بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Tangan yang menulis ini juga akan lebur satu hari nanti, ku mohon agar segala yang tidak elok itu dihapuskan. Seandainya tangan yang menulis ini akan membawa kamu ke neraka, maka tinggalkanlah~

.:contacts:.

Tumblr: Insomnia

Post81:Final~



satu kejadian di klinik kesihatan di kelantan beberapa hari sebelum final~

Saya :       anti, ana rasa takda semangat langsung untuk menghafal. macam mana ni..
Sahabiah:  anti, kalaulah semngat itu boleh disuntik, dah lama ana suntik semngat tu kat nti. kalaulah semangat tu boleh di makan, dah lama ana suap kat nti. kalau lah semangat tu melayang-layang, dah lama ana tangkap bagi kat nti. masalahnya semua tu takkan jadi. Jadi kita sendiri yang harus semangat.. semangat, semangat, semangat!!
saya:  *gelak*

Selepas beberapa hari dalam tempoh final~

Sahabiah:  anti, macam mana ni, ana takda semangat langsung nak belaja..
saya:         anti, kalaulah semngat itu boleh disuntik, dah lama ana suntik semngat tu kat nti. kalaulah semangat tu boleh di makan, dah lama ana suap kat nti. kalau lah semangat tu melayang-layang, dah lama ana tangkap bagi kat nti. masalahnya semua tu takkan jadi. Jadi kita sendiri yang harus semangat.. semangat, semangat, semangat!!
sahabiah:  takda ayat lain ke?
saya:         erk~ =.='

***********

Tiba-tiba terasa nak wish kat semua walaupun dah agak terlambat. Selamat berexam kepada semua sahabat sahibah.. Minggu final memang minggu yang agak tertekan. Waktu belaja, dan waktu tidur memang tak terurus. Yang paling terurus waktu makan. hehe.. *astaghfirullah~
stress? tilawah~ sedih? tilawah~ gembira? lebih lah tilawahnya~ moga Allah mudahkan!~

Apa pun, maaf salah khilaf kepada semua. mohon doa yang terbaik. moga semuanya najah buat islam. Semangat, semangat, semngat!!

*syukran my sahabiah: Pena Melakar Kata

6 comments:

INTAN NADZIRAH said...

salam ziarah :)
suke2..suke ayat tu..psl semangat2 tu,,hehe...
peranan sahabat ♥

Bintu ZulAziz said...

ziarah balas :D

suka jgk! btul3! ^^,

Muhammad Muzakkir said...

Pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya,

“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”

1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Mohd Ariff B. Abd Rashid said...

Salam ziarah dari pck. Cantik dan menarik blog nie.Smga ia menjadi medium yang baik utk menyuburkan dakwah

Mohd Ariff B. Abd Rashid said...

Salam ziarah dari pck. Cantik dan menarik blog ni..Smga ia menjadi medium yang subur untuk menjual produk IMAN.Jika senang, ziarahlag blog pck

Bintu ZulAziz said...

@ ustaz muzakkir. Syukran ustaz..insyaAllah, berusaha mencari SAHABAT itu.

@Pck Ariff.
syukran pck. amin insyaAllah. sering sekali ziarah blog pck. Moga Allah kasih~