بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Tangan yang menulis ini juga akan lebur satu hari nanti, ku mohon agar segala yang tidak elok itu dihapuskan. Seandainya tangan yang menulis ini akan membawa kamu ke neraka, maka tinggalkanlah~

.:contacts:.

Tumblr: Insomnia
Showing posts with label Muhasabah. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah. Show all posts

Post25


Begin with HIS name
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
In The name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Salam 'alaykum wbt to all readers. Alhamdulillah, dengan segala limpahan nikmat, karuniaNya, dapat lagi hamba yang bertuah ini, menghembuskan nafas, menghirup udara nikmat dari kasih sayangNya. Kerap kali bertanya dalam diri, agaknya, bagaimana jika tiada kasih sayangNya dilimpahkan kepada hamba yang sedia dhoif ni? Moga kasih sayangNya, tetap dilimpahkan keatas hamba-hambaNya, agar kita boleh menjadi hamba yang bersyukur, insyaAllah.

Dalam waktu sekarang, tiada apa yang ana nak kongsikan, tapi ana nak antum kongsi bersama ana, apa yang antum tahu, Mohon ya..

Hari ni, masa ni, tika ni, ana nak bawa 1 tajuk, yang sekarang ni, fikiran ana sedang ligat berfikir tentangnya, iaitu SPM dan HDA.

Sekarang ni, tentunya calon-calon SPM sibuk mempergiatkan lagi usaha, mempertajamkan senjata untuk pejuangan mereka di medan SPM, termasuk ana. Tapi dalam pada tu, pasti ada yang kecundang HDAnya. Apa tu HDA? HDA membawa maksud Hubungan Dengan Allah, perkataan ni, ana kenal ketika seorang ustaz di SMiK memberi tazkirah dalam kelas. Hubungan Dengan Allah, solat, puasa sunat, qiamullail, tilawah. Pendek kata, semua amal fardhu dan sunnat yang kita buat, untuk menghubungkan hati hamba kepada penciptaNya.

Sebenarnya, time ni, ana rasa kecundang dengan HDA ana. Biarlah orang nak kata apa, membuka pekung di dada ke, daie yang lemah ke. Biasa lah, tiap manusia, ada masa dia jatuh, dan ada masa dia begitu membangun. Fitrah iman tu sendiri, turun naik. Berlainan iman malaikat,tidak bertambah dan tidak pula berkurang, iman para Rasul, iman yang bertambah dan tidak pernah berkurang dan iman orang-orang fasik, iman yang sentiasa berkurang, wa naudzubillah. Ini terdapat didalam mata pelajaran PSI form5,boleh rujuk disana. Tapi, jika iman tu turun tidak naik, itu dah jadi satu perkara luar biasa. Moga kita dijauhkan.

Kat sini, ana nak tanya tentang tawazzun antum yang sudi berkongsi. Tawazzun disini, bermaksud keseimbangan SPM antum, dan juga HDA antum. Ana tatkala ni, memang tak dapat men'tawazzun'kan kedua-duanya. Ye la, dengan kelas dari pagi, malam, cuti sabtu ahad pun ada kelas,dengan agenda-agenda yang lain, pendek kata, memang padat. Tak kira, bila dah tertekan sangat, mula sakit, SPM entah ke mana, HDA entah kemana. Waktu ni, HDA ana, memang terganggu, kerana kepenatan menghadapi SPM, wajibat harian yang telah disusun entah kemana perginya, dah berkurang, tilawah makin lama makin nipis, begitu juga qiamullail, dhuha, matsurat, rawatib. ya Allah, memang saat ni Kau begitu menguji. Takut sangat, SPM tanpa HDA yang tidak terjaga.

Ana rasa, antum (terutama pelajar SMiK yang setiap hari mendengar tazkirah dari para murabbi dan murabbiyah) mesti tahu, kejayaan tidak akan senang dicapai jika HDA tidak terjaga. Sebab kita sebagai pelajar muslim, ada satu konsep disini, yakni konsep Doa, Usaha, Istiqamah, dan Tawakkal (D-U-I-T). Bermula dengan doa, berdoa agar dia permudahkan urusan kita, kemudian doa tersebut, diiringi dengan usaha, usaha sedaya mungkin.. Allah takkan, mensia-siakan usaha hambaNya yang beriman jika pula ia diiringi usaha tersebut dengan istiqhamah. Ana difahamkan oleh seorang sahabat yang sangat-sangat bermakna dalam hidup ana kerana terlalu banyak memberi hikmah kepada ana, sahabat sehaluan ana, dia mengajar ana erti istiqhamah yang sebenar dalam beramal. Istiqhamah adalah apabila seseorang itu berterusan melakukan amalan, dan konsep istiqhamah pula, bukan sahaja berterusan, malahan meningkat. Contohnya, apabila seseorang tersebut melakukan qiamullail sekali sebulan, kemudian, di tingkatkan, sekali seminggu, kemudian berterusan dia tingkatkan, itulah istiqhamah sebenar. Patut la selama ni, ramai kata susah untuk istiqhamah, baru anaa faham (",) Stelah kita usaha, berdoa lalu istiqhamah, kita perlu kepada tawakkal.

Apa itu tawakkal? Tawakkal adalah menyerahkan segalanya kepada Allah. Konsep tawakkal pula perlu ada usaha. Sebutlah, bismillahitawkkaltu 'alallah.. insyaAllah, moga Allah permudahkan lagi usaha kita. Walaupun keputusan yang kita inginkan tidak tercapai, kita tidaklah terlalu kecewa, kerana sudah bertawakkal, dan bermaksud, kita pun sudah redha terhadap takdirNya, insyaAllah.

Dan soalan ana yang mahu antum kongsikan, bagaimana HDA dan SPM antum? Bagaimana antum mampu mendirikan qiamulail tanpa lelah dipagi hari?Moga dapat berkongsi agar sama-sama dapat mentarbiyah diri, menuju redha Allah yang sudah pasti, insyAllah..

Menolak kepenatan, Menambah amalan dan usaha.

Wallahu 'Alam.

Post 23

Bismillahirrahmannirrahim




La ilaha illaLlah
Muhammadur RasuluLlah
Hidup mati kerana Allah
Berjuang fi sabiliLlah

Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta

Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kezaliman yang bermaharajalela
Kita gempur hingga ke hujungnya

Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau diancam senjata
Kerana Allah kita mara

Hentikanlah penderitaan dan juga kezaliman
Kembalikanlah keamanan di bumi anbiya'
Berdoa kepada Ilahi
Agar Palestin akan merdeka
Kekal sentosa selamanya

Nasyid kompilasi Rabbani, Inteam, Nowseeheart & Saujana dedikasi khas untuk Palestin. dari album Gema Palestine.

Wah, Malaysia pun da ada nasyid gempak :D



ubahsuai dari nasyid lama Wahai Para Mujahid - TheFikr, lirik yang dibuat oleh ustaz Ashaari dulu, nasyid yang sangat saya suka, sebab maksud yang mendalam. Apa pun,hayatilah~

Kami tetap bersama mu duhai saudaraku!

Post18


Saat diri menghayun langkah menapak mengembara kehidupan dari kasihNya,
ku tetap teguh dalam hati,
ruuhi dan jasadi tetap milikNya.


post17


Alhamdulillah,
Sahabat, terimakasih.
Terimakasih membenci diriku yang tidak sempurna akal dan sifat,
Kini, senarai pembencian terhadap diriku,
memanjang.. panjang sepanjangnya....
Dulu, beratus-ratus mereka yang mengatakan,
'ana uhibbuki fillah, i luv u, friend forever'
lisan berkata, tapi tidak dari hati.
Sahabat,
kamu temanku yang paling rapat,
dan kini, kau juga katakan benci,
dan saat ini juga,
aku harus menerima hakikat,
manusia yang hina, tidakkan layak disayangi manusia,
Allah tunjukkan itu, pada saat ini,
hanya Dia yang akan menyayangi kita, seada manapun kita.
Terimaksih menyedarkan aku.

cuma satu teman, aku mohon khilafku segera dimaafkan,
diriku terlalu lemah untuk semua ni.
Tidak tahu sepanjang mana hayatku.
Yang ku tahu, aku amat menyayangimu,
moga kau faham satu hari nanti.
Betullah kata orang,
kita betul-betul akan menghargai apabila dia tiada dipandangan mata.

Ya Allah, pembuka dan pengunci hatiku,
tunjukkanlah kasih sayangMu, saat ini...
bantu aku dalam pembinaan diri,
lemahnya diriku, Kau yang mmapu mengubahnya,
bantulah aku ya Rahman, ya Rahim..
Biarlah aku hina dipandangan manusia, di pandangan makhluqMu..
biarkanlah aku tiada dipandangan manusia,
daripada ada tidak bermakna..
tapi jangan Kau tinggalkan aku..
Pandanglah aku dengan kasih sayangMu.
Tiada yang mampu menerima kelemahan hambaMu ini,
hanya Kau, pencipta hatiku yang kadang kuat dan kadang lemah..
Hanya Kau, pencipta jiwaku yang terhina.

ya Allah, jangan jadikan air mata ini, bukan air mata kesedihan, bukan kekecewaan,
Tapi jadikanlah ia airmata ini sebagai penhubung hati antara Kau dan aku...

memory that never forget. Serahkan jiwaku hanya padaMu.

Post 16

.:Last Breath:.


Ayuh ikhwah, akhawat...Hayatilah ia dari dasar hati nuranimu

From those around I hear a Cry,
A muffled sob, a Hopeless sigh,
I hear their footsteps leaving slow,
And then I know my soul must Fly!
A chilly wind begins to blow,
Within my soul, from Head to Toe,
And then, Last Breath escapes my lips,
It's Time to leave. And I must Go!
So, it is True (But it's too Late)
They said: Each soul has its Given Date,
When it must leave its body's core,
And meet with its Eternal Fate.
Oh mark the words that I do say,
Who knows? Tomorrow could be your Day,
At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now, Do NOT delay!
Come on my brothers let us pray
Decide which now, Do NOT delay!
Oh God! Oh God! I cannot see!
My eyes are Blind! Am I still Me
Or has my soul been led astray,
And forced to pay a Priceless Fee
Alas to Dust we all return,
Some shall rejoice, while others burn,
If only I knew that before
The line grew short, and came my Turn!
And now, as beneath the sod
They lay me (with my record flawed),
They cry, not knowing I cry worse,
For, they go home, I face my God!
Oh mark the words that I do say,
Who knows, Tomorrow could be your Day,
At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now, Do NOT delay !
Come on my brothers let's pray
Decide which now, do not delay ....

***************

Ya Allah, bila akan tibanya saat itu?
tiap kali aku mengingat akan hal itu,
tubuhku serta merta lemah,
tidurku tak lena,
kerjaku serba tak kena,
jiwaku tidak keruan,
gementar..
seperti hal itu kan tiba waktu itu juga.
dan kerana itu, aku cuba lupakan..
lupakan..
tapi, sampai bila..
ku tahu, semakin cuba untuk ku lupakan,
semakin saat itu menghampiri.
Bagaimana tubuhku bakal mengharunginya,
sepatutnya ia menjadi kecintaan bagi aku yang mengatakan Kau cintaku abadi,
sepatutnya, aku rindukan untuk bertemu denganMu.
Tapi aku takut, kerana apa? Pasti Kau saja yang mengetahuinya.
Amalanku.. Ibadahku.. Ketaqwaanku.. Keimananku..
Tidak cukup sempurna ya Allahhhh.......

Ya Allah..
Temanilah langkahku..
Permudahkanlah urusanku..
Luruskanlah perjalananku...
Sempurnakanlah kewajipanku.
Sesungguhnya, jiwaku milikMu, Kau berhak memberi dan Kau juga berhak mengambil semula tanpa dipinta. Namum, ku mohon, tambahkan keimanan dalam diriku, agar ku yakin, Kau bersama ku ditiap waktu, disaat tiada siapa membantuku.
Ku butuhkan pertolonganMu, keampunanMu, kepadMu ku kembali berserah, Tuhan yang merajai setiap pelusuk jiwaku...


Tuk (panggilan Kedah), kami rindu kat tuk..
Sudah selamat kamu menghadapinya..
Moga dikalangan mereka yang mempunyai amalan soleh..
disebalik panggilan syuhada' (dari kami, anak keturunanmu..)