بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Tangan yang menulis ini juga akan lebur satu hari nanti, ku mohon agar segala yang tidak elok itu dihapuskan. Seandainya tangan yang menulis ini akan membawa kamu ke neraka, maka tinggalkanlah~

.:contacts:.

Tumblr: Insomnia

Tiada nO.

Hatiku dirundung pilu. Iman lemah, entah kepada siapa gelodak hati ini mahu dimuntahkan, Ku cari laman maya ini medium untukku meluahkan. Entah kenapa, hatiku harus disakiti, sehinggakan dirundung jemu, , dileteri sedemikian rupa, padahal, suatu hari nanti, pasti aku akan merinduinya. Tapi entah kenapa, dia tidak dapat melihat muramku, salahkah aku cuba menyelesaikan masalah ku sendiri, dengan jadual yang telah ku padatkan, sekurangnya, bicaralah secara baik. Aku sebenarnya, sudah penat.. Penat yang amat sangat.. Haruskah aku marah, tiap ujian yang diberi kepadaku? mungkin, Aku anak muda, masih berdarah panas. Namun, tetap dihatiku, tidak ingin menjadikan kemarahan itu sebagai satu sifat yang harus ada dalam diriku. Bukan aku sengaja marah, bukan juga aku mahu untuk marah. Tapi hakikatnya aku insan biasa yang serba lemah dan tiada kudrat untuk menentang nafsu amarahku yang bagaikan menggila. Aku cuba menanamkan kentalnya sumayyah apabila imannya dijadikan bahan ejekan para yahudi, namun ku malu, kerana ku hanya insan biasa untuk menumpang ketabahan para syuhada. Ya Allah, kuatkanlah aku~

1 comment:

Mutiara Kasih said...

Ya Allah, kuatkanlah temanku.
Jadilah dia sekuat para syuhada.

Ya Allah, jadikanlah temanku seorang wanita yang solehah, wanita yang barakah, wanita yang mujahidah..

Kuatkanlah dia bila dia lemah Ya Allah, ingatkanlah dia bila dia terlupa, tegurlah dia bila dia terleka.. Amin

Semoga kamu terus menjadi bunga yang dilindungi~