بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Tangan yang menulis ini juga akan lebur satu hari nanti, ku mohon agar segala yang tidak elok itu dihapuskan. Seandainya tangan yang menulis ini akan membawa kamu ke neraka, maka tinggalkanlah~

.:contacts:.

Tumblr: Insomnia
Showing posts with label Catatan Hidup. Show all posts
Showing posts with label Catatan Hidup. Show all posts

Post43


.:Begin with HIS name:.

Salam'alaykum wbt

Maaf kepada semua pengunjung yang menanti penuh kesabaran untuk melihat post saya yang seterusnya. Mungkin ada yang tak tahu, bahawasanya selepas imtihan SPM lepas, saya telah bertolak ke ILIM (institut Latihan Islam Malaysia, Bangi) berkampung selama 22 hari, bagi mengikuti kem JDK (Jatidiri & Kesukarelawanan), dianjurkan oleh Haluan, KTD & JAKIM.

Alahmdulillah, saya sangkakan, saya tidak mampu untuk menempuhnya, akhirnya, sedar tidak sedar, segalanya dapat ku harungi dengan penuh kesabaran. Subhanallah, walhamdulillah, tak terucap syukurku kepadaNya, memilihku disini.

Walaupun sebelum ke JDK ada sedikit perbalahan antara saya dan sahibah-sahibah yang lain, sebab sebelum tu, saya dapat JDK di ILIM terengganu, tapi disebabkan terlalu ramai nak ke terengganu, jadi saya beralah, insyaAllah, saya pasti ada yang yang lebih baik disini, dan YA, itulah jawapannya.

Tak tau apa nak cerita, jadi, biarlah gambar dan video di bawah menceritakan segalanya~



Di sini segalanya bermula~

Taman ILIM tempat kami menjalankan LDK

Surau ILIM yang sungguh indah

Bilik Penginapan (bilik saya dan roomate saya, Nabeelah Naseer)


Surau

Aktiviti menghafaz

LDK

Kesungguhan Abang dan kakak-kakak Fasi menjayakan program


Tarbiyah bukan segalnya, tapi segalanya dengan tarbiyah (modul 1-anjakan paradigma)

Pembentangan Kumpulan ((modul 1- anjakan Paradigma)

Bersama pelajar-pelajar Form5 Sekoah Sungai Merab Luar

HIMEGA

Masjid Putra

Masjid Putra

Masji Mizan-lebih dikenali ssebagai Masjid Besi

Antara penceramah kami. PakcikYusman Nawazir


Perbincangan Untuk pembentangan



All about UWAIS ;)

Program Dakwah Ziarah

Program Dakwah-Kesukarelawanan

KAMI



Moga kita semua mampu membumikan setiap apa yang kita belajar di sini, dan memberi nafas baru kepada diri dan masyarakat. InsyaAllah..
Kita bukan pemula perjuangan, tapi kita adalah penyambung perjuangan.
All Da Best!

Khaskepadakumpulan2-UwaisAlQarny:
Syukran Jazilan!
ana uhibbukum fillah Hubban Jamma
Wo ai ni men ha' shien hai! :D

Terima kasih kepada pakcik-pakcik, Makcik-makcik urusetia, doktor-doktor, kakak-kakak dan aban-abang fasi, terima kasih banyak-banyak, moga Allah meredhai kalian.

Kenangan Masam, Manis, Pahit, pasti tidak akan dilupakan!


Post38 : warkah digerbang imtihan



bismillahirrahmanirrahim.
yaAllah, hambaMu yang kecil ini, mahu mengambil imtihan dunia yang amat penting buatnya pada masa ini. Maka dengan itu ya Allah, Kau ampunkanlah setiap kesalahan & kejahilannya dalam menjalankan tanggungjawabnya kepadaMu yaAllah. yaAllah, berikanlah ketenangan kepada hambaMu ini pada tika masnya tiba saat itu.Berikanlah kesihatan dan ingatan yang kuat sepertimana Kau beri ingatan yang kuat kepada Saidatina 'Aisyah r.a. dan sepertimana Imam Syafie pabila dia meminta kepadaMu. yaAllah, hantarkanlah haruman najjah kepada hambaMu ini, agar kelak, dia mampu berdiri sebaris bersama pejuangMu dalam meng'ila'kan syariat dan nuansa islam tercinta dibumi bertuah ini. Hantar jua haruman najjah yang berpanjangan kepada hambaMu ini, agar dia juga mampu menjadi pewaris murabbi dakwah dan tarbiyahMu.. Amin ya Rabbal 'Alamin, ya zaljalali wal ikram, istajib dua'i..

assalamu'alaykumwbt.

Kepada guru SMIK tercinta,
Ana, pelajar tingkatan 5 Itqan, memohon maaf, andai selama diberi tanggungjawab sebagai seorang pelajar, ada hutang yang tidak dilangsaikan, ada kata-kata yang menyakitkan, dan ada kelakuan yang melanggar etika seorang pelajar muslim. Mohon doakan kejayaan agar cita-cita yang utama mampu dikecapi. Mohon juga dihalalkan segala ilmu. Moga keredhaan guru-guru tercinta membawa sebuah kejayaan yang sebenar. Terima kasih atas segalanya!

Kepada sahabat sahibah tingkatan 5, smik, matri, smaskl dan semua yang kukenali dan tidak sempat kukenali,

ingatlah, andai perjuangan ini mudah, pasti banyak yang menyertainya. Andai perjuangan ini singkat, pasti banyak yang istiqomah.Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia, pasti banyak yang tertarik padanya. Tapi hakikat perjuangan adalah tidaklah begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama nanisan yang tak terharga. Andai jatuh, bangkitlah kembali. andai terluka ingatlah janji-NYA. kenapa perjuangan itu pahit?kerana syurga itu manis saudaraku. Selamat BERJUANG meneruskan obor perjuangan Rasul dan para sahabat.

andai selama kita berukhwah, pernah lidahku tersalah bicara, ada hatimu tersakiti dengan kelakuanku dan andai ada janji-janji yang tidak terpatri..sama ada sedar atau tidak.. ku menghulurkan kemaafan..mohon doa tulus dari antum semua demi kejayaan yang kamil.
terima kasih banyak-banyak kerana banyak membantu.
kepada sahibah-sahibah tingkatan 5, k.Asma', Aliah, Asiyah naz, Wani, Hafizah, Naurah, Amalina, Nazurah dan seangkatan dengannya, terima kasih banyak mengajar daku yang jahil.
Moga antum semua diberi ketenangan ketika imtihan nanti, dan juga najah yang besar tika akhir nanti.
Jangan mengalah, kerana jika kamu mengalah, bermakna kamu telah memberi kemenangan kepada jahilliyyah!!

PRAY FOR OUR SUCCESS!!

mohon maaf kepada semuanya, agar tidak terhijab nanti!

bersama kejayaan dan keredhaanNya~
Doa+usaha+istiqhamah+tawakkal

Salam Imtihan dan Salam kemaafan~

sincerly,
Bintu Zulaziz
6.00 pg
-out-


Post 21



Bismillahirrahmanirahim

Kini sudah 16 tahun, 4 bulan lebih, diri ni menapak, menumpang kasih dariNya, untuk hidup, untuk menhirup udara dimuka bumi ini. Dalam aku meniti jalan mencari CINTA dan REDHANYA, beribu kali ku terjatuh, tersungkur, namun ku kembali teguh diatas taliNya, tidak lain, tidak bukan, kerana kasihNya juga, tapi ku terjumpa satu perkara, yang membuatkan ku teguh dalam cita-citaku, iaitu, seorang yang bergelar SAHABAT. Manusia, hidup mereka tidak pernah bersendirian, tanpa Tuhanya, tanpa keluarganya, dan tanpa temannya. Manusia tidak boleh teguh sendiri, dan begitu juga diriku yang serba dhaif ini, ku takkan tegak berdiri berseorangan, tanpa keluarga dan sahabat disisi.

Dalam tempoh ku mengenal dunia juga, ku bertemu dengan bermacam-macam manusia, tidak terkecuali, sahabat-sahabatku. Bermacam sifat ku temui dalam diri mereka, kadang membuatku gembira, tapi selama ini, yang ku jumpa, gembira yang sebentar bersama mereka, tiba terlihat kecacatan, ketidaksenangan kembali mengusik.

Sejak ku kenal erti dakwah dan terbiyah, ku cuba mencari sahabat, Rabbi, hanya Kau yang tahu, betapa diri sering dilukai. Kadang ku cuba meyakinkan diri, tidak semua yang kita mahukan, akan kita dapat. Tapi ku cuba juga mencari, kerana ku tahu, mutiara tidakkan mudah dicari, tidakkan mudah dijumpai. Ia hanya akan ternampak, setelah kita bersusah payah mencarinya. Begitulah sahabat dalam hatiku. Aku perlu sahabat yang boleh membimbing daku, menegur daku, dan menarik diriku andai ditakdirkan aku jatuh.

Hari ini, Allah telah membawaku, berjumpa seseorang, yang telah lama dihadapanku, tapi mata tidak pernah nampak. Setia menanti, walau fitnah mengundang.

Sahabat, bermacam sentuhan kau beri kepadaku, tapi maaf, aku tidak pandai menyulam madah indah, bermacam perilaku kau tunjukkan untuk memberitahu yang kau hadhir disisiku, tapi maaf, ku tidak nampak dengan mata kasar, hanya dari hati ke hati, yang mampu membina jambatan hati antara kita.

Mungkin kerana nasib kita sama, kita sering bertukar rahsia hati, kita sering bersama, tapi kenapa dulu hanya sebentar-sebentar. Tiba kau kata dengan bersungguh, 'uhibbukifillah', ya Allah, sungguh menyentuh, kata-katamu kali ini, mampu membuatku berfikir panjang.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs498.snc3/27213_385108486267_301729376267_4463069_7157613_n.jpg
ya Allah,
andai benar Kau hadhirkan dia untukku,
Kau berilah kami satu hati yang tidakkan pernah berpecah.
Kau jadikalah aku bersyukur keatasnya,
kau jadikanlah dia berlapang dada menerimaku.
YaRahman,
kau utuhkanlah cinta kami,
jangan Kau pisahkan kami, sebelum redhaMu belum kami kutip,
sebelum mahabbahMu belum kami semai.
Jangan Kau pisahkah kami, tatkala ujian, fitnah, datang menerkam,
sebaliknya, jadikanlah kami orang yang Kau pilih untuk menjdai hamba yang bersabar,
Jadikanlah kami seperti embun dipagi hari yang mampu memberi ketenangan diantara hati-hati kami,
jadikanlah kami seperti matahari yang mampu memberi cahaya kepada kehidupan kami,
jadikanlah kami seperti awan yang mampu menurunkan hujan dikala teriknya matahari memancar,
dan jadikanlah kami seperti air yang mampu melembutkan batu yang keras.
ya Rahim,
kukuhlah ikatan aqidah kami, agar tak terputus, agar ia tetap memancar hingga malaikat maut muncul tiba,
dan panjangkanlah ikatan kami, hingga disana kelak.
Jadikanlah kami insan-insan yang bahgia disisiMu.


Sahabatku fillah,
aku tidak pernah mengharapkan yang sempurna,
aku hanya harap,
kau sentiasa disisiku,
Menguatkanku dikala ku lemah tidak berdaya,
Mensaihatiku dikala aku alpa dengan maksiat dan dunia.
menarikku apabila ku jatuh kelembah dosa.

Sahabat,
simpanlah kata-kata ini,
'sahabat mampu membawa kita kegerbang syurga, namum sahabat juga mampu membawa kita mengetuk pintu neraka'
Jadikanlah kata ini sebagai perangsang agar kita tetap dijalanNya.

Teringatku pada sepotong hadis,
Sabda Nabi SAW, ”mahukah aku tunjukkan kepadamu sebaik-baik manusia?” Para sahabat menjawab, ”mahu wahai Rasulullah,” Baginda bersabda, di ”Iaitu orang yang apabila kamu memandangnya, maka akan menjadikan kamu ingat kepada Allah.” ( Ibnu Majah)
Moga dikaulah insan itu.

Aku tidak mengharap seorang sahabat yang cantik wajahnya,
jika hanya merosakkan islam,
tidak juga mengharap seorang yang pandai bermadah,
hanya untuk satu helah menipu diri yang sudah sememangnya dhaif,
tidak pula mengharap yang pintar,
jika hanya kepintaran itu membuatkan kau melupakan Tuhan,
dan tidak menharapkan yang hartawan,
jika harta itu membuat kau tersimpul senang dengan nikmat dunia pinjaman.

sahabat,
Teguhkanlah iman dalam diri..
Moga dikau akan merasai..
Betapa indahnya nikmat Ilahi..
Yakinlah dikau akan dirahmati..
Harus kau percaya dgn pasti..
Dunia tidak kekal abadi..
Hanya menguji cekalnya hati..
Sebagai khalifah sejati..

sahabat,
dijalan Allah persahabatan ini bukanlah milliku,
dan bukan juga milikmu,
kerana ia merupakan perancangan Allah yang telah tersedia,
kerana Dialah, kau dan aku bertemu,
kerana Dialah, kau dan aku menyatu,
dan kerana Dialah, ukhuwah ini terbina dengan berbagai suka dan duka,
sungguh, persahabatn ini sudah terisi dengan kasih sayang,
ingatlah, ukhuwah itu akan indah, hanya keranaNya.

" aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati, ku hulurkan tangan kepada sahabatku, untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri, aku selalu berharap mendapat sahabat sejati, yang tidak luntur baiknya, dalam suka dan duka, jika aku dapat, aku ingin setia padanya" - imam syafie-

Ya sahabi, inni uhhibbuk fillah, Lillahi Ta'ala.

Post 7



Sahabat, tahun ini adalah tahun terakhir kita di bumi wakafan SMIK,
tapi, janganlah menjadikan tahun ini tahun terakhir kita berukhuwah

yaAllah,
Kau telah menyatukan hati-hati kami,
jangan pula Kau pisahkan kami dikala mahabbah belum cukup sempurna
untuk mencapai dajat keimanan dalam iman kasih saudara.
yaAllah,
panjangkanlah umur sahabat-sahabatku,
sihatkanlah tubuhnya agar ada yang tetap merintih cintaMu,
merindu kasihMu,
mendakap redhaMu,
jika tidak, belailah mereka dengan dengan penuh maghfirat dan rahmatMu,
ya Allah, izinkan kami terus bersama meredah duri belantara ujian didunia,
seandainya kami dipisahkan didunia,
temukanlah kami diSyurga sana,
atas pegangan kami,
berkasih, bertemu dan berpisah keranaMu yaAllah..


Just for all my love.. =D

tribute to: all my classmate in SMIK, sahabat-sahabat yang sentiasa disampingku dikala senang dan duka dan tidak lupa kepada sahibah-sahibah lama, moga diketemukan dihari yang lebih bahagia :)

Post 4

Poem of Nature by selmanaksoy.

Berubah?

Assalamu'alaikum w.b.t. Hamdalah, seperti tajuk diatas, sebenarnya, ana nak cuba menerangkan, kepada sahabat yang kukasihi sekalian. Ramai yang tanya, kenapa ana buang segala akaun-akaun yang lama, seperti myspace, friendster, facebook, malahan, blog juga. Nombor hp juga, telah ana buang, ada yang tanya, 'sebab laki kacau ke?'. Sebab yang utama dan terutamanya, saya mahu mengubah cara hidup saya. Ubah kemana? Pastilah kepada yang lebih baik. Dahulu, hidup yang terlalu dikongkong nafsu, syaithan. Padahal hati menderita meminta iman dikuatkan. Lemah.. Lalu Allah tiupkan kembali semangat baru untuk melakukan perubahan.

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka" (Surah ar-Ra'du:11)

Ana terjumpa kata-kata ni

Dalam mengahadapi perubahan dan untuk menjadi manusia unggul ada satu jalan yang tidak boleh tidak harus kita lakukan, yaitu selalu memperbaiki diri terus-menerus.

Sejujurnya, saya takut, takut jika perubahan tidak dapat dilakukan terus menerus (istiqhamah).
Jadi,saya mohon kebaikan sahabat sekalian, doakan saya, sokong saya, sahabat, mohon anda melengkapkan diri ini, menegur tatkala ku tersilap, agar penghijrahan ini, dapatku lakukan dengan sempurna, dapatku sebatikan dalam hidup, dapat terus istiqhamah.

Wallahu 'Alam.

p/s: kepada teman-teman, khasnya sahibah sekelas: dengar ada yang marah-marah tak dapat call, afwan jiddan, coz ada yang tak tahu, maaf, andai perbuatanku ini, menyusahkan kalian. Moga Allah redha. Afwan kepada pengunjung blog, ayat yang lintang pukang~