"Realitinya, usrah didirikan atas dasar ukhuwwah dan semangat kasih sayang sesama para pencinta dakwah. Kenapa usrah selalu kering dan tidak bermaya? Atau nampak pada lahiriahnya seakan segar, tapi hakikatnya tidak bugar, lemah, lesu, tiada ruh dan tidak berupaya menghasilkan mad’u yang benar-benar ikhlas berjuang.
Usrah bukanlah seperti makanan segera. Hendak makan, seminit dua dimasak, sudah siap. mendidik dan mentarbiah manusia memerlukan masa yang lama. Untuk menjadikan mad’u lebih matang dan nampak “berusia”, murabbinya perlu membentuknya secara perlahan, tidak terlalu mengikat, tidak juga terlalu berkeras dan tidak pula terlalu longgar. Taujihat sememangnya perlu dalam amal jama’ie, tapi bukanlah taujihat itu menjadi suatu yang wajib ditelan secara paksa-”rela”. Rela dari sudut pandangan kita yang mengeluarkan arahan, terpaksa dari sebelah pihak yang memikulnya."
Teringat beberapa minggu lepas, perbualan antara 2 orang sahabat. Seorang sahabat tanya kepada sahabat kedua, kenapa tak keprogram? Jawabnya, "kalau bukan masa exam, insyaAllah ana akan cuba hadhir". Jawab sahabat yang tadi, "kita ni kena pandai bahagi masa". Terkelu sahabat yang kedua ini. Dalam beberapa hari berjumpa ana, kerap dinyatakan kesedihannya atas kenyataan sahabat itu.
Maaf, perlu dikatakan disini, islam itu sifatnya mudah, dan harus dipermudahkan dan tidak pula disusah-susahkan. Islam itu kerelaan dan bukan dengan paksaan. Orang yang menyeru kearah islam pula, hanyalah penyeru, bukan pula penghukum! Perkataan "kita kena pandai membahagi masa" tadi, benar-benar bagai peluru roket yang menujam ke jantung si sahabat, membuatkan dia bagai dibunuh dengan cara dikatakan tidak pandai membahagi masa sendiri. Mungkin sahabat itu tidak sengaja mengatakan itu, tetapi ana cuba juga membawa kisah itu agar kita lebih berhati-hati.
Ana sendri terusik dengan apa yang dikatakan sahabat tadi, kerana ana sendiri tak mengikuti program yang dikatakan itu, kerana ana tahu, program yang macam mana, sebagaimana dan bilamana yang ana harus pergi dan lakukan. Bukan semua program ana akan pecut menghadhirinya. Benar kata sahabat tadi "kalau bukan waktu exam ana akan cuba juga pergi". Ya, kerana kita tahu, usaha macam mana yang kita lakukan, dan kemampuan kita bagaimana pula. Jenis diri ana, bukan mudah untuk menghadapi exam, perlu ada persiapan yang mantap untuk benar-benar sedia. Jika kita tahu diri kita begitu, kita tahu usaha kita pula harus bagaimana. Bukan nak kata dengan usaha kita itu, jamin kita akan berjaya. Bukan begitu. Tetapi Kata Allah "faiza azamta fatawakkal alallah" Jika kamu BERUSAHA maka BERTAWAKKALAH kepada Allah. Usaha dan tawakkal!
dan ana mahu mengambil pula teori-teori yang ana belajar sebelum ini. Teori-teori yang mana ramai orang menggunakannya untuk membahagikan masa dalam hidup.
dengan cara ni, kita tahu mana yang lebih harus diutamakan. Diri ana, dengan alasan exam, bukanlah semua program ana akan tolak untuk menghadhiri, tapi program tertentu yang ana rasakan benar-benar perlu dan harus diutamakan. Usrah--macam mana pun ana akan usahakan untuk hadhir. Program am, harus difikirkan keperluan, kebaikan buat diri.
Tarbiyah tidak harus dengan paksaan. Bagi ana, sahabat tadi, katanya seolah-olah sebuah paksaan. Kerana jika diteliti, ia benar-benar menganggu emosi (bagi yang benar-benar berfikir). Kata sahabat kedua tadi, "ana tahu program macam mana ana harus pergi, sekalipun ana ada masa, mugkin ana tak hadhir program tersebut, sebab ana memang taknak"--luahan hati si sahabat tadi kepada ana. Ana pernah tanya kepada seorang lagi sahabat lain. "anti, kenapa pergi juga program tu, sedangkan banyak lagi benda tak hafal?" katanya "dah kakak-kakak *senior-senior* semua ajak pergi, kalau tak pergi apa la pula diorang kata, kan?"--- apa orang kata? saya takut jika saya lakukan sedemikian, saya akan hilang keikhlasan. Saya melakukan hanya kerana manusia, dan tidak mendapat apa-apa.
Menyeru itu harus lebih berhikmah dan lebih kreatif. Jangan seperti memaksa, tetapi dengan kerelaan, Agar dengan kerelaan, kita senang dengan tarbiyah~ :)
Maaf kalau entri kali ni, mengecilkan hati atau merungsingkan mana-mana pihak. Saya cuba berpendapat, dan jika ada yang tersalah, mohon perbetulkan. Moga Allah pelihara, moga ALlah redha. wassalam~ :)