بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Tangan yang menulis ini juga akan lebur satu hari nanti, ku mohon agar segala yang tidak elok itu dihapuskan. Seandainya tangan yang menulis ini akan membawa kamu ke neraka, maka tinggalkanlah~

.:contacts:.

Tumblr: Insomnia

Post25


Begin with HIS name
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
In The name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Salam 'alaykum wbt to all readers. Alhamdulillah, dengan segala limpahan nikmat, karuniaNya, dapat lagi hamba yang bertuah ini, menghembuskan nafas, menghirup udara nikmat dari kasih sayangNya. Kerap kali bertanya dalam diri, agaknya, bagaimana jika tiada kasih sayangNya dilimpahkan kepada hamba yang sedia dhoif ni? Moga kasih sayangNya, tetap dilimpahkan keatas hamba-hambaNya, agar kita boleh menjadi hamba yang bersyukur, insyaAllah.

Dalam waktu sekarang, tiada apa yang ana nak kongsikan, tapi ana nak antum kongsi bersama ana, apa yang antum tahu, Mohon ya..

Hari ni, masa ni, tika ni, ana nak bawa 1 tajuk, yang sekarang ni, fikiran ana sedang ligat berfikir tentangnya, iaitu SPM dan HDA.

Sekarang ni, tentunya calon-calon SPM sibuk mempergiatkan lagi usaha, mempertajamkan senjata untuk pejuangan mereka di medan SPM, termasuk ana. Tapi dalam pada tu, pasti ada yang kecundang HDAnya. Apa tu HDA? HDA membawa maksud Hubungan Dengan Allah, perkataan ni, ana kenal ketika seorang ustaz di SMiK memberi tazkirah dalam kelas. Hubungan Dengan Allah, solat, puasa sunat, qiamullail, tilawah. Pendek kata, semua amal fardhu dan sunnat yang kita buat, untuk menghubungkan hati hamba kepada penciptaNya.

Sebenarnya, time ni, ana rasa kecundang dengan HDA ana. Biarlah orang nak kata apa, membuka pekung di dada ke, daie yang lemah ke. Biasa lah, tiap manusia, ada masa dia jatuh, dan ada masa dia begitu membangun. Fitrah iman tu sendiri, turun naik. Berlainan iman malaikat,tidak bertambah dan tidak pula berkurang, iman para Rasul, iman yang bertambah dan tidak pernah berkurang dan iman orang-orang fasik, iman yang sentiasa berkurang, wa naudzubillah. Ini terdapat didalam mata pelajaran PSI form5,boleh rujuk disana. Tapi, jika iman tu turun tidak naik, itu dah jadi satu perkara luar biasa. Moga kita dijauhkan.

Kat sini, ana nak tanya tentang tawazzun antum yang sudi berkongsi. Tawazzun disini, bermaksud keseimbangan SPM antum, dan juga HDA antum. Ana tatkala ni, memang tak dapat men'tawazzun'kan kedua-duanya. Ye la, dengan kelas dari pagi, malam, cuti sabtu ahad pun ada kelas,dengan agenda-agenda yang lain, pendek kata, memang padat. Tak kira, bila dah tertekan sangat, mula sakit, SPM entah ke mana, HDA entah kemana. Waktu ni, HDA ana, memang terganggu, kerana kepenatan menghadapi SPM, wajibat harian yang telah disusun entah kemana perginya, dah berkurang, tilawah makin lama makin nipis, begitu juga qiamullail, dhuha, matsurat, rawatib. ya Allah, memang saat ni Kau begitu menguji. Takut sangat, SPM tanpa HDA yang tidak terjaga.

Ana rasa, antum (terutama pelajar SMiK yang setiap hari mendengar tazkirah dari para murabbi dan murabbiyah) mesti tahu, kejayaan tidak akan senang dicapai jika HDA tidak terjaga. Sebab kita sebagai pelajar muslim, ada satu konsep disini, yakni konsep Doa, Usaha, Istiqamah, dan Tawakkal (D-U-I-T). Bermula dengan doa, berdoa agar dia permudahkan urusan kita, kemudian doa tersebut, diiringi dengan usaha, usaha sedaya mungkin.. Allah takkan, mensia-siakan usaha hambaNya yang beriman jika pula ia diiringi usaha tersebut dengan istiqhamah. Ana difahamkan oleh seorang sahabat yang sangat-sangat bermakna dalam hidup ana kerana terlalu banyak memberi hikmah kepada ana, sahabat sehaluan ana, dia mengajar ana erti istiqhamah yang sebenar dalam beramal. Istiqhamah adalah apabila seseorang itu berterusan melakukan amalan, dan konsep istiqhamah pula, bukan sahaja berterusan, malahan meningkat. Contohnya, apabila seseorang tersebut melakukan qiamullail sekali sebulan, kemudian, di tingkatkan, sekali seminggu, kemudian berterusan dia tingkatkan, itulah istiqhamah sebenar. Patut la selama ni, ramai kata susah untuk istiqhamah, baru anaa faham (",) Stelah kita usaha, berdoa lalu istiqhamah, kita perlu kepada tawakkal.

Apa itu tawakkal? Tawakkal adalah menyerahkan segalanya kepada Allah. Konsep tawakkal pula perlu ada usaha. Sebutlah, bismillahitawkkaltu 'alallah.. insyaAllah, moga Allah permudahkan lagi usaha kita. Walaupun keputusan yang kita inginkan tidak tercapai, kita tidaklah terlalu kecewa, kerana sudah bertawakkal, dan bermaksud, kita pun sudah redha terhadap takdirNya, insyaAllah.

Dan soalan ana yang mahu antum kongsikan, bagaimana HDA dan SPM antum? Bagaimana antum mampu mendirikan qiamulail tanpa lelah dipagi hari?Moga dapat berkongsi agar sama-sama dapat mentarbiyah diri, menuju redha Allah yang sudah pasti, insyAllah..

Menolak kepenatan, Menambah amalan dan usaha.

Wallahu 'Alam.

2 comments:

FaTaYaTul JiHad said...

:) konsep tawakkal adalah seiring dengan usaha yang kita lakukan dengan penuh pengharapan...

وعلى الله فتوكلوا إن كنتم مؤمنين.

‘Dan hanya kepada Allah-lah kamu betawakkal, jika kamu benar-banar orang yang beriman.” (QS. Al-Maidah : 23).

Dan firmannya :

ومن يتوكل على الله فهو حسبه .

“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah maka Dialah Yang Mencukupinya.” (QS. Ath-Thalaq : 3).

Zuhelsyaheedah said...

yup, tawakkal..
bagaimana yang lainnya,
anti buat mcm mana, nak seimbangkan HDA dan mngejar kecemerlangan SPM.
Menjadi hamba Allah yang berjaya, dunia dan akhirat? tawazzun.. haih.. pning pk.. (",)