بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Tangan yang menulis ini juga akan lebur satu hari nanti, ku mohon agar segala yang tidak elok itu dihapuskan. Seandainya tangan yang menulis ini akan membawa kamu ke neraka, maka tinggalkanlah~

.:contacts:.

Tumblr: Insomnia

Post62: Pabila 'futur' menjengah~

Dengan namaMu ya Allah, aku memulakan tulisanku ini, dan kesekian kalinya aku memohon agar Kau memelihara tulisanku ini dari fitnah makhluk-makhlukMu.

[Membuka draft yang hampir berhabuk kerana ketandusan idea di pertengahan perjalaan ketika menulis. Akhirnya, matlamat tercapai. Moga artikel ini bermanfaat untuk kau dan aku]


*menyelam kembali ketika saatku futur*

Futur.

Kadang-kadang membuatkan diri kita sungguh lemah.
Cukup dengan satu ujian, membuatkan kita boleh rebah dan tersungkur.
Kalau boeh berdiri semula dan mengatur langkah, alhamdulillah, alangkah bahagianya.
Tapi kadang-kadang tu, membuat hari esok dilihat tiada sinarnya lagi.
Berat terasa, tenaga yang ada seolah-olah dirasa hilang begitu sahaja.
-------

Futur- saat dimana iman jatuh.

Futur, bukanlah saat yang mudah tika itu. Saya sendiri pernah merasai futur. Malahan, baru-baru ini juga saya merasa saat itu, Futur adalah saat yang paling saya benci dan takuti. Tapi saya tetap bersyukur apabila hadhirnya saat futur, kerana saat itu lah, saya berasa iman betul-betul diuji, dan akhirnya iman yang terjatuh dari landasan dipandu arah semula oleh DIA setelah betul-betul berpasrah. Itulah sebenarnya tarbiyah jiwa dari ALLAH SWT.


Futur itu hakikatnya datang dari kelalaian kita sendiri.

Pertama, Terlalu banyak maksiat kepada Allah.

Kadang-kadang maksiat yang kita lakukan tak nampak, dan kerana 'tak nampak' itu, kita pula jarang beristighfar, hasilannya, tumbuh noda-noda menutupi hati kita.

Firman Allah SWT:
Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka. (QS83:14)

Lalai kita terhadap maksiat, berjaga-jagalah. Hasil maksiat dan dosa yang kecil itu hakikatnya membawa kepada kejatuhan diri kita sendiri.

Kedua, keduniaan yang terlampau.

Dr. Mustafa As-Siba'i menulis didalam bukunya:

“Ada dua cinta yang tidak pernah bersamaan dalam satu waktu pada jiwa seseorang, iaitu cinta Allah dan cinta maksiat ...".

ya, bagaimana kita mahu mencintai Allah sedangkan cinta kepada maksiat menjauhkan kita dari Allah?

Analoginya seperti air dan minyak, tidakkan pernah bersatu.

Futur tu tetap akan dirasai semua orang. Rasulullah juga pernah merasai keadaan itu. Tapi Rasulullah tidak melalui hari-hari futur itu dengan terus kesedihan, tidur dan senagkatan dengannya sebagaiman yang dilakukan insan-insan hari ini. Tetapi Rasulullah membanyakkan ibadahnya di siang dan di malam hari.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Setiap amal itu ada masa semangat dan ada masa lemahnya. Barangsiapa yang pada masa lemahnya dia tetap dalam sunnah (petunjuk) ku, maka dia telah beruntung. Namun barangsiapa yang beralih kepada selain itu bererti dia telah celaka." (HR. Ahmad)

Dengan futur, seorang harus terus melakukan Ibadah mereka agar mereka tidak terus menerus dalam keaddan futur. Futur itu memang saatnya seorang itu akan lemah dari segi ibadahnya dan juga perjalanan hidupnya. Agar tidak terus futur, kita diharuskan menambah wajibat dan amalan kita kerana apabila melakukan seusatu yang sama sahaja pasti kita akan jemu, jadi perlu menambah amalan agar diri dan tarbiyah tertingkat.



Bagi saya, futur itu lebih dirasai apabila berkeadaan sandiri (seorang diri tanpa teman yang saling memperkuat disisi).
Selalunya saya akan jatuh futur apabila saya keseorangan, tanpa sahibah-sahibah disisi, tanpa pergerakan dalam dakwah dan tarbiyah.
Memang benarlah satu kata-kata yang menyatakan bahawa jika kita tidak memenuhi masa kita dengan perkara berfaedah, maka masa tersebut akan diisi dengan perkara jahiliyyah.

Ramainya diantara kita bila bersama-sama (teman-teman, sahabat-sahabat), kita menjadi sangat-sangat kuat. Melakukan amal ibadah, saling ingat memperingati, kuat memperkuat. Apabila tiba keseorangan, hasilnya jatuh, Kita jatuh futur sendiri, dan itulah sebenarnya hakikat diri kita. Teringat kata naqibah ana dalam halaqah minggu lalu, katanya "iman dan peribadi seseorang itu dapat dilihat apabila duduknya dia seorang diri". Ya, saat inilah kita boleh lihat, apakah iman kita hanya kepada mnusia atau Illah(Tuhan) kita sendiri?

Satu hari seorang jurutulis Rasulullah, Abu Rub’i Hanzalah, pernah datang kepada Rasulullah dan mengadu: “Wahai Rasulullah, Hanzalah telah berbuat nifak ...". “Apa yang kamu maksudkan dengan nifak itu?" tanya Rasulullah. “Wahai Rasul, ketika kami bersama-sama anda dan anda mengingatkan kami akan Neraka dan Syurga, seolah-olah keduanya ada di kelopak mata kami. Tetapi bila kami tidak bersamamu, kami dilalaikan oleh anak, isteri serta tanah ladang kami yang menjadikan kami banyak lupa." Kemudian Rasulullah bersabda: “Demi Zat yang diriku ada ditanganNya, sekiranya kalian terus-menerus dalam keadaan sebagaimana ketika kamu bersamaku, dan selalu dalam keadaan berzikir, nescaya malaikat akan bersalam denganmu ketika kamu berada di pasar dan di jalanan. Akan tetapi wahai Hanzalah, masing-masing itu ada saatnya." (HR. Muslim)


Perlunya kepada amal jamie (pergerakan secara berkumpulan) agar terlahir satu sinergi.

Suatu yang kita tidak perasan selalunya, kita selalu sahaja mengharapkan suatu biah(suasana) solehah itu. Sebagai contoh, saya sering mendengar keluhan-keluhan insan-insan di sisi saya, katanya- ana tak mampu berubah kerana tak ada biah.

Asalnya, biah itu terus ada atau perlu diadakan? Bagi saya, biah itu, jika tidak ada, kitalah yang harus mewujudkan.Seperti di rumah, tiada biah saling kuat memperkuat, yang harus dilakukan, adakan biah itu. Di sebabkan kita terlalu banyak bersama sahabat, jadi kita terbiasa dengan sahabat, so selalunya keluarga bukanlah mereka yang dapat memperkuatkan kita. Pengalaman saya, inilah salahnya, selalunya perkara begini berlaku kepada remaja. Remaja itu lebih senang bersama rakannya daripada keluarganya. Jadi untuk di perbetulkan semula, wujudkan biah dalam keluarga. Selalulah berjemaah dalam keluarga, bukan jemaah solat sahaja, tapi kebanyakan aktiviti. Boleh lakukan usrah keluarga sendiri. Yang penting, biah itu bukan ditunggu, tapi diwujudkan.
InsyaAllah, futur tadi dapat dihilangkan dengan salah satu cara ini.

Selain itu, yang dikatakan futur, seperti yang saya katakan tadi, Nabi-nabi juga pernah melalui futur, Futur yang boleh menyebabkan aktiviti seruan (dakwah) mereka, merosot. Sepertimana Nabi Adam merasai futur ketikamana Baginda diturunkan kebumi akibat kelalaiannya, maka Dia kembali memohon keampunan Allah. Begitu juga Nabi Yunus, ketika mana didalam perut ikan nun, Baginda kembali kepada Allah. Itulah mereka. Bagaimana kita pula?

Angkuhnya kita kerana tidak mahu kembali kepada Allah. Sedangkan kita tahu, asalannya ujian kelemahan itu datangnya dari Dia yang mahu kita merangkuh dan bersujud kembali padanya. Berusahalah dalam mencari cintaNya dalam keadaan futur ini. Cari kembali seerah-seerah para anbiya' dan tabiin dahulu, bagaimana mereka bangun kembali dari futur itu.

Yakinlah, Allah tidak menjadikan sesuatu itu hanya untuk sia-sia.
 
...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." - [Q1: 216]

Kita ini, tidak mampu berdiri diatas muka bumi ini, keseorangan, walaupun kita seorang, hakikatnya DIA tetap bersama kita. Harus ingat itu~!

Apabila futur datang, ingatlah, saat ini untuk bermuhasabah. Kembali mencari mungkin dosa-dosa kecil yang kita tidak perasan telah membuahkan noda-noda yang akhirnya mengaburi mata hati kita. Ya, inilah saatnya bermuhasabah. Muhasabah juga insyaAllah akan membawa kita jawapan kepada ujian, andai kita mahu mencari.

Jangan membiarkan ke'futur'an itu terus menerus melemahkan jiwamu, kembali mencari kekuatan kerana ada yang lebih memerlukanmu.

Akhirnya, jelaskanlah tujuan hidup kita.

Manusia itu sememangnya asalnya pelupa. Jadi peringatan-peringatan itu harus diulang-ulang, moga setiap kali di ulang, kian jelaslah kefahamannya.

Kadang-kadang, tujuan kita tersasar jalannya, jadi harus diingat kembali, tujuan hidup hanyalah untuk Dia. Jangan dilebih-lebihkan perkara yang tidak sepatutnya.



Lumrahnya manusia untuk bersedih, tapi setelah sedar semuanya, gagahkanlah kaki untuk menapak semula, jangan lupa Dia yang memberi kekuatan. Kita ini selalu sahaja mencari Dia bila susah, tetapi lari bila sudah senang.Angkuh merasa diri sudah cukup hebat. Harus diperbetulkan itu,terus-teruskan dengan wajibat, amal-amalan yang telah dilakukan. moga-moga jambatan hati yang telah terbina antara Dia dan kita akan mempermudahkan urusan-urusan, permohonan, hajat dan keredhaan.

" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." - [Surah At-Talaq, 65: 2-3]

 -----------------

"Jangan takut, jangan berdukacita." - Al-Ankabut 29:33
"LiNdUnGiLaH KeSeDiHaN DeNgAn sEnYuMaN..
BiArPuN DiHaTiMu pEnUh kEdUkAaN..
kErNa TaBaH MeNgHaDaPi CaBaRaN..
MeNuNjUkKaN eNgKaU mEmPuNyAi IMAN.."
-LA TAHZAN, INNALLAH AMA'AK-
Wallahu Ta3ala 'Alam

Bintu Zulaziz-berusaha berdiri diatas kekuatan
5/3/2011|1232AM

2 comments:

Aliah Abdullah Sani said...

jzk ina ats pkongsian.. ianya menjengah tika hati ini jatuh.;)

Bintu ZulAziz said...

insyaAllah. Masih pegang, istakmil wa istikmal!
ana jatuh, awk sambut,
awk jatuh, ana cuba smbut! ;)