بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Tangan yang menulis ini juga akan lebur satu hari nanti, ku mohon agar segala yang tidak elok itu dihapuskan. Seandainya tangan yang menulis ini akan membawa kamu ke neraka, maka tinggalkanlah~

.:contacts:.

Tumblr: Insomnia

Post51: Pilihan Kita

Dengan nama-Mu ya Allah, aku memulakan tulisan ku, moga-moga tulisanku ini terlindung dari segala fitnah makhluqMu

Hari ni, saya deactivekan facebook saya buat sementara waktu, dan saya ingat nak privatekan dulu blog saya ni buat sementara waktu juga, hanya untuk memantapkan lagi iman dan jiwa yang sedang gersang dalam jasad ini, tapi Allah izin, saya tak jadi private blog, sebab saya rasa mungkin masih ada mata-mata yang mahu menatap tulisan yang tak seberapa ni, walaupun seorang dua, kerana itu membolehkan saya untuk mendapat satu pahala yang sentiasa mengalir, dan saya tidak mahu melepaskan peluang itu. insyaAllah.

Sedang menggodek-godek segala bagai laman web dan youtube, saya terjumpa sebuah video yang amat memberi kesan terhadap jiwa saya, hayatilah dengan mata hatimu~


Hayatikum, ikhtiarikum!

Hidup antum, pilihan antum!

Kita adalah makhluq Allah yang telah dipilih untuk menjadi satu yang istimewa. Menjadi seorang manusia, menjadi khalifah Allah.

Bermulanya kita dari alam roh, kemudian masuk pula kepada alam rahim, kemudian kita ke alam dunia. ya! di sini kita! Di sini kita diberi pilihan untuk hidup bagaimana. Hidup yang penuh dengan senda guraukah? Hidup penuh dengan keseronokankah? Hidup penuh dengan ketaatan kepada Allah Tuhan sekalian alam kah? ataupun ketaatan kepada syaithan dan nafsu diri? Nafsu dan syaithan yang mengkehendaki kita ke neraka! KepadaMu aku memohon keampunan.

Lihat video diatas, sememangnya dua insan diatas (Nawaaf dan Sara) telah memilih untuk mengikut kepada nafsu juga ajakan syaithan. Mereka seronok dengan dunia semata-mata, dan pada hari kematiannya, baru mereka sesal. ya Allah, bagaimana kehidupanku. Bahagianya andai seperti Badar watak diatas. Seronoknya cara hidup dia apabila telah memilih islam sebagai cara hidup. Tidak meninggalkan perintahNya walaupun sibuk dengan keseronokan dunia. Tidak pernah tertipu dengan ajakan dunia yang melalaikan. Dan pada hari kematiannya, dia tersenyum melihat cara hidup pilihannya. Itulah pilihan dia. Bagaimana pilihan kita?

Pilihan kita untuk hidup. Saya, saya sudah memilih islam sebagai cara hidup saya,.Dengan sedaya upaya saya sedang belajar dan mengaplikasikan segalanya dalam kehidupan saya. Tapi tetap saja ada kalanya saya terlalai, terleka akan perintah-perintahNya. Itulah fitrah manusia, juga asal namanya manusia bermaksud lupa. ya Allah, ampunkanlah segala kelalaian kami~

Di sini kita telah diberi pilihan untuk memilih cara hidup. Jika anda memilih islam, maka SEWAJIBNYA anda harus memasukkan islam dalam segenap jiwa dan kehidupan, dan sesiapa memilih islam, maka insyaAllah hidupmu akan diredhai.

Sebagaimana firmanNya:
“Sesungguhnya agama yang diredhai Allah ialah islam..” al-'imran :19
Tapi, sebaliknya, andai anda memilih selainnya, inilah jawapannya..
“Sesiapa yang menurut jalan yang lain dari apa yang disyariatkan Allah sebagai agamanya, maka tidak sekali-kali akan diterima daripadanya…” (al-‘imran : 85)
Hidup kita juga, tiap sesuatu yang kita buat, pasti ada kejahatan dan kebaikan yang dicatat disebelah kiri dan kanan kita. Kejahatan, pastinya dihantar sebagai catatan dosa manakala kebaikan pastinya dihantar sebagai pahala. Dosa-perkara yang semestinya dibenci Allah. Bayangkan, sesampai kita untuk dihisab, dosa yang melebihi pahala? Bagaimana hidup kita diakhirat? sehari didunia bersamaan 50000 hari diMahsyar. Hidup di dalam penderitaan. Kalau di dunia ni, duduk di bawah pancaran matahari diwaktu tengahari, sudah bising kepanasan, juga jika didunia, baru sedikit kita terjatuh, sudah mengaduh sakit. Kalau melihat video segala macam peperangan seperti di Thai mahupun di Gaza, kita melihat mereka-mereka yang diseksa dan dibunuh, tak mampu kita ulang tayang, kalau di SANA, andai kita mendapat tempat segala macam jin, iblis dan syaithan, mata tidak mampu tertutup lagi, suara tidak habis menjerit, jasad tidak mampu keluar dari penderitaan. Allah, Allah, Allah.

TAPI, jika kita tidak mahu ditempat itu, ingat, kita di sini masih mampu membuat pilihan. satu lagi pilihan, mentaati Allah dan seterusnya ke tempat yang lebih indah, tempat di mana orang-orang yang bersih hatinya, cantik ibadah dan amalnya. Tempat yang dijanjikan oleh AlLah, di mana apabila kita menjual diri dan jiwa kita kepada AlLah, dan Allah membeli dengan bayaran syurgaNya!
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka.” ( at-Taubah: 111)
Jadi tinggal kita mahu melakukan pilihan yang mana untuk hidup kita. Sebelum melakukan pilihan, fikirlah apa yang kita akan dapat pada akhirnya. Menjual diri untuk Syurga atau neraka??

Teringat saya pada sebuah cerita tentang reliti kehidupan rakyat Palestine yang kini dunia mereka sedang bergolak. Mereka tidak bersoal jawab tentang pilihan ke Syurga atau neraka, tetapi meraka bersoal jawab untuk ke peringkat syurga yang mana satu. Jauhnya beza dari kita.
Pernah saya berdiskusi dengan seorang syeikh di tempat kelahiran saya, nasihatnya, mintalah kepada AlLah Syurga, tidak kiralah mana satu pun ia.
Dan bagi saya kini, saya mahukan syurga, tidak kiralah mana satu pun syurga yang saya dapat, kerana yang dinamakan syurga itu adalah satu tempat yang tetap hebat.

tengiang-ngiang ditelinga lagu yang dilantunkan oleh kumpulan fareast:
Dosa Dan Pahala Syurga Dan Neraka
Dua Pilihan Di Tangan Manusia
Dosa, pahala, syurga atau neraka??

Hayatikum, ikhtiarikum!

The Choice Is in Your Hand!

Walalhu 'Alam, moga minda lebih terbuka. Mohon keampunan dari Allah SWT.
Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah~

[artikel yang lebih ditujukan untuk diri sendiri]

Bintu Zulaziz|Terus di atas pilihan
2/2/2011-11PM

No comments: