بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Tangan yang menulis ini juga akan lebur satu hari nanti, ku mohon agar segala yang tidak elok itu dihapuskan. Seandainya tangan yang menulis ini akan membawa kamu ke neraka, maka tinggalkanlah~

.:contacts:.

Tumblr: Insomnia

Post59: Sebuah pengalaman~

Dengan namaMu ya Allah, aku memulakan tulisanku ini, dan kesekian kalinya aku memohon agar Kau memelihara tulisanku ini dari fitnah makhluk-makhlukMu.



Alhamdulillah, Allah tetap memberi nafas hari ni, walaupun telah menjalani sebuah kehidupan yang agak memenatkan semalam, Alhamdulillah, Allah tidak membantutkan urusanku dalam kehidupan.
Semalam, 24/2/11, saya cuba menjadikan diri saya lebih dekat dengan kanak-kanak. Mengenali insan yang dipanggil kanak-kanak. Anak-anak seawal usia 3 bulan dan keatas. Kalau antum mahu berfikir, pastinya antum juga mahu mencari pengalaman seperti saya. Kerana apa? Kerana anak-anak itu sangat menceriakan, sangat suci dan sangat meberikan ketenangan. Menemui mereka hanya dalam beberapa ketika pasti membuatkan kita rindu selamanya. Anak-anak itu merupakan anugerah yang tidak ternilai yang telah Allah jadikan buat mereka yang mahu memimpinnya. Amanah itu bukan sebarang amanah, tetapi amanah untuk menjadikan seorang yang bernama bayi kepada seorang yang bernama khalifah dan menjadikan mereka seorang manusia terbaik, khairulinsan. Anak-anak itu tidak mengerti apa-apa melainkan ibu bapa yang mengajarkan. Seperti maksud sebuah hadith, ‘anak-anak itu dilahirkansuci fitrahnya, ibubapalah yang akan menjadikan seorang anak itu samada yahudi, majusi atau nasrani’. Fikirkanlah wahai ibu bapa sekalian, moga antum semua dan saya sendiri mampu mencorak anak-anak kecil itu dengan satu corak yang terindah mengikut seni islam.

Bermulanya cerita pada minggu lalu, saya mendapat mesej seorang sahibah bertanya tentang kekosongan hari pada 24/2, katanya kakak sedaranya mencari orang untuk membantu disebuah taska. Disebabkan dia tidak mampu membantu saudaranya itu, maka dia mencari pengganti bagi dirinya, dan Allah memilih saya untuk menjadi pembantu itu. Ku mencari hari tersebut dan melihat jadual, hasilnya kosong. Tanpa banyak kira, terus ku membalas mesej dengan pernyataan persetujuan. Alhamdulillah, telah disetkan minda untuk sebuah pengembaraan mencari sebuah pengalaman.

Awal pagi 24/2 pada 6.30, dek kerana saya yang tiada kenderaan, maka sahibah tadi menjemput saya dihalaman rumah, dan terus dibawa kerumah kakak sedaranya. [Wah,sudah lama ye, tidak keluar seawal pagi begitu, almaklumlah, sudah habis sekolah]. Sesampai di halaman rumah kakak sedarnya, terus saya menghulurkan tangan berjabat salam dengan kakak tersebut. Kakak bertanya kepada saya, ‘ada bawa baju lebih tak?’ mungkin kerana melihat saya datang dalam keadaan lenggang dengan sebuah beg sandang kecil disisi berisi hp, purse dan sebuah buku seerah IHAB. Saya terpana, “tak,kenapa?”. Terkejut kakak tu,"la, sampai pukul tujuh tau,jaga budak-budak lak tu, nanti nak solat lagi, kotor baju macam mana”. Dalam fikiran, “haiyo, kata sampai pukul 2..penatlah macam ni..tak apalah, be positive..be positive..”. lantas kakak tersebut menjemput dan saya terus menaiki kereta kakak tersebut yang dipandu oleh suaminya. Membelah pagi hari, kereta proton saga meluncur ke jalan Puchong. Saya fikir taska tersebut , tidak jauh dari kampung ni. Huh, jauhnya perjalanan~

Sesampai di taska melihat kanak-kanak yang baru tiba, seorang demi seorang. Ada yang tersenyum, ada yang merengek dan terus menyambung tidur. Ah, bahagianya menjadi seorang kanak-kanak,tidak perlu memikirkan apa-apa. Melihat yang datang kecil-kecil, terus ku berfikir,taska apa ni ye? Rasa nak tergelak pun ada, yelah, dah la tak tau taska dimana, nak buat kerja apa, tempat apa, yang ku ikut tadi pun tidak ku kenal siapa. Wahai cik Zahrina, apakah beraninya kamu. Huhu. Baru perasan perbezaan diriku kini, kalau dahulu, tak ada ummi,tak ada sahibah lain, jangan harap aku akan ikut kalian yang tidak ku kenal, walaupun ke sebuah pusat tuisyen dahulu, jangan haraplah aku akan jejak kaki kesana, tapi kini setelah meningkat remaja, mudah saja ku pergi ke mana-mana, asalkan aku bahagia. Hee~.

Dalam pukul 8 lebih, kami mengejut adik-adik, memandikan mereka, menyediakan baju-baju mereka, memakaikan baju, menyikat rambut dan segala-galanyalah. Baru kali pertama ni menguruskan baby, yolah, adik saya pun sudah besar, 2 tahun muda dari saya, dan tak ada pula adik yang kecil. Ha, menggagau-gagau menyiapkan mereka. Mula-mula agak kabut la jugak, lama kelamaan, alhamdulillah, fluence sahaja. Selepas siap kesemuanya, kakak tadi memberi tugasan kepadaku untuk menjaga adik-adik, memberi mereka permainan, dan melarang mereka bergaduh dan membuat bising. Ha, baru tersedar, tempat ni rupanya tidak lebih dari sebuah nursery, hehe. Saya pula sehari suntuk dipanggil Teacher, tak pernah pula berangan mejadi teacher dan baru first time kini dipanggil teacher. Kalau panggilan ustazah biasalah. Hm, . Melihat berbagai ragam budak-budak, penat melayannya. Perlu diketahui, kanak-kanak ni sebenarnya semuanya mahukan perhatian. Setelah dibekalkan dengan berberapa barang permainan, ku duduk,lalu semua mengerumuni , semuanya mahu menunjukkan permainan mereka. “teacher, tengok ni kuda saya..” kata anak kecil yafiq yang tidak banyak ragamnya. “teacher, tengok ni robot saya, lawa, kan.’ “teacher, tengok ni..teacher, tegok itu..” huh.. macam-macamlah anak-anak. Ku hanya mampu tersenyum melihat telatah anak-anak. Kadang-kadang ku berkata ‘yalah’, kadang-kadang menepuk tangan untuk mereka. Ada pula yang bergaduh, berebut permainan, menangis, lalu ku ajak mereka bermain sama-sama. Tak mudah dan tak susah. Ada pula yang merajuk, lalu ku peluk. Haih~ penat juga ya. Ha, anak-anak sukakan orang yang melayani mereka dengan penuh perhatian. Itu yang sangat saya sukakan pada seorang kanak-kanak, mahukan perhatian tidak berselindung, tidak perlu juga berkias-kias, terus aja dipamerkannya untuk sebuah perhatian.

Sesudah bermain, mereka bersarapan dan ku tukar pula menjaga baby-baby kecil. Yang baru meniarap, baru belajar berdiri, baru belajar duduk. Baby-baby ini pula lagilah memerlukan sangat-sangat perhatian. Tidak boleh tinggalkan mereka, menangislah jawapannya. Duduk bersama baby mengajarkan ku bersabar, memberi perhatian sebaiknya. Bila ku duduk, ada sahaja yang mahu memanjat. Ada pula yang hanya mahu didukung. Lenguh jugalah tanganku, baby disini bukan kecil-kecil, tapi semunya comel-comel, tembam-tembam, sudah didukung, tidak mahu turun, bila diletak ke bawah, menjeritlah mereka, jadi terpaksalah mendukung mereka sekian lamanya. Beratnya ya Allah. Alhamdulillah, cukup korang makan ye? Hehe. Tugas bersama baby, memberi makan, menyalin baju, pampers dan sebagainya. Paling sulit adalah menidurkan mereka, sangat-sangat payah, Silap-silap kita yang tetidur dulu. Huhu. Seperti kerja seorang ibu menjaga anaklah pendek kata. Tapi anak-anak disini mungkin lebih sikit. Hm.

Sampai waktu tengahari, mereka diberi rehat sampai pukul 3. Waktu tu saya pun merehatkan diri, duduk disamping 'syahid-syahid' yang sedang terlena,disuruh juga untuk pergi tidur dibilik, tapi ku menolak, tak selesa tidur ditempat orang. Dalam waktu itu juga, ada adik-adik yang bersekolah dan bertadika pulang ke taska. Mereka sudah pandai menguruskan diri mereka.Lalu mengambil iqra’ untuk dibaca. Terus ku bangkit dan membantu mereka. Mengajar mereka iqra’, teringat waktu tingkata 5 dahulu, mengajarkan muallaf di PERKIM dalam aktiviti kelabku pada setiap malam sabtu, seronok, melihat muka-muka suci bersih membaca alQuran. Di PERKIM, kadang-kadang mereka [muallaf] berceritakan pengalaman mereka, ada yang bertutur dalam bahasa ibunda, ada yang berspeaking. Seusai mengajar, kami yang menjadi ‘ustazah-ustazah’ sementara akan berkongsi pengalaman masing-masing yang kami dapat di PERKIM, sangat seronok. Di taska ni, tidak jauh la pengalamannya, Cuma mereka anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa, yang mereka tahu seusai mengaji terus bermain. Tapi seorang muallaf dan seorang kanak-kanak, tetap bersih dari dosa, itulah kelebihan mereka.

Setelah syahid-syahid tadi bangun kembali, mereka diberi makan, dan bermandi. Dan usai je kerja mereka tu,mereka akan dibawa teacher-teacher yang lainnya,mempelajari sesuatu yang baru. Saya didalam bilik baby, setelah melihat kesemuanya tidur, perlahan-lahan ke luar. Sungguh berhati-hati, sebabnya, kalau seorang bangun dan menangis, semuanya menangis. Bukan mudah nak tenteramkan mereka. Jenuh dipujuk, jenuh didodoi, barulah kembali tentaram. Cuma satu saya masih tak faham, kenapa ye, kebanyakan baby bila bangun je dari tidur, mesti menangis? Hm..

Di luar, adik-adik tadi diberi aktiviti. Saya juga turut bersama mereka. Mereka dibekalkan dengan kertas-kertas lama. Saya terpinga-pinga, hairan melihat beberapa seorang teacher menyuruh mereka mengoak kertas –kertas tadi menjadi kecil. Maka, mereka pun mengoyak kertas-kertas tersebut, ada yang menarik kertas-kertas agar terbelah dua. Bagi mereka, itulah dinamakan ‘koyak kertas’. Kata seorang teacher kepada saya, ‘diorang tak tahu koyak kertas tu’, baru saya tersedar, ‘oh, rupanya belajar koyak kertas’. Saya tertarik untuk membimbing mereka. Dipegang tangan sorang-sorang, mengajar mereka mengoyakkan kertas. Ku mempelajari sesuatu, sememangnya anak-anak kecil tu tak tahu apa-apa, semuanya perlu diajar. Sungguh comel budak-budak ini. Ada pula yang kita sedang mengajar mengoyak kertas kat dia, dia pula merenung mata kita, tersengeh sengeh. Comel..comel..

Beberapa minit berlalu terdengar pula tangisan bayi. Atoyai, penatnya. Macam mana-la umi abah dulu, kan? Menjaga kami 4 orang beratur kecil-kecil dengan jarak usia yang tidak jauh beza. Ummi pernah cerita dulu, memang penat mengejar, memang tergelak la bila ummi mengimbau menceritakan kepada kami kenangan-kenangan tu. Lagi-lagi menjaga kami diwaktu belajar dikampus, waktu tu saya dalam kandungan, sampailah saya sudah lahir ummi belum tamat lagi belajar, dalam keadaan abah yang bekerja jauh dari ummi . Sungguh tabah ummi dan abah, Alhamdulillah.. Masuk diruangan baby, ku mendukung baby, beratnya alahai. Sempat pula hp berdering, melihat skrin hp, abah call. Yang si baby didukung, sebuk melihat hp. Sakit tangan dibuatnya, tangan kiri mendukung baby yang tembam, tangan kanan pula pegang hp. Abah tanya keadaan, macam mana jaga budak-budak. Ku jawab ok je lah. Abah dah tergelak-gelak. Dalam hati kata- Zahrina, tak payah bohong la, abah tau lah macam mana yang dikatakan jaga budak! Setelah letak gagangan, ketawa sendiri. Huhu. Tak lama lepas tu, ummi pula call, risau lama sangat, katanya sampai pukul dua je, tup-tup pukul tujuh, Biasalah ibu, perihatin mencari anaknya yang ‘menghilang’ setelah sekian ‘lama’...

Dan sampai pukul 6, ada yang sudah balik, baby-baby yang banyak ragam pun sudah balik. Saya duduk bersama budak-budak yang bermain-main tadi. Kini mereka sedang menonton cartoon didalam televisyen. Ada yang melihat-lihatku sambil tersenyum tersipu-sipu malu. Saya melihat telatah seorang anak lelaki kecil mungkin usianya dalam 7 tahun, mencium-cium dan memeluknya dengan adiknya bernama Qaseh dengan penuh kasihsayang. Begitulah sewaktu kecil, macam saya dan along saya dulu, kenangan yang masih tersemat didalam sebuah album, tapi, alangkah seronoknya kalau kasih sayang begitu tetap hingga ke penghujung usia, kini saya selalu lihat manusia yang sewaktu kecil sahaja sangat menyayangi antara satu sama lain, apabila dah dewasa, aku dengan hal aku, kau dengan hal kau. Disitulah hilangnya kasih sayang dalam sebuah keluarga. Moga Allah menjauhkan itu~!

Beralih pula kepada seorang anak kecil yang sedang tersenyum tersipu-sipu malu sambil berbisik kepada temannya ‘teacher baru..’ hehe, teacher sebentar je lah dik.. Seorang anak kecil ,Nishrina namanya, bercerita kepadaku, ‘saya ada adik..’ saya bertanya, ‘mana adik awak?’ ‘dalam perut ibu’.. jawabnya. ‘Baby boy’.. sambungnya sambil tersenyum girang. Seronok dia dapat adik baru, seorang ibu lagilah seronok kan. Sembilan bulan menjaga anak didalam kandungan dan mempertaruhkan nyawa hanya 50/50 untuk hidup saat melahirkan, macam mana tak jatuh sayang kepada anak yang telah ditatangnya. Moga-moga ibu-ibu sedar untuk menyayangi anak-anak mereka dengan sebenar-benar cinta. Mengajar mereka dengan didikan tarbawi. Cinta yang membawa kebahagiaan yang abadi, syurga selayaknya.

Pukul 7 lebih, saya balik dengan orang lain pula, seorang kakak yang tinggal di kampung JK ni juga. Terbayang sebuah perjalanan yang sungguh mengasyikkan. Sampai di rumah, ku bermandi, melakukan wajibat, bermatsurat sementara masih ada waktu, dan terus merebahkan diri. Ah, mersimpang siur agaknya urat-uratku, sudah lama tak melakukan kerja berat-berat ni. Hah, kepada adik-adik sekalian [dan kepada saya sendiri], belajarlah dengan bersungguh sungguh, sebabnya, tiada yang mengasyikkan dalam pekerjaan lebih dari belajar. Ummi kata, ‘baru kamu tahu macam mana jaga budak-budak, macam mana rasanya berkerja, lagi seronok belajar kan?’ hehe..betul..betul.. Moga Allah kuatkan ummi, abah untuk mencari rezki buat kami, dan moga saya, along, angah dan adik terus menerus sedar akan tanggungjawab kami dan pengorbanan yang dilakukan ummi dan abah, dan moga Allah permudahkan kita sekeluarga~

Dan kini tersedar, betapa beratnya pengorbanan umi abah melahirkan, mengasuh dan mendidik kami. Moga Allah membalas jasa kalian sewajarnya.

Alhamdulillah, dalam pengalaman ni, beberapa fakta yang ku tahu dulu, kini ku pasti tentang jawapannya. Kira pendek kata, ibrah bagi saya, anak-anak itu sangat memerlukan perhatian, kasih sayang, pendidikan sewajarnya, perlu mengajar mereka tentang agama sebaiknya, cara percakapan sebaiknya, dan menegur dengan hikmah, barulah mereka senang untuk ikut. Teringat pula kata-kata yang sering diucapkan oleh seorang teman, ‘anak-anak tu selalu lupa apa yang kita katakan, tetapi anak-anak itu tidak pernah lupa mengikut apa yang kita lakukan’. Tersedar kini, moga setiap langkahan perjalanan mampu menjadi khairulquwah. Dan sebenarnya, kebahgiaan yang terpancar di wajah anak-anak juga adalah kebahagiaan untuk kita. Sayangilah mereka, dan kasihilah mereka dengan sebenar-benar kasih. Kasih yang membawa ke Taman Syurga, bukan ke lubang neraka. Naudzubillahiminzalik. Anda mengasihi mereka, dan anda akan dikasihi Allah. insyaAllah...Wallahu ‘alam.

 Seorang anak yang suka bermain mata dengan saya, malangnya tidak mampu memperkenalkan namanya.

Kehidupan anak-anak kecil

 Zakiah-sangat suka budak ni, mudah menjaganya

 Kaki si kecil. hehe

 Aisyah yang suka merajuk, dan temannya

 'Bilik itu memenjarakanku'-Ammar
 Qaseh-dikurung akibat kenakalannya
'mengoyak kertas'

 Sumayyah-tersangat manja, hanya mahu didukung. huh~

 Ammar-sikecil suka memanjat



Walaupun sehari, pengalaman itu cukup mengajarku.
Sayangnya, hanya beberapa gambar tidak mampu merakamkan sebuah pengalaman.

Bintu Zulaziz-Belajar mengenali cinta
25/2/2011|22 R’Awal 32H |11AM

10 comments:

Kryptonite Merah said...

wahhh~!
besnya!
hbislah budak2 nih kena buli dgn teacher yg grg mcm awk nih..
hehe =P

hakuna matata said...

Hazihil Fitnah! hazihil fitnah!
tak kenal maka tak cinta..
Awak tak kenal sifat saya sebenarnya, tu sebab awak cakap cenggitu kan..
sebenarnya untuk pengetahuan awak, saya ni adalah seorang yang sangat baik hati, penyayang, lemah lembut... (kalau sendiri tak puji diri sendiri, sapa nak puji lagi kan..) hee~ :P

Aliah Abdullah Sani said...

macam mane ina merasai pengalaman bekerja ?? hehe..terhibur kan duduk bersama mujahid kecil,,,

hakuna matata said...

pengalaman bekerja saya? not bad~ hehe
alhamdulillah, itulah kelebihan mereka yang sukar di cari seusia kita. Lagi terhibur kalau mujahid-mujahid kecil ini tahu benar tentang hidup dalam iman. Iman buah daripada taqwa. Segalnya bermula dari tarbiyah pertama~ :)

Aliah Abdullah Sani said...

btol 2 ina..kadang2 ana rasa mereka lah yg mngubat hati ini juka ana tgh futur..melihat mereka smbil berfikir dan merenung saat kita dilahirkan..Masyaallah..bgitu hebat ciptaan Allah

hakuna matata said...

Alhamdulillah, Allah masih membuka hati merenung smuanya. Moga hidayah tetap milik kita :)

Kryptonite Merah said...

hehe..
yaya..
awk baik..
hishh.. dah pnt dah sy dgr afiqah asyk duk ckp kwn dy yg sorg nih baik..
msti dy kena pksa ckp cm nih.. haha XD

hakuna matata said...

amin..
ish, sy xdala sekejam itu memaksa2 org..
xcaya tnya la dia.. :D

Kryptonite Merah said...

haha..
tnya lagi??
hishh.. sy xtnya pn dy mmg akan duk puji2 awk melambung..
inikan sy tnya.. =P

ntah bila dy nk puji sy ntah..
hahhaa

hakuna matata said...

apalah adanya pada diri saya yang terlalu lemah ni.. =.="

nanati sy suh dia puji awk plak..hehe..

xapala kan, tak dipuji manusia, dipuji seisi langit itu lebih bermakna kan? ;)