بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Tangan yang menulis ini juga akan lebur satu hari nanti, ku mohon agar segala yang tidak elok itu dihapuskan. Seandainya tangan yang menulis ini akan membawa kamu ke neraka, maka tinggalkanlah~

.:contacts:.

Tumblr: Insomnia
Showing posts with label Corat coret. Show all posts
Showing posts with label Corat coret. Show all posts

Post95: Dunia.



Tahu tak?

Dunia itu bermacam-macam bau-bauan. Ada wangi, ada busuk, ada masam, ada pahit.
Syurga pula hanya ada satu bau, bau wangi, yakni harum kasturi.

begitu juga kisah orang tidak beriman dan orang beriman,

hati orang yang tak beriman, ada pelbagai macam bau-bauan dan warna.
hati orang beriman, ada satu bau, bau wangi, dan satu warna, warna keindahan.

note : saja mahu membawa diri saya, dan diri anda, agar mencintai akhirat lebih dari dunia yang busuk, dan lebih memacu untuk menjadi orang beriman yang wangi dan indah.

Dunia itu alat, akhirat itu matlamat.

sekian.

Post92: Maaf



Kadang ada perkara yang di benci,
menjadi musuh kepada diri, mungkin.
perkara yang di harapkan dapat di buang jauh-jauh,
harap dapat di bakar,
agar ia menjadi debu,
hapus apabila di tiup bayu,
namun tidak terjadi,
ia seakan-akan mengeras seperti batu,
yang tidak hancur walau dimamah petir,
yang tidak pecah dipukul ombak.

hakikatnya ada sayang tersisa,
di sebalik sayang itu,
angkuh meninggi diri,
tidak menerima seharusnya bersama,
sehingga menjadi penghalang kepada ketenangan jiwa.

apabila perkara itu menghinggapi akal yang waras,
pasti ada kesedihan,
mengikat diri,
tidakkan terlepas,
kecamuk hati yang mengancam diri,
hati itu kian rosak.

lemparkanlah.
buangkan segalanya,
jernihkan hati,
hapuskan segalanya,
kembalikan kesucian,
ketenangan,
hati itu raja,
jangan dibiarkan mati,
hati itu dijadikan bukan untuk membenci,
tetapi mengasihi,
bukan untuk berdendam,
tetapi untuk menyayang.

hapuskan, lemparkan, tinggalkan

redha itu, kau harus cari, bukan dinanti.

'maaf itu memang susah, tapi mungkin kerana perkara yang susah itulah yang mengembalikan ketenangan yang menghilang, memudahkan hadhirnya redha yang selalu berlari'

teman, aku pinta kemaafan kalian,
bukan aku benci, tapi kerana hati itu kini sedang liar,
dan aku perlu masa yang panjang, untuk menjinakkan.

monolog: Harus lupakan yang dulu, hidupkan yang baru.

bintu zulaziz, 
teratak tarbiyyah, 
5/4, 19:11.

Post77: Ahlan ramadhan

Ahlan Ramadhan.


Kalau Kamu
Oleh : Cahyadi Takariawan

Kalau kamu lelah, cobalah tilawah.
Kalau kamu resah, segeralah tilawah.
Kalau kamu gelisah, hilangkan dengan tilawah.
Kalau kamu susah, mulailah tilawah.

Kalau kamu gundah, jangan lupa tilawah.
Kalau badanmu lemah, kuatkan dengan tilawah.
Kalau imanmu tergugah, lakukan tilawah.
Kalau jiwamu gerah, perbanyak tilawah.

Kalau matamu basah, segera tilawah.
Kalau pikiranmu cerah, cepatlah tilawah.
Kalau hatimu patah, teruslah tilawah.
Kalau kamu marah, redakan dengan tilawah.

Kalau kamu merasa gagal, jangan lupakan tilawah.
Kalau kamu kalah, harus banyak tilawah.
Kalau kamu tidak mau kalah, harus makin banyak tilawah.
Kalau kamu tabah, seringlah tilawah.

Kalau tanganmu tengadah, mulailah tilawah.
Kalau kakimu melangkah, lantunkan tilawah.
Kalau hatimu berseri bak bunga merekah, seringlah tilawah.
Kalau perasaanmu begitu indah, segeralah tilawah.

Kalau ingin keluarga sakinah, ajak mereka tilawah.
Kalau ingin anak-anak salih dan salihah, ajari tilawah.
Kalau ingin rejeki melimpah, rajinlah tilawah.
Kalau ingin hidup penuh berkah, rutinkan tilawah.

Kalau ingin mengunjungi Ka’bah, lantunkan tilawah.
Kalau anganmu tengah membuncah, perbanyak tilawah.
Kalau kamu malas tilawah, paksalah untuk tilawah.
Kalau kamu rajin tilawah, lanjutkan terus tilawah.

Kalau kamu tilawah, itulah jalan menuju jannah.

sajak-source: Group kearah Kelantan

Jum, kita wujudkan pasukan ramadhan yang bergerak dengan al-Qur'an. Moga Allah redha usia dan usaha kita.

Ramdhan kareem semua! Maaf salah khilaf. Moga Allah ganjari ibadah kita dengan sebenar-benar ganjaran!~ amiin ya Rabb. :)

Bintu Zulaziz,
melalui hari-hari ramadhan.

Post75: Kerana cinta~





Bismillahirrahmanirrahim~

Ukhtku fillah,
Aku takut berkata cinta terhadap dirimu,
Walaupun sesungguhnya aku amat menyayangimu,
Kerana aku dhaif dalam hukum cinta,
Aku lemah dalam melaksanakan cinta,
aku memahami,
Cinta- bermakna aku harus membawa kau bersama ke syurga,
tak mampu aku - sedangkan aku sendiri tidak dapat menjamin,
Apakah aku akan ke syurga atau ke neraka -naudzubillah.

Aku takut.
takut impian kau ke syurga bersamaku
hanya tinggal impian tanpa realiti,
malahan aku pula yang menarikmu ke lubang neraka.. Allah~

Ukhti,
sungguh, apa yang aku katakan ini
bukan sekadar omongan kosong peluah rasa
inilah hakikatnya,
hakikat qalam hati kecilku
ketika mana kau menyatakan cinta
hatiku merintih hiba,
tak mampu aku membalasnya
bukan sengaja laku ku ini
tapi kerana takut sayang hanya di bibir
bukan dari amal dan hati

Maaf jika tanpa perkataan cinta itu
membuatkan kau sedih hati - fahami aku.

Ukhti,
bantu aku - merealisasikan cinta itu.

Bintu Zulaziz,
21/7/2011
Nilam Puri,
kesayuan hati menghantar pulang.






Post 74: ~

Bismillahirrahmanirrahim~

Dipundakku kini
terbeban seribu satu harapan
dari mereka
ummi abah yang tidak putus mengorbankan
murabbiyah yang setia mendoakan
sang sahabiah yang sentiasa mencipta keteguhan
di sana
kakiku harus teguh berdiri
jiwaku harus cekal menghadapi
jasadku harus tabah menghadapi
kerana sebuah cita yang harusku kecapi
agar esok dunia megah islam kan ku miliki
di dalam genggamanku sendiri

harus mendoakan
harus menguatkan
dunia baru tidak semudah disangkakan
suasana baru tidak segembira yang diidamkan
namun hati harus rela ku korbankan
hati, jangan cepat mengalah
kerana di sana bukan tempat sang pengalah!~

Bintu Zulaziz
24/6/10/2011
Baiti Jannati

Post73: Ramadhan.

the firends of mine in tumblr asked, "what the gifts do you expect from Ramadhan?"
with the sincere heart- rahmah, forgiveness wa itqun minannar *free from the fire*~

what i must do to get all these gifts?

huh~ binalah jambatan dari sekarang.

Allahumma bariklana fi rejab wa sya'ban, wa balighna ramdhan~

Ramadhan this year very special for me!

lakukan yang terbaik...terrrrrbaikkkk!!! yaAllah, bantulah~ *mohon dengan sangat*

mencari ramadhan dari sekarang..moga Allah mudahkan... =.='

Post72: wanita, tolong hayati~


Dilema. Munsyid~Hijjaz-

Permata..antara kaca..

Lihatlah panorama dunia
Wanita bagaikan hilang rasa malunya
Maruah yang menjadi maharnya
Tergadai sia bagai tiada berharga

Di manakah budinya di manakah akhlaknya
Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya
Santun tiada lagi nafsu memimpin hati
Kehormatan diri tidak dipeduli

Oh wanita kembali menginsafi
Kepada asal fitrah kejadianmu
Diciptakan untuk dihormati
Sentiasa diredhai Tuhan Pencipta
Kembali kepadanya juga pada Rasulnya
Pasti dihadirkan taufik dan hidayahnya
Wanita...

Kembalilah ke arah kemuliaan
Contohi peribadi Ummul Mukminin
Rasulullah dijadikan suami
Tertawan kerna keluhuran pekerti
Bukan kerana harta bukan kerana nama
Tapi kerana budi yang disanjungi
Kembalilah...

Wanita perhiasan dunia
Bagai kilau permata di antara kaca
Sayangnya makin pudar cahaya
Hingga tiada lagi beza di antaranya

Post71:~


If love somebody, do not bring the person to the hell,
but bring her/him to Jannah, by putting the syara’ in front of you :)
insyaAllah. wallahu’Alam.

Bintu Zulaziz | 30/5/2010


Post65: Happy birthday ummi!

 Bismillahirrahmanirrahim.

Khas Buat Bidadarikuyang pertama~
Saat mula ku menjejak dunia,
Di kau lah wahai bidadari, yang pertama mengucupku.
Lalu ku dengar degupan jantungmu,
Jantung itu yang berdegup kencang melahirkanku.
Saatnya ku hadhir didunia, senyumanmu itu hiasan yang paling indah ku lihat,
Lantas menatap matamu yang melahirkan titisan salju buatku,
Terima kasih ya Allah, hadhirkan daku dalam dakapan seorang ibu.
Bidadariku,
Kau mendidikku dengan sepenuh ketaatan dalam amanah terhadap Tuhanmu,
Mendengar butir-butir dari bibirmu dalam mendidikku,
Melihat santun langkahmu menunjukkan sebuah qudwah kepadaku,
Kini, akulah cerminanmu.
Cerminan yang belum cukup sempurna dalam membayang sebuah sifatmu,
Sifatmu yang sungguh benar-benar menarik aku mengikutimu.
Terima kasih ya Allah, menghantarkanku seorang insan yang memberikan sebuah qudwah,
setelah kau mengambil Rasulumu yang dirindui.
Bidadariku,
Terima kasih kerana sudi menjagaku,
Walaupun kadang-kadang ku bersikap sungguh
Degil,
Angkuh,
Sombong,
Kurang ajar.
Ketahuilah, kerana kesabaranmu,
Ketabahanmu,
Pengorbananmu,
Keindahan sifatmu,
Aku belajar erti sebuah kasih sayang,
Bukan kasih sayang yang biasa,
Tetapi kasih sayang yang teramat luar biasanya,
Yang amat-amat membuat hatiku tersentuh penuh kesyukuran.
Terima kasih kerana selalu mendoakanku.
Bidadariku,
Aku mahu, kau...
Meredhai hidupku..
Kerana syurgaku, dibawah telapak kakimu..
Dan kerana itu..
Ku mahu menjadi pendampingmu di syurga..
Kerana ku sangat yakin, kau yang terlayak.
Ya Rabbuna,  hadirnya seorang bidadari ini, sungguh baik sifatnya,
Aku memohon agar Kau, menghantarkan dia sebagai orang tinggi darjatnya disisimu,
Telah dikorbankan segala harta jiwa dan raganya untuk melahirkan hambamu ini,
Ampunkanlah segala dosa-dosanya, letakkanlah dia bersama kekasihMu kelak.
Sungguh, dia adalah bidadariku yang terindah yang hadhir dalam hidupku, dan jadikanlah dia bidadari yang lebih indah diSANA kelak. Aku mememohon dengan penuh rayuan, istajib dua’i..

Bidadari yang terindah, terima kasih, atas kasihmu yang tak bersyarat~

Alhamdulillah,  hari ni ulang tahun ummi saya. Terlambat post sebab tersilap tarikh, ingatkan hari ni 5 hari bulan, yela, dah lama tak ke sekolah. hehe. Alhamdulillah terperasan juga bila tengok mesej makcik di hp ummi mengucapkan ulang tahun, terus ambil kesemapatan ucapkan "happy birthday ummi!". Alhamdulillah lagi, sampai sekarang umur ummi masih panjang, dan harap Allah memanjangkan lagi jika ia baik buat ummi dan agar aku mampu membalas kembali jasa ummi, walau tak banyak, sedikit pun jadi lah. Amiin.


Sempat menghadiahkan ummi jam tangan. Bukanlah jam dan hadiah yang hebat kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan ummi. Tapi, ummi pernah kata, sebenarnya hadiah tu dapat menjadikan seseorang itu dihargai. Wallahu 'alam. Tolong doakan ummi saya!


Moga Allah redha ummi! ameen~


BintuZulaziz|6/4/2011
BahagiaKeranaAdanyaUmmi.

Post60: Sahabat~

Sahabat,
katamu, KAU RINDU!
apa maknanya rindumu sahabat..
apabila disebut halaqah sahaja tidak mahu kau dengar,
apabila dikatakan halaqah sahaja kau diam seribu bahasa,
apabila dipanggil halaqah sahaja, kau mencipta beribu alasan.
Sahabat,
kita ditemukan dahulu atas dasar Tarbiyah,
dan kita terpisah kini juga kerana sebuah Tarbiyah,
bukankah cantik jika kita ubati rindu kita itu dengan pertemuan dalam tarbiyah semula?
bukankah indah andai perpisahan sementara ini tetap menguatkan kita?
menguatkan iman kita?
menguatkan tarbiyah kita?
dan menguatkan ukhuwah kita?
Sahabat,
sudah lupakah kamu tika manisnya kita bersatu di bawah satu ikatan Tarbiyah?
sudah lupakah kamu tentang janji-janji kita,
agar tetap bersama walau jarak memisahkan kita,
walau masa membatasi kita...
Sahabat yang kurindu,
ku rayu..
jangan lupa tiap detik kita di alam itu,
indahnya saat kita bersama dalam elemen lengkap melengkapi, dalam satu sinergi..
aku rindu..sungguh! aku terlalu rindu!
rindunya pada sebuah senyuman dalam Tarbiyah,
rindunya pada sebuah tangisan dalam Tarbiyah ini.
Jangan pernah kau lari dari Tarbiyah ini,
kerana dengan ia-lah kita bertemu dan berpisah,
dan dengan izin Allah,
dengan ia jugalah nanti kita dapat bertemu di Taman Syurga sana~



Buat sahabat-sahabatku.. terutama itqanians. Kemana hilangnya antum?
Ayuh, tunjukkan mahumu, tunjukkan wajahmu, kami masih menanti antum!
Masih ingat lagi kata-kata Ustaz? andai tidak dibina jambatan pada masa ini, bila lagi?

Bintu Zulaziz|Harus Kau Kembali!
12:15AM|1/3/2011

Post41






Salam to all readers..

maaf kerana lama menyepi atas urusan duniawi..alhamdulillah, 11 subjek telah habis pulun, moga Allah memberi kecemerlangan untuk lil bit ijitihad yang telah dibuat, insyaAllah, amin~

Khas buat sahabiah tersayang~

Bismillahirrahmanirrahim...

ya Allah, kami adalah hamba-hambaMu yang dhaif lagi naif, mungkin tidak layak untuk menjadi hambaMu, kerana itu, kami memohon kepadaMu..

ya Allah, jadikanlah kami wanita-wanita yang kental, sekental Asma' & Sumayyah dalam menegakkan deen-Mu. Jadikanlah kami wanita-wanita yang mulia, semulia Hawa serta secerdik dan secerdas 'Aisyah, wanita yang syahirah pada ilmu agamanya dan juga 'aliah pada amal solehnya. Jadikan juga kami seorang yang jamilah pada akhlaqnya, sahabat yang wafa' selamanya. ya Rabbi ya Zaljalaliwalikram, kami mohon pada-Mu, jadikanlah kami seorang wanita solehah yang sentiasa syakirah pada setiap nikmat dan rezki-Mu, seorang yang sakinah pada tiap tingkah laku, dan seorang yang hafizah pada maruah diri, agama, serta agama. Kau kurniakanlah kami 'aqal yang nabihah serta fikiran yang haziqah. Ya Rabbul 'Izzati, Kau masukkanlah sifat yang nazurah didalam diri kami agar tidak dilabel sebagai kaum yang lemah. Kurniakanlah jua kami kesolehan dan kesopanan yang fitriah di luar dan di dalam diri kami serta amalina didunia dan diakhirat. Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim, jadikanlah kami hambaMu yang tidak pernah melupaiMu, baik didalam keadaan senang mahupun susah serta jadikanlah kami hamba yang atikah, athirah & afiqah. KepadaMu kami memohon, maka jadikanlah kami seorang muslimah, mukminan, mujahidah yang masturah abdan abada agar dapat kami berkumpul semula didalam tempat dan keadaan yang lebih bahagia, diSyurga-Mu, andai kami layak~amin ya Rabbal 'alamin...

♣═══¤۩۞۩ஜஜ۩۞۩¤═══♣

take a note kata-kata cikgu 'aisyah..

kita ni telah dididik ditapak asuhan, seperti benih yang disemai dengan baik, kita juga adalah sebiji benih yang telah disemai oleh manusia-manusia yang hebat, makanya, kita perlu tumbuh dengan baik untuk memberi kepada orang lain.. moga semuanya menjadi pewaris insan-insan yang hebat kelak..

Jadilah kamu benih yang baik yang apabila dilambung ke langit menjadi bintang, apabila di campak ke laut menjadi pulau dan apabila dilontar ke darat menjadi tumbuhan yang cantik, indah..

♣═══¤۩۞۩ஜஜ۩۞۩¤═══♣

Sedikit peringatan buat diriku jua dirimu..

Telah banyak kita belajar di tapak semaian iman dan taqwa madrasah ibn khaldun at-tsanawiyyah.. Jagalah ia seperti mana kita menjaga maruah dan diri, agar kelak, ia mampu menjaga kita.. Terus berhubung dengan para 'alim ulama serta asatizah, agar kita tidak terlarut dengan helah ciptaan duniawi, agar kita tidak tersungkur diatas daratan penuh kepalsuan..Terus dan terus dengan tarbiyah dan halaqah yang kita ada, dan jangan lepas contact teman-teman kita, agar kita dapat kuat dan memperkuatkan diantara kita. InsyaAllah..

Ana minta maaf kat antum semua, minta maaf salah dan silap, maaf juga kalau ana terlalu banyak meminta maaf sebab ana sedar diri ana bukan nabi yang maksum mahupun malaikat yang tidak pernah terlekat dosa.. mohon antum semua tidak putus untuk terus menegur tiap salah dan silap ana..Mohon dengan sangat.

Terlalu sayang semuanya,
moga dapat berpimpin tangan dalam menegakkan khilafah didalam diri..

♣═══¤۩۞۩ஜஜ۩۞۩¤═══♣

Bintu Zulaziz -Mengutip helaian daun memori~

Post36


kadang-kadang ada rasa penat, lelah, sedih...
namun, ingatlah...
setiap langkah kita dalam perjuangkan ketinggian ketauhidanNya, ada harganya disana..
terus berusaha, moga keredhaanNya membawa kita meniti siratul mustaqhim,
agar dapat kita bertemu dan berkumpul disana nanti, insyaAllah..
yaAllah, redhailah kami..
sayangilah kami..
kuatkanlah kami...

akhwat-akhwat 93, selamat menempuh peperiksaan yang bakal tiba :

Post34

"Seorang hero tidak akan menulis sejarah hidupnya, tetapi orang yang datang selepasnya akan datang untuk menulis sejarah hidupnya"

-ahli fikr-

coretan sejarah hidup murabbi kita...
mencontohi tarbiyah Rasul kita..

Post 33


Kakiku menjejak dalam kehidupan, genap 17 tahun kini.
17 tahun, meminjam kehidupan dari Pencipta..

ya Allah, rahmatilah usiaku,
rahmatilah kehidupanku,
dahulu, kini dan akan datang..
ya Allah, panjangkanlah usiaku,

andai usiaku ini membawa kepada kebaikan terhadap kehidupanku sebgai hambaMu,
seandainya tidak terjadi perkara itu,
tamatkanlah hayatku dengan husnul khatimah.



ya ALlah, percantikkanlah akhlaq dan kehidupanku,
sebgaimana Kau mempercantikkan kejadianku..



ya Allah, letakkanlah ketenanganku dalam setiap ibdahku,
letakkanlah kesenanganku didalam cahaya petunjukMu,
dan letakkanlah kebahagiaanku didalam setiap ujian yang ku terima diatas landasanMu
dan letakkanlah pengakhiranku dalam pengabdianku mengejar cinta dan redhaMu.

Amin yaRabbul Jalil

Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka
dengan
memberikan syurga utk mereka...
..-Surah At-Taubah ayat 111-


1.10.2010

syukran kepada semua sahabat.. Sahibah-sahibah yang membuat kejutan istimewa, alhamdulillah, sangat menghargai, tak terbalas rasanya, mungkin hnya doa mampu ku kirimkan..

Barakallahu fiekum.. :)


Post31


Bimillahirrahmanirrahim..

salam'alaykum wbt.

sahabat-sahabat yang kucintai,
hari ni, 29 Ramadhan 1437H, Ramadhan bakal meninggalkan kita..
bagaimana agaknya amalan kita, cukupkah agaknya sebulan mujahadah kita..
ya Allah, Kau cukupkanlah..
ntah dapatkah kita berjumpa ramadhan akan datang..
moga Allah permudahkan segalanya...

Sebelum Ramadhan melabuhkan tirainya,
seblum syawal memunculkan diri,
diri yang serba dhaif ini, diri yang penuh kecacatan dan kehinaan ini,
ingin memohon maaf, andai ada kalamku yang mengguris hati, andai ada perbuatanku yang sedar mahupun tidak melukakan mana-mana insan sekalipun.
Katahuilah, diri ni terlalu dhaif, penuh dengan kelompongan yang masih belum ditampung dengan tarbiyah yang sedang dihirup. insyaAllah, dari semasa ke semasa akan cuba ku perbaiki..

moga amalan kita dibulan Ramadhan, dapat kita bawa kebulan seterusnya..
perubahan memerlukan pengorbanan, dan pengorbanan sememangnya menyakitkan..tapi dari kesakitan itulah kita akan merasai nikmat kemanisan..
rasailah kemanisan tarbiyah ramadhan..

Post29

Ayuh Muslimahku, jauhilah dari tergolong dalam Fitnah akhir zaman!

Dunia kini berbagai ragam, bermacam fesyen,
kerana itu,ramai muslimahku kini menjadi mangsanya.
Mangsa fesyen yang melanggar SYARA'!

wahai muslimahku yang dikasihi Allah,
sedarkah kamu,
tentang ayat-ayat Allah dan seruan Nabimu..
jangan didustakan lagi..

Kenapa..
Kau tidak memakai tudung, berpakaian rapi menutup auratmu?
ada pula,yang memakai tudung, tapi tidak menutup dadamu,
berpakaian jarang, sendat menampakkan tubuh..
ada pula sudah rapi menutup aurat, tetapi masih ghairah dengan kecantikannmu.
Ingatlah muslimahku,
jangan dijadikan kecantikan mu, sebagai penggoyah iman saudaramu..

jangan pula, menjadi muslimah yang menutup litup,
tetapi tidak menjaga batas pergaulan,
menjadi fitnah agama..

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka .....(annur:31)

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [al-Ahzab 33:59]


Duhai muslimahku yang dikasihi Allah,
sedarlah...
bangkitlah kamu dari helah duniawi,
jangan terus menerus tersungkur dan terjatuh,
itu bukan sifat muslimahku yang bercita-cita kesyurga,
simpanlah segala kecantikanmu,
untuk yang berhak selayaknya,
agar kau dapat menjadi perhiasan yang tertutup rapi,
cantik didalam dan diluar,
perhiasan yang sukar dijumpai,
bak permata berharga..

Wahai kaum wanita, bersedekahlah dan banyakkanlah beristighfar,
kerana sesungguhnya aku mengetahui kamu golongan yang banyak sekali antara ahli neraka
(Hadis Riwayat Bukhari dan Ibn Majah)


FIRMAN ALLAH;
“ALLAH YANG MENCINTAKAN KAMU KEPADA IMAN, DAN ALLAH YANG MENGHIAS IMAN ITU DALAM HATI KAMU, DAN ALLAH MEMBENCIKAN KAMU KEPADA KUFUR (KEKAFIRAN) DAN PERLANGGARAN (KEFASIKAN) DAN MAKSIAT DOSA. MEREKALAH ORANG YANG DAPAT PETUNJUK, ITU SEMUA KURNIAAN DARI ALLAH DAN NIKMAT, DAN ALLAH MAHA MENGETAHUI LAGI BIJAKSANA.” (AL-HUJARAAT: 8 )

Dunia itu penuh dengan perhiasan, dan seinda-indah perhiasan adalah wanita solehah
(maksud hadith)

WalLahu'Alam,
peringatan buat diriku dan dirimu,
Bintu Zulaziz,
24 August 2010,
9.03 am

Post28

Begin with HIS name.

Peringatan buat diriku dan dirimu...~

Alhamdulillah, Ramdhan kini kembali dengan seribusatu kerahmatan dan kemaghfiratan,
moga sama-sama kita dapat menjalankan tnuntutan kita sebagai seorang 'abdillah dalam urusan memperhambakan diri kepadaNya, moga dalam memasuki gerbang madrasah ramadhan, menjadi satu semangat yang luar biasa dalam ibadah, moga dalam gerbang akhir ramdhan juga menjadi satu semngat yang luar biasa untuk merebut kemapunan seribu bulan.
Kekasih kita telah kembali, jangan biarkan ia pergi sia-sia..
Ramdhan kareem..
ya Sahabiah fillah, ayuh,perkasakan tarbiah, tajamkan ibadah, moga beroleh kerahmatan, kemaghfiratan, dan keredhaan demi kebahagiaan di dunia, dan di Akhirat kelak, insyaAllah!
salam kemaafan dariku buat semua, selamat menempuh Madrasah Ramdhan, penuh tarbiyah terus dariNya, insyaAllah..

"Andai setiap hamba mengetahui apa yang tersembunyi disebalik keberkatan Ramdhan, maka setiapnya akan berharap setahun itu adalah Ramdhan" -al-hadia, Riwayat Khuzaimah-

Post 27




Salam'alaykum to all readers, may Allah bless all of you, insha Allah!
Ana kembali untuk memperingatkan diri ana, dan semua insan yang berada di sekeliling ana. Sejak akhir-akhir ni, insan-insan yang berada disekeliling ana kini, murabbi-murabbiyah, da'ie daieyah, kini mereka semakin giat mengingatkan diri ini dengan kedatangan bulan yang bakal kunjung tiba, satu bulan yang sungguh mulia, yakni, bulan Ramadhan yang diberkatiNya InsyaAllah, akan ana memenjangkan peringatan-peringatan tersebut kepada antum semua. Terasa bahang Ramdhan. Rindu aku dibulan itu.

ya Allah, rahmatilah kami dibulan sy'ban dan ramadhan.

ya Allah, sayunya hati, ntah kenapa. Moga dengan kesayuan ni, aku mampu merubah segala-galanya keburukan dalam diri, untuk menjadi baik,moga aku mampu gunakan Ramdhan ini sebaiknya, dapat ku melaksanakan tuntutan ramdhan, melaksanakan perintah Allah dengan sempurna, dapat mengalirkan sunnah Baginda s.a.w. dalam kehidupan, kerana terlalu cinta Allah dan Rasul, terlalu rindu tarbiyah Allah, tarbiyah baginda, kehidupan awwalun, terlalu dan terlalu mahukan hidup yang sempurna dengan kasih sayang dan keredhaanNya, terlalu dan terlalu mahukan hidup dalam iman yang mantap, terlalu dan terlalu untuk berada disyurgaNya, untuk melihat keindahan wajahNya, terlalu mahu berjumpa dengan Baginda yang terlalu sayangkan umatnya. Ya Allah, sampaikanlah hajatku, bimbinglah aku, berilah tarbiyah yang sempurna, lembutkanlah hatiku dengan tarbiyahMu...

Hm, kalau kita lihat, ramai yang menggelar bulan Ramadhan ini, dengan bermacam-macam gelaran, sebagai tamsilnya, bulan tarbiyah, bulan al-quran, bulan jihad, bulan ibadah, dan macam-macam lagi. Memang itulah hakikatnya bulan Ramadhan, bulan dimana bukan sahaja insan yang mempunyai iman dan taqwa yang tinggi, malahan insan yang dhaif juga, akan bertungkus lumus mempergiatkan ibadah mereka, bagi memenuhi tuntutan bulan Ramadhan, dan juga memenuhi tuntutan ibadah sebagai seorang 'abdillah, insyaAllah.

Di sini ana nak antum semua, melihat kembali sejarah puasa dalam islam.

Bila bermulanya puasa?

Ibadah berpuasa telah mula sejak manusia yang pertama lagi wujud, yakni, Nabi Adam a.s. dan ibadah berpuasa telah diteruskan oleh Para Nabi yang lain.

Ada 4 jenis puasa yang ana tahu, iaitu:

  • Nabi Adam as berpuasa secara berterusan selama 30 hari siang dan malam.
  • Nabi Daud berpuasa selang sehari (sehari puasa, sehari buka)
  • Nabi Musa berpuasa selam 40 hari siang dan malam
  • dan terakhir, puasa Rasulillahi s.a.w. berpuasa pada terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari, selama 3o hari.

Jenis-jenis puasa lak, ada 3:

  1. Saumul khususilkhusus ( berpuasa perut dan seluruh anggota serta akal dan fikirannya)
  2. Saumul khusus (berpuasa hanya anggota dan perut)
  3. Puasa Awam (puasa perut sahaja).


Lihat maksud disebalik perkataan Ramadhan رمضان yang telah dihuraikan oleh para Ulama':

ر bermaksud Redha
م bermaksud maghfirah (keampunan)
ض bermaksud dhomanullah (jaminan Allah)
ا bermaksud Urfatullah (kemesraan Allah)
ن bermaksud ni'matullah (nikmat Allah)

Ok, jadi, untuk mendapat perkara-perkara diatas, seeloknya kita membuat persediaan untuk menghadapinya, jangan fikir perkara-perkara yang penting seperti peperiksaan sahaja ada persediaannya, tapi, Ramadhan juga ada, malahan ianya jauh lebih penting untuk kita jika kita tahu. Jadi, sementara menunggu kedatangan bulan Ramadhan, jum tinjau-tinjau persediaan untuk menhadapinya:

  1. Tingkatkan ilmu - banyakkan wajibat yang boleh kita lakukan kerana bulan Ramadhan bukan hanya bulan untuk berpuasa, tetapi, bulan untuk mentarbiyah diri, untuk menjadi hamba yang diredhai Ilahi.
  2. Tingkatkan syu'ur Ramadhan. - Banyakkan berdoa, bertaubat, etc.
  3. Menguruskan kehendak sebaiknya - kini, pada bulan Ramadhan, kita lebih banyak memuaskan nafsu kita, sebagai contoh, ketika berbuka, manusia semuanya seakan mewajibkan diri menghabiskan duit dibazar ramadhan, sepatutnya, ia tidak berlaku pada bulan begini.
Ok, seterusnya, jum sama-sama lihat, 10 golongan yang gagal meraih keberkatan, agar kita tidak tergolong darinya..

  1. Orang yang kurang optimum dalam melakukan ibadah warming up. Didalam exercise pun, kita ada warming up, begitu juga dalam keutamaan Ramadhan, perlu ada warming up, dalam bulan sebelumnya, rejab dan sya'ban.
  2. Target untuk khatam alquran pada bulan tersebut, tapi gagal melakukannya. Kebanyakkan kita, semangatnya datang pada awal Ramadhan, tapi bila sampai diakhir Ramadhan, semua dah mula fikir untuk raya, hm, jum perbaiki!
  3. Berpuasa, tapi puasanya tidak dapat menghalang dari penyimpangan mulut! suka mencela, mencarut, mengumpat, dsb.
  4. Puasa yang tidak menjadikan seseorang memelihara matanya dari melihat perkara-perkara yang haram. Penting sebenarnya pandangan mata ni, dalam surah annur pun, Allah minta kita tundukkan pandangan dari melihat perkara yang tak elok. Jika kita lihat Imam Syafie, beliau pernah terlihat buku lali seorang perempuan, hasil daripada itu, beliau sukar untuk menghafal, dan setelah bertaubat, barulah hafalan beliau berjalan lancar.
  5. Golongan yang pada malam bulan ramadhan, sama sahaja seperti bulan-bulan yang lain.
  6. Golongan yang berpuasa disiang hari, tetapi apabila sampai ketika waktu beerbuka, menjadikannya sebagai medan memuaskan nafsu.
  7. Golongan yang tidak menjadikannya orang yang optimum dalam menginfaq. Hm, kalau kita lihat Rasulullah s.a.w., Baginda apabila bersedekah, diibaratkan seperti angin.
  8. Golongan yang apabila tibanya menyambut hari raya fitrah (aidilfitri) seperti orang yang merdeka. Mereka seperti orang yang tidak berada dalam bulan tarbiyah sebelum itu, kerana kembali melakukan perkara=perkara yang lagha.
  9. Golongan yang terakhir ini, kita perlu tanya kepada diri kita, setelah berlalu sebulan Ramadhan, lihat bagaimana ibadah kita, adakah masih istiqhamah atau sudah terputus. Jika sudah terputus, termasuklah golongan yang gagal meraih keberkatan Ramadhan.
Alhamdulillah, selesai sudah apa yang perlu ana sampaikan disini, moga, sama-sama kita bermuhasabah kembali, dan cuba melakukan yang terbaik dalam bulan ramdhan yang bakal tiba tak lama lagi.


Ahlan ya Ramadhan!!!

Dan jika antum nak baca buku tentang bulan perkara yang boleh dilakukan pada bulan Ramdhan, ana nak syorkan buku ni

alhamdulillah, setakat ni, ana rasa buku ni, banyak buka minda ana, pembacaan yang agak santai, walaupun perkara yang ditulis dalam ni, kebanyakkannya adalah perkara asas, tapi, kira ok lah, inshaAllah!..

Sebelum akhiri post kali ni, ana nak memohon juta kemaafan dari antum semua, jika sepanjang ana menulis diblog, ataupun sepanjang ana berukhwah dengan antum, ada kekhilafan, yang zahir mahupun yang batin, sesungguhnya, ana bukanlah seorang yang sempurna, banyak kelompongan dalam diri, mohon dimaafkan, agar dapat rasai keberkatan dan tarbiyah Ramadhan, insyaAllah.

Untuk semua ikhwah, akhawat fillah,

Ahlan wasahlan ila madrasah Ramdhan, moga tarbiyah kali ni, dapat menjadikan kita insan yang penuh dengan tawadhuk, sabar, zuhud dan yang penting, Hamba yang Rabbani, inshaAllah.

Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna, agardapat ku laluli dengan sempurna...


Wallahu'Alam

Post 20

Kenapa Zuhur el syaheedah?


Salam w.b.t. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, yang memberi kekuatan, semangat, dan memudahkan urusan hambaNya yang hina dan dhaif ini. Masih diberi kesempatan untuk menulis, tapi maaf, ana hanya budak sekolah yang masih tidak cekap membahagi, mohon antum doakan agar segalanya berjalan lancar dengan keredhaanNya.

Berbalik kepada tajuk diatas. Kenapa zuhur el syaheedah? ana pasti, mesti ramai yang tertanya kan, sebab ana dapat banyak soalan, kenapa zuhur elsyaheedah, apa maksud zuhur elsyaheedah, dan adakah nama ana sememangnya zuhur elSyaheedah?

Dari post yang first pun, ana tak pernah bagitau maksud bagi perkataan yang menjadi tajuk blog ni. Ada pun yang memberitahu ana agar, terus menggunakan nama dulu, nama yang senang orang mengenali ana, Hunter of Redha yang membawa maksud pemburu redha (Allah). ana dah tinggalkan nama tersebut, bukan bermakna ana juga tinggalkan cita-cita tersebut untuk memburu redha Allah, tapi, biarlah nama tersebut menjadi sebuah sejarah dalam hidup, biarlah hati dan jasad yang mencari redha.

Dan tepat dipost ke20 ini, insyaAllah, ana terangkan disini apa maksud perkataan tersebut.

Zuhur (زهور) yang diambil dari perkataan arab zahrah (زهرة) yang bermaksud bunga. Ilham diambil [insyaAllah] dari nama yang terletak dalam i/c kad sendiri yang membawa maksud bunga yang terpelihara. Kemudian maksud nama real ana, diubah dan dicantumkan dengan perkataan alsyahidah (الشهيدة) yang berasal dari perkataan syahid (شهيد) dan di'muannas'kan, dan terbitlah perkataan alsyahidah tersebut. Kemudian kedua perkataan dilatinkan, dan jadilah perkataan zuhur elSyaheedah. Dan ana juga menyingkatkan perkataan ini dengan panggilan zuhelsyaheedah.

Zuhur alsyahidah sebelum ni, yang ana tahu membawa maksud bunga-bunga kesyahidan (dari kefahaman ana sendiri). Beberapa hari lepas, ada seorang mahasiswa di Cairo (syukran kepada anda) memberitahu bahawa maksud gabungan kepada kedua-dua perkataan tersebut lebih kepada syahid orang-orang terpilih, dan juga syahid teratas. MasyaAllah, tak sangka, dengan perkataan yang hanya digabung-gabungkan, dapat maksud yang mulia begitu.

Agak antum, kenapa ana mengubah nama tersebut, dari bunga yang terpelihara kepada bunga-bunga kesyahidan. I.Allah, hari ni ana jawabkan. Cita-cita utama ku, syahid fisabilillah~ dan dibawah ini antara motto hidupku..


[hidup-mulia-mati-syahid.jpg]



Pasti ada saja yang kata, kita ni manusia biasa, serba dhaif, hina, tak layak memegang gelaran syahid, itu hanya mimpi indah yang tak bakal kunjung tiba. Nothing is impossible! tiada apa yang tidak mungkin, kan? Lagi-lagi, jika kita umat islam ini, yang mengaku beriman, dan meletakkan segala pergantungan kita 100% kepadaNya, insyaAllah. Ana nak kongsi sikit kisah yang dipetik dari blog seorang ikhwah, mengenai khulafa' arrasyideen, salafussoleh, sahabat yang mulia Baginda s.a.w.

dari hadith Imam Malik berbunyi:

مَنْ سَأَلَ اللَّهَ الشَّهَادَةَ بِصِدْقٍ بَلَّغَهُ اللَّهُ مَنَازِلَ الشُّهَدَاءِ وَإِنْ مَاتَ عَلَى فِرَا

"Ya Allah, aku mohon mati syahid di jalanMu dan wafat di negeri RasulMu(Madinah)"


Inilah bacaan doa Khalifah Umar bin Khattab RA, Khalifah Kedua kerajaan Islam Madinah selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, sewaktu beliau sedang wukuf di Arafah. Beliau telah menceritakan hal ini kepada salah seorang sahabat di Madinah, selepas pulang dari menunaikan ibadah haji.

“Wahai Khalifah, kalau engkau hendak mati syahid, tidak mungkin di sini.. Keluarlah berjihad, baru boleh jumpa!” Komen sahabatnya itu pada Umar.

“Sekurang-kurangnya aku dah ajukan pada Allah, dan terserah pada Allah, apa yang akan berlaku!” Jawab Umar.

Esokan paginya, semasa Umar sedang mengimami solat Subuh di masjid, tiba-tiba dalam suasana kegelapan pagi itu, seorang pengkhianat Majusi bernama Abu Lu'luah telah menikam beliau dengan tiga tikaman, menyebabkan beliau tersungkur rebah ke mihrab. Abdur Rahman bin Auf cepat-cepat menggantinya, mengambil kedudukan sebagai imam itu dan terus sembahyang sehingga selesai sambil menangis. Tidak lama sesudah itu, Umar menghembuskan nafasnya terakhir. Beliau syahid di jalan Allah. Beliau wafat dalam keadaan sedang memimpin solat kaum Muslimin. MasyaAllah!~

Disini, kita sendiri dapat terjemahkan, yang bahwasanya, tiada apa yang mustahil, walaupun kita tidak dapat ke Medan perang, tapi jika kita sudah berniat untuk syahid, insyaAllah, Allah akan mengabulkannya. Memetik dari sebuah Hadis Rasulullah s.a.w.

مَنْ سَأَلَ اللَّهَ الشَّهَادَةَ بِصِدْقٍ بَلَّغَهُ اللَّهُ مَنَازِلَ الشُّهَدَاءِ وَإِنْ مَاتَ عَلَى فِرَا
“Barangsiapa memohon kepada Allah untuk ia dapat mati syahid dengan sungguh hati, tetapi sehingga ia mati tidak berpeluang ke medan perang dan tidak pula mati syahid, maka Allah telah menyampaikan hasrat (diberi darjat syuhadah) walaupun ia mati di atas katil (di tempat tidur)”. (Hadith riwayat Muslim dan Al-Baihaqi)


Jadi, tidak menjadi wajib untuk kita disini, mahu berjihad yakni berperang dengan jasad misalnya sekarang diGhazzah, jika diri tidak mampu, masih banyak lagi cara jihad kita, yang memungkinkan kita untuk syahid. Tapi jika rasa mampu, pergilah!~ InsyaAllah, kita disini, dibumi kita ni juga, banyak yang perlu di'jihad'kan.

Memetik juga dari kata-kata asSyahid abdul Aziz Rantisi -rahimahumullah-


"Semua orang akan mati, mengapa takut dengan kematian. Jika saya diberikan pilihan samada untuk mati dibedil oleh helikopter Apache (milik tentera Zionis) ataupun akibat serangan jantung, saya memilih (untuk dibedil) oleh Apache".

Dan kisah beliau juga benar, tidak lama selepas itu, beliau ditewaskan dengan Apache milik zionis laknuatullah, beliau mendapat syahid! MasyaAllah!

Jadi, dengan post kali ni, ana harap, semua faham, mengapa dipilih perkataan Zuhur elSyaheedah sebagai tajuk utama blog. Dan ana juga harap, antum faham tuntutan menanamkan cita-cita untuk syahid dalam hidup kita. Seharusnya, kita, muslim yang mengaku beriman, menanamkannya, agar esok selepas kita habis kontrak hidup didunia, kita dapat hidup bahagia disisiNya kelak.

Moga syahid tetap menjadi milik kita~

Jika ada yang rasa salah, atau mahu kritikan yang lebih khusus, boleh hantar email ke alamat ini, zuhelsyaheedah@yahoo.com. Syukran, Jazakallah.

Allahu Ta'alam 'Alam