بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Tangan yang menulis ini juga akan lebur satu hari nanti, ku mohon agar segala yang tidak elok itu dihapuskan. Seandainya tangan yang menulis ini akan membawa kamu ke neraka, maka tinggalkanlah~

.:contacts:.

Tumblr: Insomnia

Post64: Alhamdulillah~

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan namaMu yaRabb, aku memulakakn tulisanku ini, dengan penuh kerendahan, ku memohon agar Kau memelihara tulisanku ini agar jauh dari fitnah dan segala maksiat. Amin~


Dua hari berlalu dari hari penentuan. Hari penentuan dalam usahaku. Alhamdulillah, keputusanku tidaklah cemerlang yang boleh di banggakan, tapi cukuplah ia untuk satu kesyukuranku padaNya.

 23/3/2011, pagi-pagi lagi sudah bangun, tak mampu melelapkan mata dengan baik *ini baru perasaan mengambil keputusan ujian dunia, bagaimanalah ujian ankhirat nanti?*. Selepas solat subuh, sempat menatap ayat-ayat cinta dariNya, kemudian mesej beberapa manusia yang amat penting dalam hidup. Doakan, tolong doakan saya! Menyempatkan diri pula mengemaskan teratak yang indah *bagi ahlinya*. Setiap beberapa minit, melihat hp, setiap mesej yang masuk membuatkan hati berdebar-debar, hati sering saja bertanya "sudah keluarkah? sudah dapatkah?'. Almaklum, tak ada transport untuk datang awal ke sekolah, hanya mampu tumpang kereta seorang sahibah yang menyempatkan dirinya menghabiskan segala bagai kerjanya pada jam 12:30. Untuk menenangkan hati, kaki terus melangkah ke rumah opah, bermain bersama sikecil najwa dan damia. Melihat muka yang innocent membuatkan hati lebih tenteram, juga mendengar sedikit pesanan-pesanan dari opah, membuatkan kaki lebih teguh melangkah~


12;30, sahibah menjemputku, terus ke sekolah. Sampai di pejabat, melihat muka twin tersenyum lebar, setia menunggu dihadapan pejabat, lantas terus berpelukan. Muka twin tak sabar lihat keputusan saya.ehhe~ Allah je yang tahu, betapa kalang kabut bila mendapat senarai nama-nama, pantas mencari nama sendiri. hah, jumpa twin sambil tersengeh. "sama la kita twin" tergelak masing-masing, kata twin, "kalau da nama twin tu, apa pun tetap sama".. hehe, betul sangat la tuh!~

Jika mahu tahu keputusan saya, cukuplah sekadar saya katakan "keputusan itu cukup di hati untuk terbang jauh mencari ilmu lagi". Tidak di sangka, channel yang di idam-idamkan amat-amat terkena dengan keputusan. Moga sempurna impian. Telah ku mohon yang terbaik, dan ku yakin sekali, ini adalah yang terbaik untuk kehidupanku,insyaAllah.

Saya mahu ucap terima kasih....

Terima kasih kepada ummi dan abah:

ummi abah, terima kasih banyak-banyak, sanggup berkorban, masa, wang dan tenaga, hantar kakak tuisyen sana sini, walaupun sungguh lambat hasilnya. Terima kasih sudi bagi peluang banyak-banyak-banyak kali, walaupun sering sahajz mengecewakan. Tanpa ummi abah, tidak wujud saya dimuka bumi. Tanpa pengorbanan ummi abah, hanyalah satu mimpi untuk sebuah kejayaan. Segalnya tidak dapat diucapakan dengan lidah, hanya hati yang mampu berbicara. Semoga Allah meredhai kalian.

Kepada asatizah, murabbi dan murabbiyah:

Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih atas doa antum siang dan malam, pengorbanan dan sokongan antum yang sangat-sangat memberi semangat yang padu kepada kami.  Maaf kepada cikgu-cikgu, uztaz-uztazah yang berkenaan, kalau-kalau saya tak mampu mendapatkan apa yang antum harapkan. Mungkin saya perlu berusaha lebih lagi untuk melihat antum gembira. Walau apapun, doakanlah untuk kami, moga-moga kami mendapat ketempat yang lebih untuk mendidik diri dan hati-hati kami. Terima kasih kerana tidak hanya menjadi guru dalam akademik, tetapi turut menjadi murabbi dalam syakhsiah kami, juga mentarbiyah kami dari segenap aspek.

Kini saya berani berkata, "Sekolah Menengah Ibn Khaldun, bukan hanya sekolah yang melahirkan generasi yang hebat dalam ilmunya, malahan hebat dalam setiap aspek kehidupan. SMIK merupakan ladang pertumbuhan insan-insan yang berperibadi unggul, baik akhlaknya, cantik syakhsiahnya, indah segalanya. Mungkin ada yang kata, SMIK sama sahaja dengan sekolah agama yang lain. Bagi diri saya, sama sekali tidak! Jika antum berkata begitu, antum yang salah kerana tak berusaha untuk mengutip segala mutiara, segala keistimewaannya. Saya berkata demikian, kerana saya telah jumpa keindahannya, yang saya lihat tidak terlihat pada tempat lain. Buat adik-adikku,bukalah mata, lapangkanlah dada, moga ALlah berkahi kalian, moga Allah memberi kefahaman yang hakiki kepada kalian.

 Kepada sahibah-sahibahku yang lain, moga-moga semuanya dapat meredhai keputusan yang telah dicapai. Tahniah kepada sahibah-sahibah yang berjaya dengan cemerlangnya, *sangat bangga dengan kamu semua*. Moga cantik akademiknya, cantik juga akhlaknya, ya! ;) [kepada study group di ambang SPM saya -fiza, amal, lia, fika, wani dan yang lain-lain-, sangat-sangat gembira dengan keputusan antum, tak sia-sia kita berkampung di asrama, studi siang malam walaupun orang sibuk bercuti, hehe, tahniah semuanya!]

Dan kepada sahibah-sahibah yang mungkin merasa sangat bersedih hati~
Saya tahu, ada sahibah saya yang berlari pulang selepas mengambil keputusan, saya minta maaf kerana terabai seketika selepas mengambil keputusan. Minta maaf teman, kerana tak mampu menemanimu di saat dirimu jatuh. Maaf, ana sangat-sangat rasa bersalah. Apa pun teman,jangan sedih, Allah tu tidak pernah tidak adil, Allah itu penyayang sifatNya, tidak akan Dia beri sesuatu yang buruk untuk kehidupan hambaNya yang benar-benar meminta. Redhailah ia teman, pasti itu yang terbaik buat kita, hanya kita sahaja hamba yang lemah, tidak pernah nampak yang terbaik itu. Jangan sedih, insyaAllah, peluang masih ada, jalan masih cerah! Jangan pernah putus asa.

Kepada adik-adik halaqah~
*terkejut saat diri di serbu* Terima kasih kerana bagi sokongan padu kat akak. Alhamdulillah Allah mempertemukan dengan kalian, moga-moga kalian terus berada dalam pemeliharaannya. Mungkin ada 2 3 orang yang berpindah, janga lupa terus contact ya! Satu lagi, nak minta maaf sebab tak mampu beri yang terbaik untuk antum, tak mampu beri qudwah yag terbaik untuk antum, Ana harap antum mampu beri qudwah yang tebaik untuk adik-adik antum pula kelak~

*kenangan terakhir bersama mereka*
Jangan lupa pesan ana dulu, *maaf kalau terlalu banyak berpesan, hanya mengharap yang terbaik untuk antum!*


dan kepada adik-adik SMIK yang lain:
maaf tak bagitau keputusan, maaf sangat-sangat. Melihat muka antum yang masam tak dapat tau keputusan, membuatkan ana sangat-sangat serba salah. Tak apa la ye, ana malu nak bagitau, lebih baik antum lihat di papan kenyataan sekolah lepas di lekatkan nanti, itukan lebih baik, detail lagi tuh~ ;)

Em, dan seterusnya~ saya mahu hidup dengan ilmu.. jadi..

mohon untuk terus menerus doakan saya..ups..doakan kami semua... agar semuanya dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang masing-masing. Mohon tolong doakan, impian saya, dan semua rakan-rakan! Agar dengan ilmu yang kami ada, menjadi pemudah cara untuk kami membantu meneruskan perjuangan kalian, menyemarakkan lagi ISLAM YANG SEBENAR di atas bumi fana' ini. *mohon dengan sangat*. Doakan juga kami agar mampu teguh diatas jalan ini, tidak tergelincir dari tapak-tapak yang telah baginda salallahualihiwassalam tinggalkan. Moga Allah redha semuanya. AMin~

 *gambar ini ada satu simbol*
Mahu terus berlari mengejar cita-cita!

saya harus meneruskan kerja saya...


Barakallahu fiekum! Moga Allah sayang kalian! Wallahu ta'ala 'Alam. Wassalamu'alaykum.

Bintu Zulaziz - Terima Kasih
1:59 AM | 25/3/2011
Berusaha menjadi yang terbaik.

9 comments:

UmuAim93 said...

salam ziarah ina..syukran3..hehe tp x psti utk ape..mgkn utk p'k0gsian awk d bl0g..sdkt sbyak mnyuntik smgt sy..sy wndu awk!! ngeh3..wndu utk m'dgar glak tawa awk y ckup mghiburkn aty..hehe..d saat dri ini mnitipkn psanan ini..tlah b'sksi Allah akn b'derainy air mta krinduan kpd awk..wndu erti p;shbtn kta..ttg rsult, thniah ina!! wlaup0wn sy msih x tw bpew y awk p'olehi..mga awk sukses slu..d0a an sy jgak tw..mga Allah m'brkahi awk slu :)

hakuna matata said...

w'salam.. afwan.. alhamdulillah, sblm mmbri smgt kpd kmu, smgt sy dlu sy dpt! hehe.. rndu sgt3 kat awk! insyaAllah, Allah izin t kta jmpa ek! klau rndu, jgn lpe doakan sy.. ;) yup, prshbtn yg terikat wlaupn sbntr, alhamdulillah, tdk disgka bgitu kuat talinya. insyaAllah, kputusn sy xla ok sgt, tp xla teruk, i.Allah, ckup2 mkn. hehe. mga awk suksess slalu jg, mg Allah syg dan redha kmu slalu, ukh.. ^^

Aliah Abdullah Sani said...

Mabruk ina !! ana pun nk ucap trima kasih coz sudi tunjuk ajar pd diri ini ~ moga kita bertemu lagi~

Ruqaiyah Yusof said...

salam ziarah dik...macam mana dgn result? semoga dapat yang terbaik..nnt nak sambung mana? jangan lupa share2 dengan akak...=)

kalau nak mintak nasihat ke, guideline, akak boleh menolong betkata-kata je, mungkin tak la bagus sgt, cuma harap dapat membantu, insya Allah...

hakuna matata said...

Aliah;

mabruk jga aliah! Terima ksh jgk kpd anda.. insyaAllah, berharap bertemu kembali.. Sgt rindu.. ",)

K.Ruqaiyah:
W'salam. Alhamdulillah, xkup mkn je.. hehe.. InsyaAllah, lbh mdah scr privacy ^^

Anonymous said...

mashaalllah:) mabruk ya zahrina:) suka perisian blog anti . hehe.
ps/ nak pinjam gmbr atas nie boleh tak? *mahu terus berlari mengejar cita2 ^^


wan nuur~

hakuna matata said...

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah.. sglanya ilham dari Ilahi, nti..
insyaAllah, tafadhhal ya syeikhah..tiada hak milik pd gmbar tersebut ;)

Muhammad Muzakkir said...

Sayu sangat baca kisah ni :) sempga Aqllah redha ukhuwwah semua...

hakuna matata said...

Alhamdulillah.. Amiin ya Rabb..
doakan kami terus menerus ustaz.. :)