بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Tangan yang menulis ini juga akan lebur satu hari nanti, ku mohon agar segala yang tidak elok itu dihapuskan. Seandainya tangan yang menulis ini akan membawa kamu ke neraka, maka tinggalkanlah~

.:contacts:.

Tumblr: Insomnia

Post82:Tabiyah bukan paksaan~


Tarbiyah bukan paksaan, tetapi pendidikan.

"Realitinya, usrah didirikan atas dasar ukhuwwah dan semangat kasih sayang sesama para pencinta dakwah. Kenapa usrah selalu kering dan tidak bermaya? Atau nampak pada lahiriahnya seakan segar, tapi hakikatnya tidak bugar, lemah, lesu, tiada ruh dan tidak berupaya menghasilkan mad’u yang benar-benar ikhlas berjuang.
Kenapa ini berlaku? Jawapannya mudah sahaja. Kerana usrah yang dibina adalah paksa-oriented. Mahu menjadikan ma’du seolah-olah malaikat kecil. Lengkap tanpa kesalahan dan mengikuti 100% module yang disusun tanpa sebarang bantahan. Mad’u bukan robot yang boleh dipaksa, dan ditaujih sesuka hati oleh naqib atau murabbinya. Benar, arahan merupakan suatu proses dalam tarbiah. Tapi, arahan tidak boleh bertukar menjadi paksaan/tekanan kepada mad’u. Proses pembentukan mad’u atau rijal/kader memerlukan masa. Kita “merekrut” mereka dan memaksa mereka atas nama “amal jama’ie” sedangkan tuntuan sebenar amal jama’ie tidak begitu. Takwin atau pembentukan ma’du mestilah berperingkat, setapak demi setapak dan bertadarruj.

Usrah bukanlah seperti makanan segera. Hendak makan, seminit dua dimasak, sudah siap. mendidik dan mentarbiah manusia memerlukan masa yang lama. Untuk menjadikan mad’u lebih matang dan nampak “berusia”, murabbinya perlu membentuknya secara perlahan, tidak terlalu mengikat, tidak juga terlalu berkeras dan tidak pula terlalu longgar. Taujihat sememangnya perlu dalam amal jama’ie, tapi bukanlah taujihat itu menjadi suatu yang wajib ditelan secara paksa-”rela”. Rela dari sudut pandangan kita yang mengeluarkan arahan, terpaksa dari sebelah pihak yang memikulnya."

source: dr.Abduh

Teringat beberapa minggu lepas, perbualan antara 2 orang sahabat. Seorang sahabat tanya kepada sahabat kedua, kenapa tak keprogram? Jawabnya, "kalau bukan masa exam, insyaAllah ana akan cuba hadhir". Jawab sahabat yang tadi, "kita ni kena pandai bahagi masa". Terkelu sahabat yang kedua ini. Dalam beberapa hari berjumpa ana, kerap dinyatakan kesedihannya atas kenyataan sahabat itu.

Maaf, perlu dikatakan disini, islam itu sifatnya mudah, dan harus dipermudahkan dan tidak pula disusah-susahkan. Islam itu kerelaan dan bukan dengan paksaan. Orang yang menyeru kearah islam pula, hanyalah penyeru, bukan pula penghukum! Perkataan "kita kena pandai membahagi masa" tadi, benar-benar bagai peluru roket yang menujam ke jantung si sahabat, membuatkan dia bagai dibunuh dengan cara dikatakan tidak pandai membahagi masa sendiri. Mungkin sahabat itu tidak sengaja mengatakan itu, tetapi ana cuba juga membawa kisah itu agar kita lebih berhati-hati.


Ana sendri terusik dengan apa yang dikatakan sahabat tadi, kerana ana sendiri tak mengikuti program yang dikatakan itu, kerana ana tahu, program yang macam mana, sebagaimana dan bilamana yang ana harus pergi dan lakukan. Bukan semua program ana akan pecut menghadhirinya. Benar kata sahabat tadi "kalau bukan waktu exam ana akan cuba juga pergi". Ya, kerana kita tahu, usaha macam mana yang kita lakukan, dan kemampuan kita bagaimana pula. Jenis diri ana, bukan mudah untuk menghadapi exam, perlu ada persiapan yang mantap untuk benar-benar sedia. Jika kita tahu diri kita begitu, kita tahu usaha kita pula harus bagaimana. Bukan nak kata dengan usaha kita itu, jamin kita akan berjaya. Bukan begitu. Tetapi Kata Allah "faiza azamta fatawakkal alallah" Jika kamu BERUSAHA maka BERTAWAKKALAH kepada Allah. Usaha dan tawakkal!

dan ana mahu mengambil pula teori-teori yang ana belajar sebelum ini. Teori-teori yang mana ramai orang menggunakannya untuk membahagikan masa dalam hidup.



dengan cara ni, kita tahu mana yang lebih harus diutamakan. Diri ana, dengan alasan exam, bukanlah semua program ana akan tolak untuk menghadhiri, tapi program tertentu yang ana rasakan benar-benar perlu dan harus diutamakan. Usrah--macam mana pun ana akan usahakan untuk hadhir. Program am, harus difikirkan keperluan, kebaikan buat diri.

Tarbiyah tidak harus dengan paksaan. Bagi ana, sahabat tadi, katanya seolah-olah sebuah paksaan. Kerana jika diteliti, ia benar-benar menganggu emosi (bagi yang benar-benar berfikir). Kata sahabat kedua tadi, "ana tahu program macam mana ana harus pergi, sekalipun ana ada masa, mugkin ana tak hadhir program tersebut, sebab ana memang taknak"--luahan hati si sahabat tadi kepada ana. Ana pernah tanya kepada seorang lagi sahabat lain. "anti, kenapa pergi juga program tu, sedangkan banyak lagi benda tak hafal?" katanya "dah kakak-kakak *senior-senior* semua ajak pergi, kalau tak pergi apa la pula diorang kata, kan?"--- apa orang kata? saya takut jika saya lakukan sedemikian, saya akan hilang keikhlasan. Saya melakukan hanya kerana manusia, dan tidak mendapat apa-apa.

Menyeru itu harus lebih berhikmah dan lebih kreatif. Jangan seperti memaksa, tetapi dengan kerelaan, Agar dengan kerelaan, kita senang dengan tarbiyah~ :)

Maaf kalau entri kali ni, mengecilkan hati atau merungsingkan mana-mana pihak. Saya cuba berpendapat, dan jika ada yang tersalah, mohon perbetulkan. Moga Allah pelihara, moga ALlah redha. wassalam~ :)


12 comments:

INTAN NADZIRAH said...

:) sahabat 'berkenaan' ade certa juga pasal ni kat ana hari tu,,hehe,,
bgusla kalau kita ada pendirian dan jati diri..yang penting kita kenal diri kita,mane yg perlu diutamakan,kita utamakan,,kalau kita mampu,kita hadir,kalau x mampu,kita utamakan dulu mana yang utama,,lagipun,kita kan mahasiswa,insyaAllah,sudah bijak mengenali diri sendiri kan? ana suka pendirian enti,maknanya,enti kenal dan tahu mane yg lebih aula..

ana ikuti prog tu,,mgkin sbb ana pun mengenali diri ana..ana dah rncg ke atau lain2..rugilah pd mereka yang pergi semata2 kerana ajakan/menjaga hati 'penyeru'.sdgkan,akak2 yg ajak tu pun tidak memaksa..keikhlasan pntg,,tp kite doakan semoga lama2 mereka ikhlas..

dan kita doakan juga kepada sahabat kita yang mgkin terslh lgkh itu lebih memahami :P *wlupun ana x tau pun sape org tu*hehe..

semoga Allah kurniakan ke'kreatifan' kepada kita utk berada di jalan dakwah :)

hakuna matata said...

hehe. dah kantoi ek? :D
alhamdulillah. kata sahabat tu, "kita kan dah duduk u, takkanlah ada nak paksa2 lagi. kita dah besar, pandailah menilai~" mOga dalam prnilaian kita tetap ada bimbingan Allah selalu.
Bijak+kreatif~ moga kecantikan islam itu mempengaruhi hidup ummatnya~ ;)

TintaPena said...

betul2...satu entry yg sngat menarik..kupasan yg senang utk difahami...moga semua mendpt manfaat drnya...teruskan menulis ya sahabatku..mga Allah redha...

kau di sana berdiri...
bersama satu pendirian tegas...
selagi ia tidak bertentangan...
tak kan mudah goyah biarpun diri dicemuh...
diriku manusia dikau jua manusia..
mustahil rasa kita berbeza...
kerna kita tetap asal yang sama..
serulah lewat sunnah Nabi Muhammad...
Kuserah diri ini hanya pdNya...
Kerna Dia itu selayak-layak penilai..

hakuna matata said...

apabila hawwa mula berbicara :D
insyaAllah..
berdirilah di sebelahku dan dorongilah aku sebagai seorang yang
mahu keadilan islam itu didalam dirinya..
bukan hanya sebagai seorang sahabat..
moga ALlah pelihara.. ;)

TintaPena said...

Insyallah....sama2 kita saling mengingati...mga Allah berkati setiap usaha baik hambaNya....

TintaPena said...

betul2...insyallah sama2 kita saling mengingati....mga Allah berkati satiap usaha baik hambaNya...

TintaPena said...

betul2...insyallah sama2 kita saling mengingati....mga Allah berkati satiap usaha baik hambaNya...

Ruqaiyah Yusof said...

Hmm, betul tu..akak setuju jugak, pernah la mengalami situasi macam ni...tengok prioritinya.kalau untuk kemaslahatan masa depan, atau apa2 pun akak pun sanggup korbankan, iya tak..tapi kalau program tu macam cuma 'aktiviti panas badan' ke, apa ke..akak pun akan pertimbangkan exam..

cuma harapnya kat cni, kita tak tersalah nilai samada program tu sebanarnya penting untuk kita, atau sederhana penting, atau tak penting...semoga Allah menunjukkan jalan terbaik buat kita..=)

hakuna matata said...

yup! mg Allah sntiasa brsma dlm stiap pmilihan kita...

hakuna matata said...

yup! mg Allah sntiasa brsma dlm stiap pmilihan kita...

Sobiroh Puzi said...

Assalamuaalikum dik, erm...alhamdulillah, perbncangan yg mnarik n panjang di ruangan comment ni. :) akk mntk izin utk trut sme beri pandangn ye? dunia universiti jauh berbeza dri skolah. tak de org yg nak guide kite sprti d skolah, spanjg mse dpantau & dijage. jadi utk membentuk dri ke arah kebaikan & tertarbiyah dgn tarbiyah Islam kite kne pandai mncari & mndidik dri utk jadi lebih matang & berfikiran luas. setiap org ada pndapatnye tersendri, & kadang2 mungkin prbincngn scara bramai utk kembangkan fikiran perlu supaya kita tak hanya berpaksikan pada pndapat sendri saje. Banyakkan prasangka baik, dan pandang setiap org dgn kaca mata dakwah @ kaca mata iman. mungkin sesetengah org nampak ajakan itu seperti paksaan @ nampak negatif, tapi akk tertarik dgn pendapat INTAN NADZIRAH di atas, pndangnnya positif, nampak ajakan tersebut adalah ajakan yg baik & caranya juga baik. tapi bila kaca mata @ kaca hati kite yg memaksa utk dipandang negatif, setiap gerak geri kita akn nampak negatif. kite kne lebih berfikiran positif, berpandangan terbuka dgn setiap org & banyakkan berbincang dgn org yg lebih berpengalaman utk bertukar2 pndapat & pandangan, utk mlatih kematangn dlm berfikir & yg utama, bila kita tak faham setiap tindak tanduk seseorang itu, @ tindakannya di luar penerimaan kite, tak da salahnya akk rase utk adk berjumpa & berbincng tntang tindakannye, jgn disebbkn die sinior kita takut, tapi kita hormat.. mudah2an perbincngn mmpu menjelaskan apa yg negatif pada fikiran kite, insya Allah

hakuna matata said...

w'salam.

insyaAllah, ana dah pun cuba berpandangan postive dan insyaAllah dah cuba sebaiknya.
tetapi bila orang yang mengajak, memaksa2 dan mengata pula, ana masih tak mampu menghadapinya, sebab ana rasa ana dah cuba berfikiran terbuka, tetapi mereka pula yang menutupnya.
disebalik kejadian, ada juga kejadian2 lain yang memaksa ana mengeluarkan pandangan ana pula.
moga2 orang yang mengajak dan diajak berpandang lebih terbuka dan postive.
ada sebab dia mengajak, ada sebab kita pergi dan ada sebab kita tak pergi.yang menyeru itu wajib, dan menerima segala pandangan juga perlu untuk kemaslahatan.
insyaAllah, sblum ana menulis, ana selalu mendgr pndgn yg lain jg.
bukan sahibah yg sorg tu shj ana brbncg ttg ni, tetapi orang yang lbh jauh berpnglmn, insyaAllah mereka veteren2 dakwah kita.
insyaAllah, mcm mna pn, ana tetap mnerima pndgn yg lain.
mungkin akak nampak ana bdk bermslh yang hnya melihat stiap ajakan adalh ngetive, atau sesiapa pun yang melihat ana begitu, cubalah cari kunci yang terbaik untuk mengajak ana. yang ana nampak di sini, hanya hikmahnya hilang, begitu membuatkan si mad'u hilang tsiqah dan mengkaburkan lagi pandangan positive tersebut.
ana tak langsung kata, program atau trbiyah yang diajak itu satu kesalahan, cuma kita harus bijak mengajak dan tidak cepat melatah.
dan seharusnya untuk mengajak bukan dengan cara memaksa, kerana ia selalunya akan mendapat impak negative kepada si mad'u, bukan impak positive.
mcm peraturan2 yang selalu di lakukan di sekolah2 terutamanya,
apabila peraturan trlalu memksa, akhirnya lahir pelajar2 yg tdk ikhls dalam melakukan sesuatu perkra, dan impaknya, pelajar menjadi hipokrit, lain didalam, lain pula di luar.
terimalah disni pandangan saya seorang mad'u.
mungkin harus mengkaji semula marhalah dakwah kita ?
apa pun, ana tetap gembira bila ada yang mengajak, cuma ada ke'sensitif'an yang di usik di situ.. ^^
'dakwah dan tarbiyah di tgn kita, kita tahu bagaimana, maka kita menentukannya' :>
wallahu 'alam , insyaAllah akak org yg brpnglmn, mohon tunjuk ajar.. n_n"