بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Tangan yang menulis ini juga akan lebur satu hari nanti, ku mohon agar segala yang tidak elok itu dihapuskan. Seandainya tangan yang menulis ini akan membawa kamu ke neraka, maka tinggalkanlah~

.:contacts:.

Tumblr: Insomnia

Post 66: Ole-ole buat teman~

Bismillahirrahmanirrahim. Sollu alan nabiyyi.

Assalamualaykum buat saudara-saudara seislam yang disayangi.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Buat kesekian kalinya, dapat juga saya mencoretkan sesuatu buat diri dan sahibah-sahibah yang disayangi, khas untuk kita semua, sebelum melangkah ipt.

Sebelum tu, alhamdulillah, mabruk kepada semuanya yang dapat meloloskan diri untuk jawapan upu. Moga Allah permudahkan jalan seterusnya.

InsyaAllah, first sekali, nak kongsi sikit persiapan yang pernah diberitahu oleh 2orang mas'ul, yang mengingatkan sesuatu yang sama. Bermakna, amat pentingya pada diri seorang daieyah yang bakal menjadi murabbiyah.

Cikgu Kalsom dan makcik Hunaini ada mengingatkan;
seperti mana Luqman alhakim mengingatkan anaknya, carilah sahabat yang baik.
Jika nanti kita keseorangan di alam ipt, pasti susah untuk menjalankan kerja kita kan? Lain bagi yang mana dapat mengikuti alam ipt yang sudah terbina biahnya disana, seperti usim, uia, kuis, unisza. Sebaliknya, jika mendapat ipt yang agak kurang biahnya, seperti uitm, pasti payah.
InsyaAllah, kedua-dua mas'ul kita mengingatkan, carilah sahabat yang benar-benar baik akhlaqnya, agar kelak kita boleh berganding bahu menjalankan kerja-kerja amar ma'ruf, nahi mungkar (DnT) insyaAllah.

Sedikit tips-tips yang saya dapati hasilan mengikuti rancangan semanis kurma tv 9:

Jaafar assadiq berkata:
Jangan kawan dengan 5 jenis manusia ini- 
1, Pembohong, kerana kelak, kau akan dibohonginya. 
2,Orang yang jahil kerana kau tidak akan mendapat apa-apa manfaat darinya, malahan musibah. 
3, orang yang bakhil, kerana dia tidak akan dapat membantu apa-apa. 
4, Orang yang pengecut, kerana jika terjadi apa-apa, pasti dia akan lari dahulu. 
5, orang yang fasiq, orang ini akan menjual agama kerana dunia.

Orang yang layak digelar sahabat:
* Baik pada agamanya
*baik pada ibadahnya (menuniakan hak-hak ibadahnya)
*Baik pada mnausia (hablu minallah, hablu minannas)

Ciri-ciri manusia yang tidak layak digelar sahabat:
*Pendengki
*Gemar menjatuhkan air muka
*Tidak menyimpan rahsia (ingatlah, jika kamu membuka keaiban manusia yang lain, pasti Allah membuka keaiban mu didunia dan diakhirat kelak)
*Menikam dari belakang
*busuk hati.

Apa pun sahibah-sahibah yang daku cinta lillahi Ta'ala, ingatlah, untuk mendapat sesuatu yang baik bukan dengan cara mencari, tetapi dengan cara menjadi. Jadilah kamu seorang yang solehah, insyaAllah, pasti akan lalu dihadapanmu seorang sahabiah yang cantik akhlaqnya. :)


Seterusnya, mahu mengingatkan diri dan juga teman-teman yang disayangi fillah, jadilah seperti ikan dilautan. walau masinnya air dilaut itu, ikan-ikan itu tidak pernah terpengaruh dengan  kemasinan air laut itu. Jangan jadi seperti ikan yang telah mati, walau dengan secubit garam, mampu memasinkan seluruh ikan itu.
Ambil pula iktibar dari daun lalang. Jangan kita jadi seperti daun lalang. kemana angin itu menderu, pasti lalalng-lalang itu mengikuti arah angin itu. Perlu kuat seperti pohon yang gah akarnya mencengkam bumi.

Jangan malu juga dengan pakaian kita. Dengan kritikan, kerana kita yang berpakaian lengkap seorang muslimah, bertudung labuh, berjubah, berbaju kurung dan sebgainya, andai ada yang bertanya, katalah "aku menutupi auratku demi maruahku, agamaku dan keluargaku. Kerana kelak, aku dapat menutupinya dari bakaran api neraka" Jangan sedih dan jangan malu, kerana pakaian kita adalah maruah kita, kebanggan kita. Mulialah dengan ISLAM.


Dah masuk ipt nanti, jangan lari dari tarbiyah, ya.
Tarbiyah bukanlah segala-galnya, tetapi segala-galanya adalah dengan tarbiyah (mustafa masyhur)
Jangan berasa sudah cukup dengan tarbiyah, dan jangan juga rasa sudah mulia kerana kita orang yang dididik dibumi tarbiyah.
Tarbiyah kita pastinya tidakkan pernah cukup sehingga hujung nyawa sekalipun.
Jangan lelah untuk terus mencari tarbiyah!
Mulia kita pula adalah kerana taqwa. Bukan kerana tarbiyyah yang bertahun kita jalani, tetapi kerana taqwa itu sendiri.
Allah bersabda dalam surah al-hujrat:
sungguh! kemuliaan itu hanyalah bagi orang yang bertaqwa'.

Jadi, esok kalau jumpa orang yang kurang amalan agamanya, jangan cepat melatah. Jangan terlalu bangga dengan tarbiyah yang kita ada. kerana yang meninggikan darjat kita disisi Allah, hanyalah taqwa. Tarbiyyah juga tanpa amal, ibarat gula-gula tanpa rasa manis. 

Seterusnya, moga kita dapat menyediakan jasad yang qawiey, ruuhi yang berjiwa suci dan aqli yang sihat mentalnya. insyAllah, Allah permudahkan kita.

Dan yang paling ana ingat sejak tingkatan4, kata-kata yang diperkenalkan seorang senior kepada ana, kini berada di usim:
Pelajaran itu pastinya no1, tetapi dakwah bukanlah no2.

Moga-moga tawakkal dalam diri kita semua benar-benar kuat. Tawakkal kepada Allah, kerana hanya kepada Dia kita layak bertawakkal. Dimana pun kita berada, hanya Dia yang dapat menjaga kita.
Yang penting HDA, walau apa pun terjadi HDA perlu kuat, kerana jika kita menjaga hubungan dengan Dia , pasti Dia menjaga kita. Hingga akhirnya~

Sebelum undur diri, khususan untuk 5itqan2010, mohon maaf diatas kekusutan diri sehingga menyebabkan ada hati-hati yang terguris akhir-akhir ni. Dan sepanjang perjalanan ukhuwah kita juga, seperti biasa dari aku yang lemah ingin memohon maaf salah dan khilaf yang terucap dan terahir mahupun batil, mohon maaf agar kelak ukhuwah mahabbah mampu dipanjangkan hingga ke mahsyar dan berpijak ke Syurga kelak. Bersaksikan mata-mata antum yang membaca, demi Allah, ana mnyintai antum kerana Allah.
 Dan kepada Alumni JDK juga HiMEGA, dan buat yang mngenali, kemaafan jua ku pinta, dan moga mahabbah kita dapat menyelamatkan dari api neraka. 

 
Sambut cinta ini, agar kita dapat berpimpin tangan berpijak di bumi Syurga kelak!~

Buat dirimu dan diriku~
Bintu Zulaziz | 1/5/2010
uhibbukum fillah

No comments: