بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Tangan yang menulis ini juga akan lebur satu hari nanti, ku mohon agar segala yang tidak elok itu dihapuskan. Seandainya tangan yang menulis ini akan membawa kamu ke neraka, maka tinggalkanlah~

.:contacts:.

Tumblr: Insomnia

Post58: Kata Hati Kini~

Ku bangun dari mimpi dengan dada yang penuh sesak,

Tidur yang sebentar kerana jasad yang terlalu kelemahan,

Jiwa yang penuh kerinduan.

Dalam tahajjudku, aku menangis,

Mengadu padaMu, meminta padaMU,

Agar dihantarkan sebuah kekuatan,

Sungguh, bukan mudah untuk mencari kekuatan,

Bukan mudah melahirkan ketabahan,

Kadang-kadang terlintas di benak fikiranku,

Alangkah mudahnya dan bahagianya menjadi si kecil itu,

Yang bersih hatinya,

Jauh dari noda,

Tidak perlu pula mencari jawapan bagi segala bagai masalah,

Tidak perlu juga mencari penenang bagi sebuah perasaan,

Bahagia sentiasa meneruskan sebuah kehidupan,

Tenang diwajahnya yang sentiasa kelihatan,

Sentiasa diberi perhatian..kasih sayang..

Ya Allah,

Apakah aku dikatakan kufur pada nikmatMu,

Andai aku terus menerus berfikiran sedemikian?

Ku tatap kepada sebuah kata-kata yang dahulunya tidak ku dapat nilaikan,

"KADANG2 KITA MINTA KEPADA ALLAH SETANGKAI BUNGA YANG SEGAR,DIA AKAN BERI KAKTUS BERDURI..APABILA KITA MINTA KUPU2 YANG CANTIK DIBERINYA ULAT BERBULU..KITA AKAN KECEWA DAN SEDIH..NAMUN SEBENARNYA KAKTUS ITU BERBUNGA DENGAN INDAH SKALI DAN ULAT ITUPUN MENJADI RAMA2 YANG INDAH DAN MEMPESONAKAN..ITULAH JALAN ALLAH...INDAH PADA MASANYA DAN DIA TIDAK MEMBERI APA YANG KITA HARAPKAN TETAPI DIA MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN..KADANG2 KITA AKAN SEDIH...KECEWA..TERLUKA..TETAPI JAUH DI SUDUTNYA DIA TELAH MENGATURKAN YANG TERBAIK DALAM KEHIDUPAN KITA..."



Rabbi ya Rahman..

Aku, menanti rama-rama itu dengan satu kesabaran dan ketabahan diatas jalanMu,

Aku berusaha dan terus berusaha untuk teguh,

Menanti sebuah keindahan yang bakal mewarnai kehidupanku.

Ku menatap pula sebuah kalamMu dalam mencari jawapan,

Dan apabila hamba-hambaKu bertanyakan tentangKu, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa bila dia berdoa kepadaKu-alBaqarah:186

Benar! Kau bersamaku.

Pastinya, aku tidak keseorangan..

Ya Allah, kerana ku tahu Kau dekat padaku,

Dan hanya kepada Kau aku mampu untuk meminta dan meletakkan segalanya,

Jadi akanku letakkan pergantungan padaMu kini,

Sesuatu yang menjadi impian,

Impian yang ku yakin akan berlaku, kerana yakinnya aku padaMu,

Tuhan yang tidak pernah mensia-siakn hamba-hambaNya,

Dan Tuhan yang sentiasa menghantar sebuah perjalanan terbaik bagi sebuah kehidupan.

KepadaMu ku berserah~





Bintu Zulaziz- KepadaMu ku memohon kekuatan
16/2/2011-Sunyi membelah sebuah kamar.

No comments: