بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Tangan yang menulis ini juga akan lebur satu hari nanti, ku mohon agar segala yang tidak elok itu dihapuskan. Seandainya tangan yang menulis ini akan membawa kamu ke neraka, maka tinggalkanlah~

.:contacts:.

Tumblr: Insomnia

Post102: Iman.



"hebatlah, dia anak imam kot!"

Takkan kau nak femes atas sebab, kau anak imam, kau keturunan ulama', kau cucu ustaz.
Yang dilihat itu, dalam hati kau, bukan hati ayah, atau mak atau kerunan kau sekali pun.
Mana Allah di hati kau, mana sunnah Rasullulah di dalam hidup kau, mana al quran di mulut kau, mana zikir di lidah kau.

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual-beli
Ia tiada di tepian pantai
~iman mutiara by Raihan

 kemudian di sambung,

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau berentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah

di ulang,
Jika tidak kembali pada Allah..
Tidak perlu berbangga, kau anak imam, kau isteri ulama', atau kau keturunan Rasulullah sekalipun, kalau iman mereka kau tak warisi sendiri.
Iman bukan keturunan, bukan pada keturunan.
Hebatnya kau, takda pun pada keturunan.
Cari sendiri dalam diri, baru boleh diiktiraf kau memang hebat.

"orang yang asalnya bukan beragama islam itu, memasuki islam, kebiasaanya mereka lebih hebat dari segi agama, dari segi kehidupan mereka, mereka lebih baik dan lebih cemerlang dari orang yyang berketurunankan islam sejak azali, kerana apa? Kerana mereka mendapat islam dari kesusah payahan mereka dalam mengkajinya. Mereka memburu iman itu dengan gigih, kerana itu, mereka tidak akan mensia-siakan usaha mereka. Tak salah untuk dikatakan, mereka lebih memahami islam lebih dari kita sendiri!".

oh, sungguh, hidayah itu milik Allah.

note: Sedang berusaha mencari iman di dalam diri. Time to change. Gencar!


No comments: