si sahabat, membuatkan dia bagai dibunuh dengan cara dikatakan tidak pandai membahagi masa sendiri. Mungkin sahabat itu tidak sengaja mengatakan itu, tetapi ana cuba juga membawa kisah itu agar kita lebih berhati-hati.


Ana sendri terusik dengan apa yang dikatakan sahabat tadi, kerana ana sendiri tak mengikuti program yang dikatakan itu, kerana ana tahu, program yang macam mana, sebagaimana dan bilamana yang ana harus pergi dan lakukan. Bukan semua program ana akan pecut menghadhirinya. Benar kata sahabat tadi "kalau bukan waktu exam ana akan cuba juga pergi". Ya, kerana kita tahu, usaha macam mana yang kita lakukan, dan kemampuan kita bagaimana pula. Jenis diri ana, bukan mudah untuk menghadapi exam, perlu ada persiapan yang mantap untuk benar-benar sedia. Jika kita tahu diri kita begitu, kita tahu usaha kita pula harus bagaimana. Bukan nak kata dengan usaha kita itu, jamin kita akan berjaya. Bukan begitu. Tetapi Kata Allah "faiza azamta fatawakkal alallah" Jika kamu BERUSAHA maka BERTAWAKKALAH kepada Allah. Usaha dan tawakkal!

dan ana mahu mengambil pula teori-teori yang ana belajar sebelum ini. Teori-teori yang mana ramai orang menggunakannya untuk membahagikan masa dalam hidup.



dengan cara ni, kita tahu mana yang lebih harus diutamakan. Diri ana, dengan alasan exam, bukanlah semua program ana akan tolak untuk menghadhiri, tapi program tertentu yang ana rasakan benar-benar perlu dan harus diutamakan. Usrah--macam mana pun ana akan usahakan untuk hadhir. Program am, harus difikirkan keperluan, kebaikan buat diri.

Tarbiyah tidak harus dengan paksaan. Bagi ana, sahabat tadi, katanya seolah-olah sebuah paksaan. Kerana jika diteliti, ia benar-benar menganggu emosi (bagi yang benar-benar berfikir). Kata sahabat kedua tadi, "ana tahu program macam mana ana harus pergi, sekalipun ana ada masa, mugkin ana tak hadhir program tersebut, sebab ana memang taknak"--luahan hati si sahabat tadi kepada ana. Ana pernah tanya kepada seorang lagi sahabat lain. "anti, kenapa pergi juga program tu, sedangkan banyak lagi benda tak hafal?" katanya "dah kakak-kakak *senior-senior* semua ajak pergi, kalau tak pergi apa la pula diorang kata, kan?"--- apa orang kata? saya takut jika saya lakukan sedemikian, saya akan hilang keikhlasan. Saya melakukan hanya kerana manusia, dan tidak mendapat apa-apa.

Menyeru itu harus lebih berhikmah dan lebih kreatif. Jangan seperti memaksa, tetapi dengan kerelaan, Agar dengan kerelaan, kita senang dengan tarbiyah~ :)

Maaf kalau entri kali ni, mengecilkan hati atau merungsingkan mana-mana pihak. Saya cuba berpendapat, dan jika ada yang tersalah, mohon perbetulkan. Moga Allah pelihara, moga ALlah redha. wassalam~ :)


Post81:Final~



satu kejadian di klinik kesihatan di kelantan beberapa hari sebelum final~

Saya :       anti, ana rasa takda semangat langsung untuk menghafal. macam mana ni..
Sahabiah:  anti, kalaulah semngat itu boleh disuntik, dah lama ana suntik semngat tu kat nti. kalaulah semangat tu boleh di makan, dah lama ana suap kat nti. kalau lah semangat tu melayang-layang, dah lama ana tangkap bagi kat nti. masalahnya semua tu takkan jadi. Jadi kita sendiri yang harus semangat.. semangat, semangat, semangat!!
saya:  *gelak*

Selepas beberapa hari dalam tempoh final~

Sahabiah:  anti, macam mana ni, ana takda semangat langsung nak belaja..
saya:         anti, kalaulah semngat itu boleh disuntik, dah lama ana suntik semngat tu kat nti. kalaulah semangat tu boleh di makan, dah lama ana suap kat nti. kalau lah semangat tu melayang-layang, dah lama ana tangkap bagi kat nti. masalahnya semua tu takkan jadi. Jadi kita sendiri yang harus semangat.. semangat, semangat, semangat!!
sahabiah:  takda ayat lain ke?
saya:         erk~ =.='

***********

Tiba-tiba terasa nak wish kat semua walaupun dah agak terlambat. Selamat berexam kepada semua sahabat sahibah.. Minggu final memang minggu yang agak tertekan. Waktu belaja, dan waktu tidur memang tak terurus. Yang paling terurus waktu makan. hehe.. *astaghfirullah~
stress? tilawah~ sedih? tilawah~ gembira? lebih lah tilawahnya~ moga Allah mudahkan!~

Apa pun, maaf salah khilaf kepada semua. mohon doa yang terbaik. moga semuanya najah buat islam. Semangat, semangat, semngat!!

*syukran my sahabiah: Pena Melakar Kata