بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Tangan yang menulis ini juga akan lebur satu hari nanti, ku mohon agar segala yang tidak elok itu dihapuskan. Seandainya tangan yang menulis ini akan membawa kamu ke neraka, maka tinggalkanlah~

.:contacts:.

Tumblr: Insomnia

Post42

Kau kata aku baik, kenapa?

Bila itu yang tersimpan dimindamu maka kau sentiasa melihat perbuatanku yang baik

apabila sampai masa aku berbuat sesuatu yang salah,

kau terus melabel aku orang yang hipokrit !

Bukan perkataan 'kau baik' yang aku perlukan,

tapi aku memerlukan kebaikan dirimu untuk menjadikan aku baik.

tegurlah aku dan jangan sentiasa melihat dirku insan yang baik.

kerana aku bukan ulama' mahupun malaikat,

bukan juga bidadari apatah lagi nabi.

aku juga seperti engkau,

ada kekurangan dan ada kesalahan, kadang-kadang juga aku boleh terlupa.

kerana kita insan serupa,

diciptakan dari bahan yang sama

dan dijadikan dengan tujuan yang sama,

kita juga punya Tuhan yang sama,

jadi untuk itu perlu kita menjadi makhluq yang berbilang jasad tetapi punya satu jiwa dan hati,

untuk kita merasai perlunya saling melengkapi,

agar kita sama-sama menjadi insan yang diredhai,

kerana pengakhiran kita masih belum pasti.

Bintu Zulaziz-22/12/10,
insan dhaif memerlukanmu untuk kekuatan

2 comments:

soutulmujahid.com said...

sabar2.. Allah bersamamu...

hakuna matata said...

Soutul Mujahid;
InsyaAllah, jzkk