بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Tangan yang menulis ini juga akan lebur satu hari nanti, ku mohon agar segala yang tidak elok itu dihapuskan. Seandainya tangan yang menulis ini akan membawa kamu ke neraka, maka tinggalkanlah~

.:contacts:.

Tumblr: Insomnia

Post38 : warkah digerbang imtihan



bismillahirrahmanirrahim.
yaAllah, hambaMu yang kecil ini, mahu mengambil imtihan dunia yang amat penting buatnya pada masa ini. Maka dengan itu ya Allah, Kau ampunkanlah setiap kesalahan & kejahilannya dalam menjalankan tanggungjawabnya kepadaMu yaAllah. yaAllah, berikanlah ketenangan kepada hambaMu ini pada tika masnya tiba saat itu.Berikanlah kesihatan dan ingatan yang kuat sepertimana Kau beri ingatan yang kuat kepada Saidatina 'Aisyah r.a. dan sepertimana Imam Syafie pabila dia meminta kepadaMu. yaAllah, hantarkanlah haruman najjah kepada hambaMu ini, agar kelak, dia mampu berdiri sebaris bersama pejuangMu dalam meng'ila'kan syariat dan nuansa islam tercinta dibumi bertuah ini. Hantar jua haruman najjah yang berpanjangan kepada hambaMu ini, agar dia juga mampu menjadi pewaris murabbi dakwah dan tarbiyahMu.. Amin ya Rabbal 'Alamin, ya zaljalali wal ikram, istajib dua'i..

assalamu'alaykumwbt.

Kepada guru SMIK tercinta,
Ana, pelajar tingkatan 5 Itqan, memohon maaf, andai selama diberi tanggungjawab sebagai seorang pelajar, ada hutang yang tidak dilangsaikan, ada kata-kata yang menyakitkan, dan ada kelakuan yang melanggar etika seorang pelajar muslim. Mohon doakan kejayaan agar cita-cita yang utama mampu dikecapi. Mohon juga dihalalkan segala ilmu. Moga keredhaan guru-guru tercinta membawa sebuah kejayaan yang sebenar. Terima kasih atas segalanya!

Kepada sahabat sahibah tingkatan 5, smik, matri, smaskl dan semua yang kukenali dan tidak sempat kukenali,

ingatlah, andai perjuangan ini mudah, pasti banyak yang menyertainya. Andai perjuangan ini singkat, pasti banyak yang istiqomah.Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia, pasti banyak yang tertarik padanya. Tapi hakikat perjuangan adalah tidaklah begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama nanisan yang tak terharga. Andai jatuh, bangkitlah kembali. andai terluka ingatlah janji-NYA. kenapa perjuangan itu pahit?kerana syurga itu manis saudaraku. Selamat BERJUANG meneruskan obor perjuangan Rasul dan para sahabat.

andai selama kita berukhwah, pernah lidahku tersalah bicara, ada hatimu tersakiti dengan kelakuanku dan andai ada janji-janji yang tidak terpatri..sama ada sedar atau tidak.. ku menghulurkan kemaafan..mohon doa tulus dari antum semua demi kejayaan yang kamil.
terima kasih banyak-banyak kerana banyak membantu.
kepada sahibah-sahibah tingkatan 5, k.Asma', Aliah, Asiyah naz, Wani, Hafizah, Naurah, Amalina, Nazurah dan seangkatan dengannya, terima kasih banyak mengajar daku yang jahil.
Moga antum semua diberi ketenangan ketika imtihan nanti, dan juga najah yang besar tika akhir nanti.
Jangan mengalah, kerana jika kamu mengalah, bermakna kamu telah memberi kemenangan kepada jahilliyyah!!

PRAY FOR OUR SUCCESS!!

mohon maaf kepada semuanya, agar tidak terhijab nanti!

bersama kejayaan dan keredhaanNya~
Doa+usaha+istiqhamah+tawakkal

Salam Imtihan dan Salam kemaafan~

sincerly,
Bintu Zulaziz
6.00 pg
-out-


2 comments:

Atika Natasha said...

allahumma yassirha wala tuassirha..
tasyjik ye dik!

hakuna matata said...

Alhamdulillah, trima kasih kak.. terus mendoakan.. :)