بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Tangan yang menulis ini juga akan lebur satu hari nanti, ku mohon agar segala yang tidak elok itu dihapuskan. Seandainya tangan yang menulis ini akan membawa kamu ke neraka, maka tinggalkanlah~

.:contacts:.

Tumblr: Insomnia
Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts

Post62: Pabila 'futur' menjengah~

Dengan namaMu ya Allah, aku memulakan tulisanku ini, dan kesekian kalinya aku memohon agar Kau memelihara tulisanku ini dari fitnah makhluk-makhlukMu.

[Membuka draft yang hampir berhabuk kerana ketandusan idea di pertengahan perjalaan ketika menulis. Akhirnya, matlamat tercapai. Moga artikel ini bermanfaat untuk kau dan aku]


*menyelam kembali ketika saatku futur*

Futur.

Kadang-kadang membuatkan diri kita sungguh lemah.
Cukup dengan satu ujian, membuatkan kita boleh rebah dan tersungkur.
Kalau boeh berdiri semula dan mengatur langkah, alhamdulillah, alangkah bahagianya.
Tapi kadang-kadang tu, membuat hari esok dilihat tiada sinarnya lagi.
Berat terasa, tenaga yang ada seolah-olah dirasa hilang begitu sahaja.
-------

Futur- saat dimana iman jatuh.

Futur, bukanlah saat yang mudah tika itu. Saya sendiri pernah merasai futur. Malahan, baru-baru ini juga saya merasa saat itu, Futur adalah saat yang paling saya benci dan takuti. Tapi saya tetap bersyukur apabila hadhirnya saat futur, kerana saat itu lah, saya berasa iman betul-betul diuji, dan akhirnya iman yang terjatuh dari landasan dipandu arah semula oleh DIA setelah betul-betul berpasrah. Itulah sebenarnya tarbiyah jiwa dari ALLAH SWT.


Futur itu hakikatnya datang dari kelalaian kita sendiri.

Pertama, Terlalu banyak maksiat kepada Allah.

Kadang-kadang maksiat yang kita lakukan tak nampak, dan kerana 'tak nampak' itu, kita pula jarang beristighfar, hasilannya, tumbuh noda-noda menutupi hati kita.

Firman Allah SWT:
Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka. (QS83:14)

Lalai kita terhadap maksiat, berjaga-jagalah. Hasil maksiat dan dosa yang kecil itu hakikatnya membawa kepada kejatuhan diri kita sendiri.

Kedua, keduniaan yang terlampau.

Dr. Mustafa As-Siba'i menulis didalam bukunya:

“Ada dua cinta yang tidak pernah bersamaan dalam satu waktu pada jiwa seseorang, iaitu cinta Allah dan cinta maksiat ...".

ya, bagaimana kita mahu mencintai Allah sedangkan cinta kepada maksiat menjauhkan kita dari Allah?

Analoginya seperti air dan minyak, tidakkan pernah bersatu.

Futur tu tetap akan dirasai semua orang. Rasulullah juga pernah merasai keadaan itu. Tapi Rasulullah tidak melalui hari-hari futur itu dengan terus kesedihan, tidur dan senagkatan dengannya sebagaiman yang dilakukan insan-insan hari ini. Tetapi Rasulullah membanyakkan ibadahnya di siang dan di malam hari.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Setiap amal itu ada masa semangat dan ada masa lemahnya. Barangsiapa yang pada masa lemahnya dia tetap dalam sunnah (petunjuk) ku, maka dia telah beruntung. Namun barangsiapa yang beralih kepada selain itu bererti dia telah celaka." (HR. Ahmad)

Dengan futur, seorang harus terus melakukan Ibadah mereka agar mereka tidak terus menerus dalam keaddan futur. Futur itu memang saatnya seorang itu akan lemah dari segi ibadahnya dan juga perjalanan hidupnya. Agar tidak terus futur, kita diharuskan menambah wajibat dan amalan kita kerana apabila melakukan seusatu yang sama sahaja pasti kita akan jemu, jadi perlu menambah amalan agar diri dan tarbiyah tertingkat.



Bagi saya, futur itu lebih dirasai apabila berkeadaan sandiri (seorang diri tanpa teman yang saling memperkuat disisi).
Selalunya saya akan jatuh futur apabila saya keseorangan, tanpa sahibah-sahibah disisi, tanpa pergerakan dalam dakwah dan tarbiyah.
Memang benarlah satu kata-kata yang menyatakan bahawa jika kita tidak memenuhi masa kita dengan perkara berfaedah, maka masa tersebut akan diisi dengan perkara jahiliyyah.

Ramainya diantara kita bila bersama-sama (teman-teman, sahabat-sahabat), kita menjadi sangat-sangat kuat. Melakukan amal ibadah, saling ingat memperingati, kuat memperkuat. Apabila tiba keseorangan, hasilnya jatuh, Kita jatuh futur sendiri, dan itulah sebenarnya hakikat diri kita. Teringat kata naqibah ana dalam halaqah minggu lalu, katanya "iman dan peribadi seseorang itu dapat dilihat apabila duduknya dia seorang diri". Ya, saat inilah kita boleh lihat, apakah iman kita hanya kepada mnusia atau Illah(Tuhan) kita sendiri?

Satu hari seorang jurutulis Rasulullah, Abu Rub’i Hanzalah, pernah datang kepada Rasulullah dan mengadu: “Wahai Rasulullah, Hanzalah telah berbuat nifak ...". “Apa yang kamu maksudkan dengan nifak itu?" tanya Rasulullah. “Wahai Rasul, ketika kami bersama-sama anda dan anda mengingatkan kami akan Neraka dan Syurga, seolah-olah keduanya ada di kelopak mata kami. Tetapi bila kami tidak bersamamu, kami dilalaikan oleh anak, isteri serta tanah ladang kami yang menjadikan kami banyak lupa." Kemudian Rasulullah bersabda: “Demi Zat yang diriku ada ditanganNya, sekiranya kalian terus-menerus dalam keadaan sebagaimana ketika kamu bersamaku, dan selalu dalam keadaan berzikir, nescaya malaikat akan bersalam denganmu ketika kamu berada di pasar dan di jalanan. Akan tetapi wahai Hanzalah, masing-masing itu ada saatnya." (HR. Muslim)


Perlunya kepada amal jamie (pergerakan secara berkumpulan) agar terlahir satu sinergi.

Suatu yang kita tidak perasan selalunya, kita selalu sahaja mengharapkan suatu biah(suasana) solehah itu. Sebagai contoh, saya sering mendengar keluhan-keluhan insan-insan di sisi saya, katanya- ana tak mampu berubah kerana tak ada biah.

Asalnya, biah itu terus ada atau perlu diadakan? Bagi saya, biah itu, jika tidak ada, kitalah yang harus mewujudkan.Seperti di rumah, tiada biah saling kuat memperkuat, yang harus dilakukan, adakan biah itu. Di sebabkan kita terlalu banyak bersama sahabat, jadi kita terbiasa dengan sahabat, so selalunya keluarga bukanlah mereka yang dapat memperkuatkan kita. Pengalaman saya, inilah salahnya, selalunya perkara begini berlaku kepada remaja. Remaja itu lebih senang bersama rakannya daripada keluarganya. Jadi untuk di perbetulkan semula, wujudkan biah dalam keluarga. Selalulah berjemaah dalam keluarga, bukan jemaah solat sahaja, tapi kebanyakan aktiviti. Boleh lakukan usrah keluarga sendiri. Yang penting, biah itu bukan ditunggu, tapi diwujudkan.
InsyaAllah, futur tadi dapat dihilangkan dengan salah satu cara ini.

Selain itu, yang dikatakan futur, seperti yang saya katakan tadi, Nabi-nabi juga pernah melalui futur, Futur yang boleh menyebabkan aktiviti seruan (dakwah) mereka, merosot. Sepertimana Nabi Adam merasai futur ketikamana Baginda diturunkan kebumi akibat kelalaiannya, maka Dia kembali memohon keampunan Allah. Begitu juga Nabi Yunus, ketika mana didalam perut ikan nun, Baginda kembali kepada Allah. Itulah mereka. Bagaimana kita pula?

Angkuhnya kita kerana tidak mahu kembali kepada Allah. Sedangkan kita tahu, asalannya ujian kelemahan itu datangnya dari Dia yang mahu kita merangkuh dan bersujud kembali padanya. Berusahalah dalam mencari cintaNya dalam keadaan futur ini. Cari kembali seerah-seerah para anbiya' dan tabiin dahulu, bagaimana mereka bangun kembali dari futur itu.

Yakinlah, Allah tidak menjadikan sesuatu itu hanya untuk sia-sia.
 
...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." - [Q1: 216]

Kita ini, tidak mampu berdiri diatas muka bumi ini, keseorangan, walaupun kita seorang, hakikatnya DIA tetap bersama kita. Harus ingat itu~!

Apabila futur datang, ingatlah, saat ini untuk bermuhasabah. Kembali mencari mungkin dosa-dosa kecil yang kita tidak perasan telah membuahkan noda-noda yang akhirnya mengaburi mata hati kita. Ya, inilah saatnya bermuhasabah. Muhasabah juga insyaAllah akan membawa kita jawapan kepada ujian, andai kita mahu mencari.

Jangan membiarkan ke'futur'an itu terus menerus melemahkan jiwamu, kembali mencari kekuatan kerana ada yang lebih memerlukanmu.

Akhirnya, jelaskanlah tujuan hidup kita.

Manusia itu sememangnya asalnya pelupa. Jadi peringatan-peringatan itu harus diulang-ulang, moga setiap kali di ulang, kian jelaslah kefahamannya.

Kadang-kadang, tujuan kita tersasar jalannya, jadi harus diingat kembali, tujuan hidup hanyalah untuk Dia. Jangan dilebih-lebihkan perkara yang tidak sepatutnya.



Lumrahnya manusia untuk bersedih, tapi setelah sedar semuanya, gagahkanlah kaki untuk menapak semula, jangan lupa Dia yang memberi kekuatan. Kita ini selalu sahaja mencari Dia bila susah, tetapi lari bila sudah senang.Angkuh merasa diri sudah cukup hebat. Harus diperbetulkan itu,terus-teruskan dengan wajibat, amal-amalan yang telah dilakukan. moga-moga jambatan hati yang telah terbina antara Dia dan kita akan mempermudahkan urusan-urusan, permohonan, hajat dan keredhaan.

" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." - [Surah At-Talaq, 65: 2-3]

 -----------------

"Jangan takut, jangan berdukacita." - Al-Ankabut 29:33
"LiNdUnGiLaH KeSeDiHaN DeNgAn sEnYuMaN..
BiArPuN DiHaTiMu pEnUh kEdUkAaN..
kErNa TaBaH MeNgHaDaPi CaBaRaN..
MeNuNjUkKaN eNgKaU mEmPuNyAi IMAN.."
-LA TAHZAN, INNALLAH AMA'AK-
Wallahu Ta3ala 'Alam

Bintu Zulaziz-berusaha berdiri diatas kekuatan
5/3/2011|1232AM

Post43


.:Begin with HIS name:.

Salam'alaykum wbt

Maaf kepada semua pengunjung yang menanti penuh kesabaran untuk melihat post saya yang seterusnya. Mungkin ada yang tak tahu, bahawasanya selepas imtihan SPM lepas, saya telah bertolak ke ILIM (institut Latihan Islam Malaysia, Bangi) berkampung selama 22 hari, bagi mengikuti kem JDK (Jatidiri & Kesukarelawanan), dianjurkan oleh Haluan, KTD & JAKIM.

Alahmdulillah, saya sangkakan, saya tidak mampu untuk menempuhnya, akhirnya, sedar tidak sedar, segalanya dapat ku harungi dengan penuh kesabaran. Subhanallah, walhamdulillah, tak terucap syukurku kepadaNya, memilihku disini.

Walaupun sebelum ke JDK ada sedikit perbalahan antara saya dan sahibah-sahibah yang lain, sebab sebelum tu, saya dapat JDK di ILIM terengganu, tapi disebabkan terlalu ramai nak ke terengganu, jadi saya beralah, insyaAllah, saya pasti ada yang yang lebih baik disini, dan YA, itulah jawapannya.

Tak tau apa nak cerita, jadi, biarlah gambar dan video di bawah menceritakan segalanya~



Di sini segalanya bermula~

Taman ILIM tempat kami menjalankan LDK

Surau ILIM yang sungguh indah

Bilik Penginapan (bilik saya dan roomate saya, Nabeelah Naseer)


Surau

Aktiviti menghafaz

LDK

Kesungguhan Abang dan kakak-kakak Fasi menjayakan program


Tarbiyah bukan segalnya, tapi segalanya dengan tarbiyah (modul 1-anjakan paradigma)

Pembentangan Kumpulan ((modul 1- anjakan Paradigma)

Bersama pelajar-pelajar Form5 Sekoah Sungai Merab Luar

HIMEGA

Masjid Putra

Masjid Putra

Masji Mizan-lebih dikenali ssebagai Masjid Besi

Antara penceramah kami. PakcikYusman Nawazir


Perbincangan Untuk pembentangan



All about UWAIS ;)

Program Dakwah Ziarah

Program Dakwah-Kesukarelawanan

KAMI



Moga kita semua mampu membumikan setiap apa yang kita belajar di sini, dan memberi nafas baru kepada diri dan masyarakat. InsyaAllah..
Kita bukan pemula perjuangan, tapi kita adalah penyambung perjuangan.
All Da Best!

Khaskepadakumpulan2-UwaisAlQarny:
Syukran Jazilan!
ana uhibbukum fillah Hubban Jamma
Wo ai ni men ha' shien hai! :D

Terima kasih kepada pakcik-pakcik, Makcik-makcik urusetia, doktor-doktor, kakak-kakak dan aban-abang fasi, terima kasih banyak-banyak, moga Allah meredhai kalian.

Kenangan Masam, Manis, Pahit, pasti tidak akan dilupakan!


Post 22

Bismillahirrahmannirrahim

AlLhamdulillah, sudah 3 hari lepas Konsert Mahabbah Gaza berlangsung. Makin lama, kita dapat tengok, semakin ramai yang dah faham tentang perjuangan kita disini untuk palestine kan.. AlLhamdulillah, berterima kasihlah kepadaNya kerana memberi kita kefahaman tersebut.

Nak share sikit apa yang ana dapat kali ni. Sharing is Caring :D

Kali ni, ana datang konsert ni, bukan sebagai penonton, tapi sebagai sukarelawan, insyaAllah, bawah Haluan. Ana dan beberapa orang sahabiah yang lain, menyumbangkan tenaga kami, i.Allah dijalanNya, untuk membantu saudara kita di Palestine. Dari menjaga kejap dibooth Haluan, kami pusing sekitar karnival membawa tabung untuk mengutip derma, juga muffler serta hairband untuk dijual. Banyak ujian, dengan teriknya panas matahari, keletihan, tapi ini baru sikit kan, tak sampai lagi tahap tertinggi perjuangan, baru je permulaan, so, taknak la jadikan itu semua sebagai alasan. Sorang sahibah ana kata, "ana rela, jadi ana tak rasa terpaksa, so, ana seronok buat semua ni". Alhamdulillah, macam-macam pengalaman yang dapat, orang kata, pengalaman berhargalah pada usia macam ni kan. Dari pagi yang redup, sampailah tengahari dan petang yang panas kami memusing. Kemudian malam, kami masuk stadium untuk mengutip derma. Kami diagihkan setiap kawasan/blok, ana dapat yang agak tinggi. Gayat, ya Allah, masa tu memang tawakkal je la.Rasa tak sanggup nak buat, tapi takpa la, yakin, Allah ada! ^^

Macam-macam respon kami dapat ketika operasi kutip derma ni berjalan, ada yang hanya senyum, ada yang memberi sikit, yang banyak pun ada. Teringat sewaktu dalam stadium, ada sorang pakcik, panggil ana, nak derma, tiba-tiba dia suruh tunggu, katanya mak dia disebelah nak derma. Memang lama la juga ana tunggu nenek buka dompet, tengok nenek tu, memang dah tua, dah berkerusi roda pun, tangan dia pun dah menggeletar, rasa nak nangis tengok , sampai nak masukkan duit kedalam tabung, takdapat, ana tolong masukkan,nenek tu senyum je. pakcik tu kata,"semangat ni nak datang", sambil tunjuk ke arah nenek tu. Terus salam nenek tu, then pergi dari situ. MasyaAllah, terdetik dalam hati, nenek tu, yang dah tua, tak berdaya pun, sanggup datang, nak derma, macam mana agaknya kita anak muda ni? ada tak semangat macam tu? Ramai kata, muda-muda ni la masanya nak enjoy, nanti dah tua, baru la nak buat amal semua tu. Wah, tabik lah kepada manusia-manusia yang cakap macam tu. Sebab apa? Mereka dah ramal masa akan datang mereka, mereka dah tau, umur mereka panjang lagi, dan mereka juga dah tau,yang mereka akan pastinya bertaubat dan melakukan amal kebaikan time tu, dan, mereka tahu, mereka akan dapat cukupkan amal mereka ketika itu,untuk dibawa pulang keakhirat kelak. Naudzubillahhimin zalik, jauhkan lah aku dari golongan itu yaAllah.

Seharian dikarnival ni, alhamdulillah, macam-macam dapat. Kepada sesiapa yang ada peluang macam ni, janganlah sia-siakan, gunakan sebaiknya, sebab disini kita dapat macam-macam tarbiyah dariNya dalam usaha kita membina diri, insyaAllah.. :)

Cubalah cari kebaikan disetiap perkara yang dilakukan~

Gambar sekitar KonsertMahabbahGaza

Booth Haluan ketika ditemuramah. Makcik ubaidah dan Doktor Suraya

PRM

Booth IKIM.fm

Rabbani di Booth Haluan


Booth Haluan dilewati pengunjung

PaS urusetia (sukarelawan KMG)

Diatas pentas

Tabung LL4G

Sukarelawan dari SMiK, ketika breafing agihan kawasan mengutip derma oleh makcik Ubaidah

Sajian untuk anda...

a


Post 5

Alhamdulillah, segala puji Rabb sekalian alam, masih meminjamkan nafas untuk ku hidup, masih memberi tenaga, untukku terus bergerak diatas bumi juga pinjamannya.

ya Allah, berilah keberkahan dalam tiap umurku, keredhaan disetiap langkahku, dan kerahmatan disetiaphela nafsku, amin ya Rabb.

Semalam, kami, warga SM Ibn Khaldun, telah dikunjugi seorang isteri syuhada' palestin, iaitu isteri izzudin al-khalil, namanya Feryal, yang dikenali juga ummu Muhammad, bersama 3 orang anaknya, 2perempuan dan seorang lelaki. Sebenarnya, sebeum tu, kami ditugaskan untuk membuat banner dan sepanduk bagi perhimpunan palestine 8mei, tapi Allah izin, kami dapat pengumuman ada ceramah palestine, hamdalah, yang tak disangka-sangka, rupanya Allah susun yang lebih baik. :)

Ok, ana nak cerita skit apa yang ana dapat, jika rasa ada tersalah, jangan segan-segan untuk betulkan..


Siapakah as-Syahid Izzuddin al-Khalil?

Beliau juga dikenali sebagai Izzuddin al-Qassam. Asy-Syahid ‘Izzuddin Khalil adalah salah satu komandan Brigade Al-Qassam, sayap militer Hamas (Harakah Muqawwamah Al-Islamiyah) yang bermukim di Damaskus, ibukota Republik Arab Suriah. ‘Izzuddin merupakan salah satu pengawal pertama Syeikh Ahmad Yasin dan ikut serta dalam peletakan pondasi Hamas tahun 1986-87. Pemuda ini lahir dan tumbuh besar dalam pangkuan gerakan da’wah di kawasan Syija’iyyah, di sebelah timur kota Gaza.

Ketika Kesyahidan.

Menurut Ummu Muhammad, beberapa hari sebelum syahidnya 'Izzuddin al-Khalil, dia ternampak perkataan syahid diatas kening suaminya. Beberapa minit sebelum beliau syahid jiran tetangganya datang kerumah beliau bertanyakan kepada Ummu Muhammad tentang bau-an wangi yang menurut mereka datangnya daripada rumah beliau. Setelah suaminya pergi untuk ke tempat kerja, kereta yang dinaikinya meletup. Di situlah akhir hayat as-Syahid 'Izzuddin al-Khalil. Mendengar tentang kesyahidan suaminya, Ummu Muhammad terus menunaikan sujud syukur. Dia bersyukur kerana suaminya menjadi seorang syahid dan bersyukur kerana suaminya berjihad dijalan Allah dan berakhir juga dijalan ALlah. Katanya, as-Syahid 'Izzuddin al-Khalil selalu solat dan berdoa agar dikurniakan kesyahidan.

Selepas kesyahidan.

Ummu Muhammad memberitahu, selama dua hingga tiga hari syahidnya suami beliau, dia tidak dapat tidur dengan sempurna. Sehinggalah hari dimana dia bermimpi suaminya menziarhinya dan memberitahu bahwa beliau sekarang dalam keadaan baik, suminya redha kepadanya, dan dia redha kepada suaminya. -Kasih sayang membawa bahagia-

Kata Ummu Muhammad

Dimana bumi kita duduk tidakkan tenteram tanpa jihad.
Di Palestine, wanita-wanita redha dengan pemergian anak, suami dan yang lain sebagai syuhada', kerana mereka tau, bumi Palestine tak akan bebeas tanpa sebuah pengorbanan, tanpa sebuah JIHAD.

"Kami menjual dunia untuk membeli akhirat"

Perjumpaan diakhiri dengan beberapa soalan dari pelajar SM ibn Khaldun khas ditujukan buat Ummu Muhammad dan anak-anaknya.

Soalan1: Bagaimana Ummu Muhammad mendidik anak-anaknya yang sudah menghafal beberapa juzuk dari al-Quran?

Ummu Muhammad mendidik dahulu dirinya dengan mendekatkan diri dengan al-Quran, kemudian baru mendidik anak-anaknya dengan menyukai al-Quran dan menghaffaznya.
(Hiba berumur 15, 5 juzu', Muhammad 11, 2 juzu')

Soalan2: Bagaimana Muhammad menghafaz al-Quran?

dengan petahnya menjawab,
  • iltizam, yakni selalu bersama alquran
  • istiqhamah dan
  • berharap menjadi salah seorang syuhada'.

Soalan3. Soalan ni mula-mula kami anggap soalan yang agak lawak dan pelik, tapi rupanya suatu ilmu yang berharga. Bagaimana israel wujud?

Hiba menjawab, Israel hanya digelar oleh orang mereka sahaja, Asalnya israel adalah gelaran seorang Nabi. Mereka bukanlah israel, rakyat Palestine menggelar mereka sebagai seorang yahudi. Meraka merasakan merekalah yang paling mulia dan menganggap golongan yang lain adalah seperti binatang. (ada penambahan sikit dari ceramah Palestine yang saya hadhiri beberapa ketika dahulu.)

Soalan4: Bagaimana para Huffaz Palestine?

  • Mereka adalah orang yang selalu mendekatkan diri dengan Allah.
  • Mereka tahu motif mereka, kerana jika mereka tidak tahu, maka, mereka susah untuk berjuang.
  • Mereka faham isi kandungan al-Quran.
  • Mereka sering berdoa:"YaAllah, semoga orang-orang Yahudi keluar dan memulangkan Palestine kepada kami"
  • Di Palestine, mereka sering membuat program menghafal al-Quran sejak tadika dan dihadhiri juga oleh ibu bapa untuk memberi komitmen.

Ok, sekian saja perkongsian ana untuk tatapan kita semua, banyak pengajaran yang boleh diambil, kalau ana nak cerita pengajaran, mungkin tak habis, jadi, sama-sama kita muhasabah dari ketabahan seorang syuhada' serta keluarganya.

Jika ada salah, mohon diperbetulkan. Cerita-cerita diatas bukanlah diambil sebiji dengan apa yang mereka cakap, ana hanya menulis point dan ana cuba menhuraikan kepada antum semua.
Wallahu Ta3la 'Alam

untuk mengetahui lebih lanjut tentang cerita Feryal, boleh klik sini

Post2

Salam'alaykum, atas permintaan ramai, ana menge`post` kembali sebuah coretan tentang pengalaman Jaulah diIndonesia dari http://kembarafirdausi2.blogspot.com/ yang telah di'private'kan atas alasan yang sungguh munasabah, terimalah~(teknik imbas kembali)


Salam'alaykum pengunjung setia yang dihormati, moga terus dirahmati Allah SWT.
Hamdalah, sudah 3 hari kami ikhwah dan akhawat SMIK form5 pulang dari negeri jiran, Indonesia atas sebab mengikuti Jaulah Jiddiyah, kem selama 3hari dan bersambung dengan jaulah selama 2 hari, program batch pertama yang keluar negeri under HALUAN. Ramai yang bertanyakan pengalaman, tapi tak sempat pula nak cerita. 'Afwan jiddan. Jadi disini, ana coretkan sedikit pengalaman kami pahit manis disana, mungkin hanya sinopsis, tidak sepenuhnya. =)

Manisnya sebuah Ukhuwah
Alhamdulillah. Itu yang kami ucapkan seharian kerana dapat bertemu akhowat Indonesia sangat mulia hatinya, sudah ditarbiyah agar menjadi fasi yang berbudi kepada kami. Halawatul ukhuwah dapat kami rasai didasar hati, walaupun kami berbeza bangsa, berbeza bahasa jua budaya, namun telah Allah gariskan didalam kalam suciNya:

“Sesungguhnya orang-orang mu’min adalah bersaudara, karena itu damaikanlah kedua saudaramu dan bertakwa-lah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.”
(Al-Hujurat: 10).

Ia dapat dibuktikan apabila pertemuan kami dilamar perpisahan, sayu hati kami meninggalkan mereka, cucuran-cucuran manik jua tidak dapat ditahan. Namun kami masih erti makna 'setiap pertemuan pasti menjanjikan perpisahan". Jauh dimata dekat dihati, moga ia berkekalan.

Kepahitan yang menjadi manis.
Penat, lelah, memujuk-mujuk kami. 3 hari kem yang tidak putus-putus dengan kewajipan yang harus dilakukan yakni tilawah 1 juzu' sehari, sit up dan push up 50 kali sehari, serta qiamulail setiap malam, ada saja yang mengeluh. Tapi nasyid jejak selalu didendangkan oleh ikhwah dan akhawat pks terus membakar semangat kami. Harus teguh, kepahitan itu terus menjadi kemanisan kerana kami pemuda pemudi yang rindukan kesyahidan, inshaAllah, walhamdulillah, kami berjaya mengharunginya.

Sesuatu yang tak dapat dilupakan.
Seluruh pengalaman ini, dari bermulanya kami bermalam disekolah, seterusnya kami ke airport, menaiki malaysia airlines, mendarat di airport polonia medan, menuju ke kem sibolangit mengambil masa perjalanan 3 jam, sepanjang perjalanan melihat kawasan kem yang menuju pedalaman, penerimaan kristian lebih dari islam, melihat gereja-gereja sepanjang perjalanan, penjualan daging khinzir berderet-deret, astaghfirullah~ seterusnya tiba di tapak kem, berjumpa ikhwah dan akhawat pks, menjalani latihan 3 hari yang berpuncak dengan jungle tracking Gunung Sibaya, mendaki 4 jam dan turun juga 4 jam, melihat air terjun 2 warna, seterusnya berkemas lalu keluar dari kem menuju ke kota medan, menginap di Wisma Syariah selama 2 malam, 2 hari.

Hari pertama keluar dari kem, kami ke Danau Toba, menaikit feri ke bot tah :D

Hari kedua kami ke toko buku, masyaAllah, buku-buku yang menarik minatku, namun apakan daya, duit yang dibawa tidak mencukupi, seterusnya ke kedai baju muslimah, terlihatlah ikhwah dan akhawat yang terlalu sayangkan keluarga, mengamblil masa memilih mencari baju untuk keluarga tersayang, seterusnya ke Mall di kota medan ramai yang kebuntuan tidak tahu untuk memilih barang dan itulah hari terakhir kami berjalan di Indonesia.

Keesokannya, kami berkemas dan pulang menaiki mas juga, mengambil masa 55 minit perjalanan, alhamdulillah, selamat sampai, dan disinilah kami =D

Natijah.
Alhamdulillah, suatu pengalaman yang tak dapat diungkapkan. Itulah orang kata, pengalaman tu mahal harganya, walaupun banyak uang dalam uncang kita, tak semestinya kita boleh membeli suatu pengalaman tu. Pengalaman itu jugalah yang menjadi guru dalm kehidupan kita. Terlalu banyak yang kami dapat disini. Menjadi mujahidah tidak hanya berkata, jasad juga harus kuat, dari segi 'aqli, jasadi dan ruhi. Ana teringat satu natjiah yang sangat-sangat ana rasai, iaitu pergantungan kita kepada Allah. Alhamdulillah, selama ni, terlalu banyak pergantunganku kepada keluarga dan sahibah-sahibah, hari ni, lidahku tidak lekang dari ucapan, bismillahi tawakkaltu 'alallah. Moga Allah tetap mentsabatkan hatiku. Disini jua kami mempelajari erti persahabatan, ukhuwah fillah kami dapat, melihat sahabat-sahabat yang saling menjaga antara satu sama lain terutama dalam program jungle tracking mendaki gunung yang sungguh tinggi bagi kami dan sungguh curam juga licin kerana sewaktu perjalanan turun dari bukit rahmat hujan membasihi kawasan pergunungan, sehinggakan kami memanggil 'ummi' antara ketua msaing-masing. Wallahu 'Alam, tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Siapa yang merasai itulah yang pasti.

Sekian saja coretan pengalamanku yang mungkin anda menganggap tidak seberapa, tapi sungguh berharga bagiku. Moga hari-hari mendatang akanku menemui sesuatu yang lebih lagi. Moga Allah sayang kalian. Syukran sudi menjenguk dan membaca.

Sekadar pencuci mata :D



Dihadapan SMIK
Di KLIA sebelum bertolak



Hari ke2 kem di hadapan tempat penginapan

Aktiviti ke3

Stepping block






Kawasan kem



Menetang ni Kami jumpa dalam perjalanan pulang dari Danau Toba :D

Akhawat PKS
Hari Terakhir didepan wisma sebelum naik bas untuk ke airport
AlFityan School


Air Terjun Gunung Sibaya, sungguh terpegun kami melihatnya. :D

[click image untuk tumbesaran yang mantap :)]

Menapaki langkah-langkah berduri
Menyusuri rawa lembah dan hutan
Berjalan di antara tebing curam
Semua dilalui demi perjuangan
Letih tubuh di dalam perjalanan
Saat hujan dan badai merasuk di badan
Namun jiwa harus terus berjalan
Karna perjalanan masih panjang

Kami adalah tentara Allah
Siap melangkah menuju ke medan juang
Walau tertatih kaki ini berjalan
Jiwa perindu syahid tak akan tergoyahkan
Wahai tentara Allah bertahanlah
Jangan menangis walau jasadmu terluka
Sebelum engkau bergelar syuhada
Tetaplah bertahan dan BERSIAP SIAGALAH !


Wallahu ta'ala 'Alam