بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Tangan yang menulis ini juga akan lebur satu hari nanti, ku mohon agar segala yang tidak elok itu dihapuskan. Seandainya tangan yang menulis ini akan membawa kamu ke neraka, maka tinggalkanlah~

.:contacts:.

Tumblr: Insomnia

Post46: Majlis yang syara'


-Bismillahirrahmanirrahim-

Satu Situasi:

Didalam perjalanan ke Banting;

"Sekarang ni banyak majlis walimah tak syara', kan umi?"

"hm, tu la, semuanya dah balik macam dulu"

"dulu macam mana?"

Ummi imbas kembali...

majlis walimah dulu, bercampur laki perempuan, arak merupakan antara menu yang panas, mabuk-mabuk tak jadi hal, menyanyi, menari, dangdut, semua adalah..dulu ummi jadi takut nak ke majlis-majlis..

hatiku... wah, macam tu sekali??

hm..

asalnya waktu tu saya teringatkan sebuah majlis walimah bekas seorang pelajar murid sekolah ummi,
terkejut bila ada orang menyanyikan lagu dangdut, bukan orang tua, malahan pelajar sekolah, perempuan.. terjerit-jerit, mungkin boleh membuatkan orang lain yang mendengarkannya ghairah..ala-ala mas idayu gitu.
haish, sempat hatiku berkata "tobat tak nak pegi dah pasni". Bukan sekali dua pernah terjadi begitu, tapi bagiku yang terjadi kali ni, betul-betul membuatkan hatiku mual, memang tak selesa.

Boleh katakan, semua perkara yang terjadi kini, kembali pada zaman dulu. Fashion, majlis-majlis dan macam-macam lagi.

Kira fashion dulu antara top juga la kan??

Dulu, seorang sahibah pernah cerita. Saudaranya walimah, sewaktu majlis walimah, mereka adakan tarian, tarian poco-poco. Katanya, memang agak terkejut, syara' memang hilang. Beberapa bulan lepas tu, si pengantin meninggal dunia, ketika anak dalam kandungan. Si isteri berkahwin lain, si anak dijaga keluarga mertua.

Adakah majlis walimah memainkan peranan kebahagiaan sesebuah rumah tangga yang bakal dibina? wallahu 'alam. ana tak menghukum situasi diatas tidak lama rumah tangganya atas alasan tidak menjaga majlis walimahnya.

Tapi bagi ana, memang YA. YA, majlis walimah juga memainkan peranan dalam membina sebuah keluarga yang mawaddah, apatah lagi sebuah baitul muslim/ baitul dakwah/ baitul Tarbiyah. Malah, majlis walimah juga antara pintu kebahgiaan sesbuah keluarga, insyaAllah.

Bagi ana juga, selain ketika kematian, ketika walimah juga adalah cara orang nak lihat peribadi sebenar kita. Apakah teguh imannya, apakah teguh juga prinsipnya, apakah terlindung dirinya sebagai muslim/muslimah.

Kenapa?

Sebab ketika itulah kita akan diuji dengan bermacam-macam ragam permintaan manusia dan permintaan nafsu diri. Lagi-lagi bagi perempuan, yang memakai purdah boleh jadi mencabut purdahnya, yang orang kata wajahnya biasa-biasa sahaja, boleh jadi lebih dari orang yang luar biasa wajahnya. Mana taknya, make up sampai terover, maka terjadilah tabarruj. Mungkin ada orang kata, itu lah sekali seumur hidup untuk dia berlawa-lawa, pada hari bahagianya. Pada saya, itu lah hari yang paling penting untuk menjaga maruah diri, agama dan keluarga. Dengan permintaan yang menyuruh untuk memakai yang ketat-ketat, bersanding lagi.. Wah.. berbagai ragam manusia. Tak perlulah menjaga air muka sehingga tergadai segalanya.

Bagi mereka yang bakal menginjak kaki ke gerbang pelamin, jagalah majlis itu benar-benar syara', tak kira lah mengikut adat atau tidak. Sebab syara' lebih penting dari adat. Tidak bersanding dihadapan orang lain, pada pakaiannya, pada majlis tidak bercampur lelaki perempuan, pada lantunan lagu-lagu yang dipasang.. Jagalah, kelak pasti kan di tanya di akhirat.

Ntahlah. saya tak mahu bercakap panjang-panjang, diri pun masih pelajar, untuk kehari itu pun masih jauh, takut di uji sendiri. Cuma bercakap atas apa yang saya fikirkan, asalnya mahu berkongsi. Maaf pada yang mungkin terasa, benar, saya tidak berniat apa-apa.

ya Allah, lindungilah kami dari perkara-perkara mungkar, sama ada yang kami sedar atau tidak. Lindungilah baitul muslim - baitul muslim yang telak Kau izinkan untuk dibina agar dunia ini sejuk dengan kasih dan rahmatMu. Amin ya Rabbal 'alamin.

sesiapa ada pandangan yang lebih menusuk, bolehlah komen atau email zuhelsyaheedah@yahoo.com

Wallahu Ta'ala 'Alam


7 comments:

Anonymous said...

Hola, Interesante, tidak ada va a continuar con este artнculo?.

hakuna matata said...

halo? agak-agak nak faham jadi tak faham. SOrry, sila gunakan ayat yang memberi kefahaman kepada saya. Thank You.

Kryptonite Merah said...

haha.. zahrina! google translate! =P

hakuna matata said...

haha. bahasa yang dia guna pun saya tak tau, macam mana nk=ak translate tuh ;D

Wafaa ulHaq said...

salam. maaf nak mencelah ckit he3. gnelah google translater.


post yang menarik. bagus2! :D

Wafaa ulHaq said...

salam. maaf nak mencelah ckit he3. gnelah google translater.


post yang menarik. bagus2! :D

hakuna matata said...

alhamdulillah, tmeksh..
sy dh cbe dh gne google translater, tp disbbkn sy xtaw dia gna bhsa apa, sya tak dapat la nk cri jwpnnya.
ke ada sesiapa blh tlg?? :D