بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Tangan yang menulis ini juga akan lebur satu hari nanti, ku mohon agar segala yang tidak elok itu dihapuskan. Seandainya tangan yang menulis ini akan membawa kamu ke neraka, maka tinggalkanlah~

.:contacts:.

Tumblr: Insomnia

Post49: Warkah Buat Sahabat

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

Warkah Khas mereka yang mahu digelarkan sebagai Ansarullah

Sahabat,
apa khabar dirimu hari ini?
Bagaimana dengan imanmu?
Bagaimana dengan perjuanganmu?
Apakah masih tegar kamu di medan ini?
Ketahuilah sahabat, apabila selangkah kita menghayunkan kaki ke alam perjuangan ini,
sekali pun kita tidak dijanjikan dengan kemewahan, apatah lagi kesenangan. Sebaliknya, kita dijanjikan kehidupan yang penuh penderitaan , kepedihan dan pengorbanan didalam perjuangan, dan itulah menjadi kayu pengukur apakah teguh dan istiqhamahnya kamu dialam ini. Dengan itu, teguhkanlah dirimu sahabat, agar kau tetap tegar didunia ini, dan terus menghayunkan langkah hingga nur jihadmu terpancar bersama saf-saf pejuang lillah.

Sahabat,
untuk menjadi pejuang yang qawiy, perlu ada kesabaran yang teguh, untuk menghadapi segala ujian-ujian. Kenapa harus untuk diuji?

Allah berfirman,
“Apakah kamu mengira, kamu akan dimasukkan ke dalam syurga, selagi belum tiba kepada kamu ujian yang telah didatangkan kepada orang-orang sebelum kamu? Mereka diuji dengan kepapaan dan serangan penyakit serta digoncangkan. Sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman dengannya: Bilakah pertolongan Allah(hendak sampai)?…” Surah Al-Baqarah ayat 214.

ya, kerana kita impikan syurga, maka sewajibnya untuk menghadapi segala ujian dengan penuh keteguhan, kesabaran dan keimanan yang mantap.

Dan ketahuilah sahabat, masih belum sampai kepada kita satu ujian yang amat hebat sepertimana awwalun sadiqun. Seperti mana Sayyid Qutb, yang terpaksa menulis kitabnya Fi Zilalil didalam tirai besi yahudi laknatullah, juga sepertimana Mujahid Jamaluddin Al- Afghani pada abad ke -14 pernah menyebut “KETAHUILAH, SEKIRANYA AKU DI PENJARA, MAKA PENJARA ITU SEBAGAI TEMPAT AKU MENGHAMPIRKAN DIRI DENGAN ALLAH, JIKA AKU DIBUANG NEGERI, MAKA AKU BERPELUANG MELAWAT NEGARA LAIN, DAN JIKA DI BUNUH, MAKA SENTUHAN SYAHID YANG AKU CITA-CITAKAN” . Dan Imam Hasan Al-Banna yang menebus Syurga yang diidamnya dengan darah dan nyawanya . Mereka melakukannya hanya untuk mendapat keredhaan Ilahi, untuk mendapatkan Syurga Allah yang dimana airnya mengalir. Ketahuilah sahabat, syurga itu telah menunggu penghuni-penghuninya, sepertimana sabda Muhammad SAW:

“Setiap hari surga dan neraka meminta kepada Rabbnya, surga berkata, ‘Wahai Rabbku, buah-buahanku telah ranum, sungai-sungai telah mengalir dan aku sudah rindu kepada kekasih-kekasihku. Maka cepatlah kirim penghuni surga kepadaku.”

Sahabat, ayuh kita terus melewati jalan ini agar kita mampu memegang status sebagai 'penghuni syurga' kelak.

Jadi, ayuhlah sahabat, mari kita jual diri kita sebagai penolong agama Allah, biarpun diri disakiti, biarpun hati disiakiti, supaya nyawa kita dihantar sebagai penyemarak api di medan perjuangan. Tinggalkanlah kenikmatan persinggahan fana ini, agar jannah menjadi perkampungan yang abadi.

-Warkah yang lebih ditujukan buat diri sendiri-

Wallahu'Alam

Bintu Zulaziz-Berlari mengejar Syurga
27/1/11|11:23AM

4 comments:

naimisa said...

membaca warkah ini.

menginsafkan.

Bintu ZulAziz said...

alhamdulillah.
diriku juga terinsaf sendiri.

Aleesy AnnurIman said...

salam ukhti.. paparan surat yg amat menyuntik muhasabah dlm jiwa.. sama-sama kita berdoa, semoga terus ditsabatkan Allah brd dlm nikmat Iman dan Islam..juga terus dikuatkan tsabat di jalan perjuangan.. takbirr..Allahhu Akbarr..

Bintu ZulAziz said...

w'salam ya ukht.. Alhamdulillah, amin ya Rab.. i.Allah, moga terus tsabat. Allahu akbar