بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Tangan yang menulis ini juga akan lebur satu hari nanti, ku mohon agar segala yang tidak elok itu dihapuskan. Seandainya tangan yang menulis ini akan membawa kamu ke neraka, maka tinggalkanlah~

.:contacts:.

Tumblr: Insomnia

Post101: Antara peniaga MLM dan Pendakwah Tegar.




Ini dia cerita dua peribadi di sebuah lapangan. Lapangan apa? Mungkin lapangan (dataran) merdeka, atau lapangan kapal terbang, atau lapangan dakwah? hee

Peribadi Seorang Peniaga MLM:
apabila melihat ramainya manusia di lapangan, dia akan berkata:
"Ha, lihat tu, manusia yang ramai, duit-duit dalam poket tu semua aku yang punya!"

sebaliknya...


Peribadi Seorang Pendakwah yang bercita-cita tinggi melangit:
apabila melihat ramainya manusia di lapangan, dia akan berkata:
"Ha, tengok tu, ramainya manusia, hati-hati di dalam dada itu aku yang punya!"

Dua manusia, mungkin mempunyai cara yang sama, tapi tujuan berbeza.
Satu, seorang peniaga MLM, melihat manusia dengan mata duit berazam untuk mengorek segala harta karun di dalam dompet mahupun poket! Jangan salahkan mereka, kerana mereka telah diajar begitu.
Dua, seorang pendakwah tegar, melihat manusia dengan mata hati dan berazam akan membawa semua hati untuk kembali mengenal Allah bagi menebarkan amar makruf nahi mungkar di bumi! Jangan marah mereka, kerana mereka telah di tarbiyah begitu.

Satu dunia, satu akhirat.

Berhati-hatilah, antara peniaga MLM dan pendakwah. Mungkin anda boleh terjerumus ke dalam aliran indahnya dunia, dan mungkin anda bakal terjerumus ke dalam lautan rindunya akhirat!

WASPADA~


mengaut keuntungan dunia, atau mengaut keuntungan akhirat, atau goalkan kedua-duanya sekali.
Pilih cepat, pilih cepat!~


nota: Hadaf untuk post ni apa? WallahuaTa'ala'Alam. Sila koreksinya sendiri. ^___^

sekian.



No comments: