بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Tangan yang menulis ini juga akan lebur satu hari nanti, ku mohon agar segala yang tidak elok itu dihapuskan. Seandainya tangan yang menulis ini akan membawa kamu ke neraka, maka tinggalkanlah~

.:contacts:.

Tumblr: Insomnia

Post75: Kerana cinta~





Bismillahirrahmanirrahim~

Ukhtku fillah,
Aku takut berkata cinta terhadap dirimu,
Walaupun sesungguhnya aku amat menyayangimu,
Kerana aku dhaif dalam hukum cinta,
Aku lemah dalam melaksanakan cinta,
aku memahami,
Cinta- bermakna aku harus membawa kau bersama ke syurga,
tak mampu aku - sedangkan aku sendiri tidak dapat menjamin,
Apakah aku akan ke syurga atau ke neraka -naudzubillah.

Aku takut.
takut impian kau ke syurga bersamaku
hanya tinggal impian tanpa realiti,
malahan aku pula yang menarikmu ke lubang neraka.. Allah~

Ukhti,
sungguh, apa yang aku katakan ini
bukan sekadar omongan kosong peluah rasa
inilah hakikatnya,
hakikat qalam hati kecilku
ketika mana kau menyatakan cinta
hatiku merintih hiba,
tak mampu aku membalasnya
bukan sengaja laku ku ini
tapi kerana takut sayang hanya di bibir
bukan dari amal dan hati

Maaf jika tanpa perkataan cinta itu
membuatkan kau sedih hati - fahami aku.

Ukhti,
bantu aku - merealisasikan cinta itu.

Bintu Zulaziz,
21/7/2011
Nilam Puri,
kesayuan hati menghantar pulang.






2 comments:

soutulmujahid.com said...

asyik cakap pasal cinta je

hakuna matata said...

ye, kenapa?
pandangan ana tidak ada salahnya.
bukankah Allah menjadikan kita kerana rasa cinta?
bukankah Rasulullah saw berdakwah dan meninggalkan kita dengan sarat cintanya?
bukankah ibu bapa kita melahirkan, mendidik dan membesarkan kita dengan rasa cinta yang teramat?
Positivelah~