بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Tangan yang menulis ini juga akan lebur satu hari nanti, ku mohon agar segala yang tidak elok itu dihapuskan. Seandainya tangan yang menulis ini akan membawa kamu ke neraka, maka tinggalkanlah~

.:contacts:.

Tumblr: Insomnia

Post68

Bimillahirrohamanirrohim.


Dengan namaMu yaRabb, aku memulakakn tulisanku ini, dengan penuh kerendahan, ku memohon agar Kau memelihara tulisanku ini agar jauh dari fitnah dan segala maksiat.
Amin~


ce petik suis on tu...
^____________^

Alhamdulillah, pada date yang sungguh mem'bahagia'kan hari ni, teringat kepada sebuah figur wanita yang hebat pengorbanannya, yang dikenali sebagai ar-Rumaisa'.. apkah kehebatannya? cukuplah sekadar perkongsian ini yang membuatkan hati teruja mahu menjadi sepertinya, moga Allah permudahkan..


Ar- Rumaisa' ..


Rumaisa' yang aku kenali, namanya tidak segah Saidatina Khadijah, Saidatina Aisyah, mahupun Fatimah Az-Zahrah. Namun, tokoh yang seorang inilah yang sering aku jadikan sebagai inspirasi.

Kisahnya terkenal sehingga ke umat hari ini. Namun, kebanyakannya kurang mengetahui, bahawa watak utama yang diceritakan adalah merupakan peribadi yang sama.

Dialah Ar-Rumaisa' binti Milhan, juga dikenali sebagai Ummu Sulaym.

Dia antara wanita Ansar pertama yang menerima Islam hasil dakwah yang disampaikan oleh Mus'ab bin Umair di Madinah, dan turut terlibat dalam Perjanjian Aqabah II. Malang sekali, keislamannya mengundang marah suami yang tercinta, Malik bin Nadhir. Keimanannya sama sekali bukan ikut ikutan, tapi berlandaskan kesedaran dan kefahaman. Lantas dia ditinggalkan suaminya bersama anaknya, Anas bin Malik, dan ditakdirkan pula suaminya mati dibunuh musuhnya.


Tidakkah rawan hati sang isteri, tatkala suami yang disayangi mati dalam keadaan kufur?

Anaknya sebagai hadiah kepada sebuah perjuangan Islam.

Sewaktu Rasulullah berhijrah ke Madinah, Ummu Sulaim membawa Anas berjumpa dengan Baginda s.a.w. Ketika itu usia Anas baru meningkat 10 tahun. Ummu Sulaim berkata kepada Rasulullah SAW:-

“Hampir semua kaum Ansar, baik lelaki mahupun wanita telah menghadiahkan Baginda dengan suatu hadiah yang berharga. Aku tidak mempunyai sesuatu untukku hadiahkan, melainkan seorang anak lelakiku. Maka ambillah dia supaya dapat dia melayani dan melakukan tugas yang Baginda perintahkan kepadanya”

Ummu Sulaim sangat menginginkan anaknya memperoleh sebanyak mungkin keberkatan daripada Rasulullah SAW. Akhirnya Anas menjadi seorang yang alim yang tinggi ilmunya dan banyak meriwayatkan hadis.

Perkahwinan kali kedua

Datanglah Abu Talhah yang masih kafir ingin mengahwini Ummu Sulaim. Ummu Sulaim telah memintanya membawa mas kahwin yang paling tinggi. Abu Talhah pergi mendapatkan Rasulullah SAW dan menceritakan segala-galanya.

*Mas kahwin yang teramat tinggi nilaianya :- Kalimah Syahadah LA ILAHA ILLA ALLAH

Lalu Rasulullah SAW menikahkan Abu Talhah dengan Ummu Sulaim menurut syarat yang diminta. Berkahwinlah Ummu Suliam buat kali kedua dengan Abu Talhah dengan mas kahwinnya ialah Abu Talhah mengucap dua kalimah Syahadah.

Mungkin pada zaman sekarang, kalau berlaku sekarang..masyarakat akan pelik. Bagaimanakah seorang wanita sanggup berkahwin tanpa ada emas, perak, duit hantaran ataupun apa-apa pemberian sebagai mas kahwin. Hakikatnya ALLAH S.W.T tidak pernah memandang kepada harta kemewahan kita, tetapi yang paling utama disisiNYA adalah Iman dan Taqwa. *Tapi, jika diceritakan zaman ini, untuk mendapat mahar berupa keislaman, amat mudah, kerana ramainya yang mengucap syahadah, namun tidak memperlakukan keislaman sebenarnya. Islam itu tidak diambil seluruhnya, tetapi hanya juz'i-juz'i. Jadi, selayaknya untuk saya menyarankan diri saya, dan yang lain, terimalah pinangan dengan dakwah dan tarbiyahnya seorang pemuda, walaupun dakwah dan tarbiyah itu bukanlah yang meniggikan darjat dan hanya taqwa yang akan meninggikan darjat seseorang hamba, dengan taqwalah seseorang akan faham tugas daqwah dan tarbiyah itu. wallahu'alam * ~


Seorang isteri yang solehah.

Ummu Sulaim hidup bersama Abu Talhah dengan penuh kebahagiaan, beliau menjadi isteri yang taat, sentiasa menyuburkan jiwa suaminya dengan iman dan taqwa. Memberikan galakn kepada suaminya agar gigih berjuang, takut dengan ALLAH, rindu dengan syurga ALLAH dan sabar serta redha dalam menghadapi ujian ALLAH. Beliau melayani suaminya sebaik-baiknya. Tidak pernah meminta itu dan ini, beliau merasa cukup dengan apa yang ada. Masa terluang beliau gunakan untuk beribadah, bertahajjud, berwirid dan berzikir kepada ALLAH. Ummu Sulaim tidak menyibukkan diri dengan dunia, hatinya sentiasa terikat dengan ALLAH.

Diuji ALLAH SWT dengan kematian anaknya.

ALLAH SWT menurunkan ujian untuk menguji dan meningkatkan lagi ketaqwaan kepada-NYA. Anaknya yang masih kecil meninggal dunia setelah menderita sakit beberapa lama ketika Abu Talhah tiada di rumah. Ummu Sulaim dengan tenang menghadapi kematian anaknya itu. Dimandikan, dikafankan dan ditutup anaknya itu dengan kain. Apabila Abu Talhah pulang ke rumah, seperti biasa dia menanyakan tentang keadaan kesihatan anaknya itu, Ummu Sulaim menjawab : “Dia kini sudah tenang dan berehat sepuas-puasnya.” Pada sangkaan Abu Talhah, anaknya itu telah sembuh.

Kebetulan hari itu mereka berpuasa. Ummu Sulaim menyediakan makanan dan berbukalah mereka. Tiba waktu malam, Ummu Sulaim berdandan dan bersolek serta mengenakan wangi-wangian dan melayan suaminya sehingga suaminya lupa untuk bertanyakan khabar anaknya itu.

Sehinggalah keesokan harinya, Abu Talhah bersiap-siap untuk keluar, Ummu Sulaim berkata kepada Abu Talhah : “Wahai suamiku, ada seorang jiran kita telah diberi pinjam pinggan padanya, datang tuan pinggan untuk mengambil pinggannya kembali. Tetapi, jiran kita itu tidak mahu memulangkan semula pinggan itu kepada tuan empunya pinggan. Apa pendapat engkau tentang jiran kita ini??

“Mereka tidak berhak berbuat demikian”, jawab Abu Talhah. Lalu Ummu Sulaim berkata lagi : “ Allah telah meminjamkan kepada kita anak, kemudian DIA meminta kembali anak itu, wahai suamiku.” Terdiam Abu Talhah, lalu dia pergi berjumpa dengan Rasulullah SAW dan menceritakan apa yang berlaku antara dia dan isterinya. Bersabda Rasulullah SAW: “ semoga Allah memberkati kamu berdua dalam perbuatan kamu malam tadi.”

Doa Rasulullah itu dimakbulkan. Dan dengan kematian anaknya itu, ALLAH gantikan dengan kurniaan yang makin bertambah. Sejak malam itu, Ummu Sulaim mengandung dan melahirkan anak lelaki yang diberi nama Abdullah yang kelaknya menjadi ayah dari seorang anak lelaki pula yang diberi nama Ishaq iaitu seorang tabi’in besar dan alim dalam ilmu hukum-hukum Islam, dan anak lelakinya yang lain kesemuanya berjumlah Sembilan orang. Kesemuanya adalah orang yang berilmu dan penghafal Al-Quran.

Ummu Sulaym, yang juga tinggi semangat jihadnya, turut sama menyertai Perang Uhud dan Ahzab. Bahkan tatkala beliau sarat mengandung, disisipnya pisau, yang diniatkan untuk membunuh musuh dan umat islam yang lari dari medan jihad !

huh~

Tuhan, apakah layak untuk aku menjadi wanita sehebat ini?

ataukah masih ada figur kehebatan ini pada masa kini?

sungguh aku rindu figur-figur seperti ini..

kerana dengan mereka pasti islam bakal tertegak lagi, bukan hanya impian yang tidak pasti..

hingga akhir nanti kalimah takbir teragung dimana-mana ~

Salam izzah buat semua muslimah diseluruh pelosok dunia,

Jadilah Generasi sahabiyah sejati jangan jadi generasi muslimah yang tak punya jati diri maka hal ini akan tercapai, Dengan izinNya !~

Wallahu Ta'ala Alam,
moga Allah merahmati kita semua.

Bintu Zulaziz - Mencari & menjadi yang terlayak
15 J'Akhir 1432 | 19/5/2011- Pasti berlaku !~

No comments: