بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Tangan yang menulis ini juga akan lebur satu hari nanti, ku mohon agar segala yang tidak elok itu dihapuskan. Seandainya tangan yang menulis ini akan membawa kamu ke neraka, maka tinggalkanlah~

.:contacts:.

Tumblr: Insomnia

Post37

Cuba~

Ada angin yang melintang
Ada halang yang terbentang

Setiap sudut itu dirasakan susah
Setiap satu itu dirasakan payah

Ada taufan yang menderu
Ada petir yang meluru

Setiap peluang dirasakan tipis
Setiap hela nafas dirasakan nipis

Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Ada awan kegelapan
Ada langit berlapisan

Setiap ramalan terasa bagai mendung
Setiap musim terasa bagai tengkujuh

Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Pada baris
Butir doa
Kau memohon
Kau berserah

Hanya
Pada
Dia Dia



2 comments:

195 said...

moga terus kuat dalam mengharungi kehidupan..kehidupan itu tarbiyah.. :)

Zuhelsyaheedah said...

iAllah.. terus ttp dlm trbyah, iA.. :)