بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Tangan yang menulis ini juga akan lebur satu hari nanti, ku mohon agar segala yang tidak elok itu dihapuskan. Seandainya tangan yang menulis ini akan membawa kamu ke neraka, maka tinggalkanlah~

.:contacts:.

Tumblr: Insomnia

Post57: SPM, SPM

Dengan nama-Mu ya Allah, aku memulakan tulisan ku, moga-moga tulisanku ini terlindung dari segala fitnah makhluqMu

Alhamdulillah, hati yang lebih tenang untuk menulis.
Setelah melayari beberapa buah laman blog bersama ummi tercinta dan membincangkan beberapa buah artikel, hati lebih kuat dalam muhasabah. Terima kasih para blogger atas tulisan-tulisan yang mantap dan menaut hati pembaca. Sebenarnya, saya lebih suka membaca tulisan-tulisan orang lain, mungkin kerana kebanyakkannya boleh membuka minda dan muhasabah selain dari alasan saya memang suka membaca artikel, tapi untuk mengupdate blog, selalu ada perasaan takut, takut untuk menulis sendiri, takut artikel yang ditulis membuatkan orang menilai saya dengan sifat-sifat negative.Akhirnya saya mendapat sebuah artikel yang mampu mebuat hati lebih tertawan untuk terus menulis. Sesiapa yang mungkin ada masalah yang sama, silakan membaca.... Klik Sini

***************
Berbalik tentang tujuan utama saya menulis hari ini. Tentang SPM, huh~

Usai saya berjemaah dan ber'matsurat' bersama keluarga semalam, sedang saya menatap lembaran-lembaran hikmahNya, terdengar along yang sedang menonton berita memanggil ummi, sambil menjerit, "21hb STPM keluar!". Saya terus menutup lembaran dan kemudian ke ruang bilik ummi, melihat along yang bermuka cemas "ntah macam manala result nanti" katanya sambil meletakkan kepalanya diatas ribaan ummi. Kemudian ummi menjawab,baca la doa banyak-banyak, moga Allah permudahkan. Kemudian ummi kata kepadaku,"2minggu lepas tu, insyaAllah, SPM keluar". Bermakna ura-ura 1/3/11, atau 11/3. Dadaku kembali kencang. Terus ku alih arah menuju ke bilik, menatap semula kalam hikamahNya.

Usai menghabiskan satu juzu', saya kembali ke ruangan ummi, memanjat katil queen ummi dan terus duduk sambil berkata, "alhamdulillah, makin yakin!" Ummi menyahut kembali, "alhamdulillah".
Kemudian saya menyambuang, "seandainya apa yang kita mahukan tak tercapai, harap semua orang boleh redha yea, sebab mungkin ada natijah di sebaliknya, ntah mungkin Allah nak bagi yang lebih baik untuk akan datang, mungkin Allah tak nak kita sama kita berjauhan, tapi jangan sedih, asalkan kita dah berusaha bersungguh-sungguh, kan ummi?". Ummi menyahut kataku dengan menghadiahkan sekuntum senyuman, menenangkan hatiku.
Kemudian Along terus menyambung dengan gurauannya, "ye lah, kalau tak elok, mana kita nak pi mana-mana, duk sini je la semuanya", terus berderai ketawa.

Teringat pada satu malam di masjid Putra, dimana ketika itu saya menemani ummi dan abah untuk liqa' bersama Qaed, Dr Abdullah Sudin dalam aktiviti ziarahnya di wilayah tengah.Saya berjumpa sahibah MATRI yang ku kenali di JDK lalu, dalam perbualan kami, ada saya tanya kepadanya tentang tahap confidencenya dalam keputusan SPM,

Nim, awak yakin? -saya

Tasnim-Ikutkan usaha tu,wallahu'alam,tapi kalau ikut...(terus beliau mengeluarkanayat tersebut)

"Hai orang-orang yang beriman, kalau kamu menolong (agama) Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan memantapkan pendirian kamu". (Surah Muhammad : 7)

Terus ku tunduk dan mengangguk-anguk, meresapi ayat tersebut- (sungguh kuat pergantung awak, nim :)

InsyaAllah, setelah usaha, ayuh kita tawakkal. Kepada Dia kita meletakkan setinggi-tinggi tawakkal, moga Allah permudahkan urusan hambaNya yang bertawakkal.

"Fa iza 'azamta fatawakkal 'alallah, inallaha yuhibbul mutawakkilin"

Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakkal.

Doakan kepada kami moga keputusan yang dicapai mampu membantu menjadi penggerak dakwah dan tarbiyah dalam deen, insyaAllah~

Bukan mudah menanam keyakinan,tapi harus kita berusaha, andai kita yakin kepada manusia, pastinya kita tidak akan terlepas dari kekecewaan, tapi, andai kita meletakkan keyakinan kepada DIa yang memegang hati tiap hambaNya,insyaAllah, walau bagaimanapun keadaan, pastinya redha itu kita raih!

Bintu Zulaziz|Meletak Pergantunganku hanya kepadaNya
17/2/2011|7:30AM

2 comments:

Kryptonite Merah said...

artikel ini sgt myedihkan! [ntah ap yg sedih nta]=P

waaaa~~
takut nya!! huk3

hakuna matata said...

Ketakutan itu akhirnya telah saya kepungi dengan keyakinan dalam tawakkal! Cubalah, pasti anda merasai ketenangan! ;)