بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Tangan yang menulis ini juga akan lebur satu hari nanti, ku mohon agar segala yang tidak elok itu dihapuskan. Seandainya tangan yang menulis ini akan membawa kamu ke neraka, maka tinggalkanlah~

.:contacts:.

Tumblr: Insomnia

Post56: Pray For Me

Bismillahirrahmanirrahim.

Afwan kepada semua-semuanya. Saya tak dapat nak update blog. Hati keluh+kesah+sedih, entah ada apa sebenarnya dalam hati ni kan. Biasalah, hati manusia bukan bersifat statik, tetapi dinamik, turun naiknya tetap ada masanya. Mohon antum doakan saya, diberi kekuatan dan ketabahan, boleh melakukan kembali segala kerja dengan baik, boleh mengingatinya disetiap detik, mampu bersifat lebih tenang dan kuat dalam amalan-amalan. Moga Allah redha kita.

Buat mereka-mereka yang kurindu, yang ku sayang:

Ku Yakin Berlaku



Yang ku panggil kasih
Ku kenang selalu
Riuh atau sepi
Rinduku padamu

Dalam kesibukan
Dalam kelapangan
Tiada ku lekang
Ingatan yang suci

Tertumpu mendambakan
Disatukan denganmu

Di hari yang indah
Ku yakin berlaku
Kita bertemu di jambatan kasih
Setelah dipisah lama

Di hari yang indah
Tiada sedetik
Akan terlewat mahupun tercepat
Kutatap wajahmu duhai kekasihku

Garisan pemula
Jauh kutinggalkan
Semangat ku sama
Mencapai impian

Kau ku panggil kasih
Dulu dan selamanya
Tidakkan berubah
Perasaan ini


2 comments:

Young Voice said...

Salam juang.
Lirik nti meluahkan rasa yang bersarang di hatikah?

semoga kuat bermujahadah.
Hati seorang wanita hanya milik suaminya.
Yakin pada Allah, ukhti.
Jgn rebah dengan perasaan, tapi tabah dgn ketaatan pd Pencipta.

uhibbuki fillah meski tidak pernah bersua.
Allah, pohonku furqan untukku dan teman maya sejatiku, amin.

Bintu ZulAziz said...

Salam juang juga buat nti.
Amin ya Allah..
Terima kasih banyak-banyak.
Ya, luahan rasa yang bersarang dihati,
hati yang sedang merindukan hati-hati yang tunduk dalam ketaatan kepadaNya.
mungkin kerana hati ini telah dipenuhi dengan maksiat, dan mungkin kerana sudah jarang bertemu sama sahabiah-sahabiah yang dapat menguatkan antara satu sama lain, terlalu sunyi rasanya.
Fitrah manusia itulah dia, bila bersama tidak merasai kewujudannya, bila masing2 sudah berpisah, baru terasa kerinduan yang teramat.

Moga bertemu di hari yang lebih indah.

uhibbuki fillah aidhan.
moga Allah terus menguatkan kita, amin.

Syukran ukhti :)