بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Tangan yang menulis ini juga akan lebur satu hari nanti, ku mohon agar segala yang tidak elok itu dihapuskan. Seandainya tangan yang menulis ini akan membawa kamu ke neraka, maka tinggalkanlah~

.:contacts:.

Tumblr: Insomnia

Post61: Dibelakang IHAB~

Dengan namaMu ya Allah, aku memulakan tulisanku ini, aku memohon agar Kau memelihara tulisanku ini dari fitnah makhluk-makhlukMu.



Alhamdulillah wa syukurillah, nafas masih mahu Dia pinjamkan kepada saya, penglihatan masih terang, jasad masih kuat menunaikan tanggungjawab.
Segunung rindu, selaut salam saya lemparkan buat junjungan besar, the men who have the perfect qudwah, Muhammad SAW, tanpa dirimu, siapalah Abu Bakr AsSidq, siapalah Umar AlKhatab, Siapalah Uthman Affan, siapa juga Hassan AlBanna, siapalah Syed Qutb, dan siapa jugalah aku dan kau kini~ Moga mereka didalam satu angkatan menjadi angin yang sentiasa menyebarkan haruman mahabbah~

Sering saja kita tahu, tentang ada sahaja wanita yang hebat di belakang seorang rijal yang hebat. Seperti mana adanya Saidatina Khadijah dibelakang Rasulullah SAW, adanya Hawa dibelakang Adam as dan adanya Hajar di belakang Ibrahim AS dan juga adanya Zhulaikha di belakang Yusuf AS. ya, sungguh si wanita adalah penguat di belakang rijal.

Artikel saya kali ini bukanlah mahu menceritakan kehebatan sang wanita, tetapi saya mahu berkongsi dengan antum-antum semua bagaimana isteri kepada peneraju ulama' abad ke-20 yakni Imam Hassan Al Banna menjadi sang istri yang mampu menguatkan suaminya walaupun hanya di dalam rumah. Artikel kali ini adalah hasil daripada masa yang telah saya luangkan bersama teman saya, yang saya ambil dari sebuah kompleks, shah Alam. Sebuah buku- Persembahan Cinta Hasan Al Banna. Alhamdulillah, setelah selesai menghabis dan menghadamkan buku ini, saya cuba membuat satu kesimpulan dari buku yang tidaklah tebal, tetapi amat memberi satu inspirasi, kepada mereka yang mengidamkan sebuah Baitul Dakwah, insyaAllah~

Siapa Dia?

Dia--Latifah Husain Ash Shuli. Sayap kiri Assyahid Hasan AlBanna. Dipilih menjadi sang ratu buat lagenda dakwah (IHAB) oleh ibundanya, saat ibunda IHAB melalui kawasan perumah Lathifah, terdengar alunan bacaan Qur'an oleh Lathifah. Ibunda IHAB jatuh cinta lalu terus dibincang akhirnya mereka menyelesaikan segalanya (merisik, tunang dan nikah) tidak sampai dalam dua bulan. Segalanya selesai.

Perwatakan Lathifah

Seorang yang tenang, berlapang dada, lemah lembut, tidak pernah bersuara kasar, sentiasa menerima kesibukan dakwah suami yang sentiasa menyita waktunya di rumah, sentiasa menjamu tetamu (ikhwah)  yang kerap datang ke rumahnya, mengatasi sendiri masalah persoalan rumahtangga dan anak-anaknya, luar biasa kesabaran dan ketabahannya, menerima segalnya dengan penuh ikhlas, iman dan taqwa.

Lathifah lebih dikenali sebagai ibu kepada kader ikhwan ketika itu, kerana dia sentiasa menganggap ikhwan-ikhwan adalah anaknya sendiri, dan sehingga dia memanggil "nak" kepada kader ikhwan. Dia juga merupakan tempat kepada kader akhawat menyampaikan masalah dan bertukar pemikiran. Kerana sayangnya Latifha kepada kader ikhwan dan akhawat, dia sentiasa menerima kebahagiaan atau musibah yang dialami ikhwan dan akhawat sebagai musibah dan kebhagiaan dalam keluarganya.

Peranan Lathifah.

Pastinya apabila Allah menghadhirkan seorang zauj yang sibuk denga dakwah, si zaujah juga sewajibnya memainkan perananya. Lathifah seorang wanita yang mempunyai penyakit yang tidak mampu membuatkan dia aktif melakukan dakwah di luar rumah. Maka dengan itu,Latifah telah menjalankan tugas dengan sebaiknya dalam mendidik anak-anak As-Syahid terutamanya sehinggakan As-Syahid tidak gusar untuk meninggalkan isteri atas tanggung jawab dakwah kerana sangat mempercayai kewibawaan isteri beliau untuk mengemudi rumah tangga apabila beliau tiada dan Hasan AlBanna sangat menyukai ketenangan yang telah diwujudkan dirumahnya apabila pulang dari aktiviti dakwahnya. Itulah peranan istri di belakang pejuang dakwah hakikatnya.

Pengorbanan Lathifah bukan sahaja ketika ISHAB masih hidup, tapi setelah pemergiannya juga. Sehari setelah pemergian suaminya tercinta, Lathifah berjuang melahirkan anak bongsunya yang akhirnya dinamakan Istisyhad (yang mengharap syahid). Dan ujian-ujian selepas itu bertalu-talu mendatanginya, menguji kekuatan dan kesabarannya, dan akhirnya Lathifah dapat membesarkan 6 orang anaknya sehingga kesemuanya berjaya.

Wallahu 'Alam

**************

Asif, asif. artikel yang dirancangkan untuk ditulis panjang tak dapat diteruskan, nota yang di buat hasilan pembacaan buku ini telah ghaib. Mungkin Allah dah susun, bagi antum yang mahu tahu tentang lebih mendalam tentang istri Imam Hasan AlBanna, boleh mencari buku ini di toko-toko berdekatan. Buku ini adalah sambungan daripada buku CInta di Rumah Hasan AlBanna. InsyaAllah, sangat sesuai bagi para akhawat~



Kata Cikgu saya dulu,
jangan impi seorang yang soleh andai hati tak tersedia menerima kesolehannya.
analoginya, andai teman hidupmu adalah seorang yang sangat tinggi cintanya pada ILahi, isya' sampai subuh di masjid, tapi kamu tak dapat terima itu, sangat merugikan. 
Itu yang dapat saya tafsirkan.
Menjadi wanita muslimah yang solehah tidak mudah dan tidak susah.
Usaha yang penting~
Moga Allah permudahkan~



Bintu Zulaziz- Perlunya kesetiaan dan pengorbanan
----------------------4/3/2011--------------------

No comments: