wuiii~ besaqnya gambaq~ oh, kalau bicara soal jodoh, saya paling suka quote ini. (^_^,)
Nampak tu pa dia yang tertulis di tajuk post ni?
alahai, tu, kat atas tu. haa..tahu tu pa dia? haa.. tu dia la istikharah cinta kita! kui3.
lately, ramai bebenor ye gunakan perkataan istikharah nak tekel bebudak perempuan kampung yang naif bertambah lagi lurus macam saya ya? pernah dengar tak quote ni?
"awak, saya dah buat istikharah banyak kali dah, tiap kali saya istikharah yang saya nampak awak lah"
fuih~ terkedu lah. First time dengar la kut buat terkedu. Bukan apa, sebab waktu tu baru je first-first studi belajar bab solat istikharah di sekolah kan? dan dan..baru tahu apa gunanya solat istikharah..dan dan yang paling sensitip sekali, ada orang istikharah nampak kita kut?? Tak rasa ke seolah-olah, "ohh, dialah jodoh aku yang Allah dah turunkan dari langit". haha. kut la tu perasaan first time.
Then then..sampai sekarang dengar masih lagi orang minta kita terima sebab istikharah. Siap paksa-paksa lagi tuh. Tapi tak jadi-jadi juga. Lepas tu, datang lak orang lain guna quote yang sama.eh, benda ni penah jadi kut dalam hidup sendiri, ada la dalam 115 kali, haha..Cari pasal. takkan lah nak letak angka, kang ada je tesedak menanggung malu. hehe. Sori! Saya gurau je. Selalu je jadi kat orang sekeliling. Disebabkan tu, terasa lali je bila dengar perkataan ni, sebab this the common thing dalam era ni, kan?
Yang tak tahannya, macam saya cakap tadi, manusia tu buat quote tu, dekat bebudak kampung, naif lagi lurus bendul, dan mungkin tak cukup agama, dan dan mudah cair. oh ye, macam saya. Sebab apa? sebab kompem-kompem la perempuan tu rasa bersalah, teringat berhari hari, tak tidur malam, makan tak kenyang, selalu termenung, lastly, "ok, saya terima". Lagi-lagi bertambah si lelaki nampak gaya alim, eh silap, wara' cukup agama datang dari tanah arab hafal 30 juzuk. woih~ untunglaa.
Saya tau, ni mesti korang dapat penangan lepas dengar lagu istikharah cinta kan? Di tambah pula baca novel dia. terasa syahdu gitu, Plus plus tengok movie dia pula, ye? *eh, ada ke movie istikharah cinta? tak tahu la. yang pasti semua dah ada. Baik istikharah cinta, syurga cinta, syahadah cinta, sajadah cinta, tasbih cinta. Yang takda lagi, serban cinta, tudung labuh cinta dan yang perlu ditambah adalah khutbah cinta! Khatib yang boleh buat khutbah cinta memang paling style la. Tak payah guna skrip skrip berjela-jela ntah tak tau apa yang khatib bagi. Nak nak kalau ustaz azhar Idrus yang bagi. *mentang mentang dia tengah hangat di pasaran#
Bila terdengar je perkataan ni, terasa nampak muka sang pengeluar perkataan ni berseri-seri je. Dalam bahasa lembut, terasa nak campak dalam laut. Dalam bahasa kasarnya, terasa nak cili-cili cabai-cabai belacan-belacan je mulut tu. Ke dua-dua kasar?
eh eh, sebelum tu, dah panjang panjang post ni, terlupa lak nak kata. Saya tulis ni bukan nak mencaci maki benda sunnah ni. Tapi saya cuma nak kata, "tak baik awak permainkan sunnah".
Ada pernah terjadi kan kan, ada kakak tu tanya saya, "dik, akak nak tanya pandangan adik. Ada sorang laki ni, dia kata dia istikharah nampak akak. Akak istikharah nampak orang lain, macam mana ye?" waktu tu dah la blur blur tak cukup ilmu nak jawab. Dengan bersandarkan peringatan dari Nabi, lebih baik diam. Lalu kata, "saya tak tahu la. Ce tanya yang lebih pakar". See? Nampak tak betapa kebingungannya kakak tu sampai istikharah sendiri pun dia tak percaya.
Bagi saya, istikharah tu tak patut la di canang-canang, sampai orang pun keliru. Dan dan..jangan la dipaksa-paksa sebab istikharah kita. Pasti ada sebab kenapa orang tak boleh terima. dan yang pasti, yakin la Allah dah tentukan jodoh kita. Kalau tak jumpa di sini, nun di akhirat menanti.
*wah, berjela-jela#
eh, ni pe benda post panjang-panjang macam takda hadaf je ha? Dah la lama tak update, tetiba tulis panjang panjang semata-mata nak tulis pasal istikharah? Duhai, itu dia parahnya tak tulis berhari-hari.. sekali tulis, ha nak kau, bebelan demi bebelan yang agak menghangitkan telinga. eh, menghangitkan mata bila membacanya. Sori ye. Bukan takda benda lain nak tulis, ada je..tapi banyak tulisan yang tergantung disimpan kemas di dalam perut Mrs blog.
Saya bukan pandai sangat bab-bab fiqh hukum hakam istikharah, better nak lebih terang, ce bukak blog langitilahi.com ke, saifulislam.com ke, cari bab istikharah ni, ada je.
nak lagi, boleh tambah buku istikharah cinta by ummu anas. Tak pernah baca pun lagi, tapi satu ketika dulu (baru baru ni), fb saya banjir dengan buku ni. So, cubalah dapatkan iya.
Oh ya, sebagai peringatan,istikharah ni bukanlah hanya dilakukan bila nak cari jodoh. Ia LAYAK dilakukan bila-bila masa, kalau boleh setiap hari. Biar setiap langkah kita dipandu oleh Dia. Tak seperti seorang rakan yang pernah kata kat saya apabila saya tanya, "dah istikharah belum nak pilih u mana?" katanya, "ana nak simpan istikharah tu sampai tibanya waktu 'tu'". No, ia bukan begitu. Sepertimana Saidatina Fatimah (saidatina Fatimah ke sapa ntah) yang pernah saya dengar tentang kisahnya dulu, sentiasa melakukan istikharah untuk keteguhan hatinya.
OK, dengan menginsafi diri (=.=") saya memohon berbilion kemaafan kalau-kalau tulisan saya ni, dan tulisan tulisan yang sebelum ni, ada yang menambah berat mizan di belah kiri. Saya manusia, penuh khilaf, dan sedang bermujahadah. Moga Allah ampunkan. dan pastinya setiap tulisan yang tersurat dan tersirat akan Allah uji. Moga sentiasa diberi kekuatan. Jika ada tersalah, mohon betulkan.
sekian.
8 comments:
teringat status hilal asyraf psl jodoh dan istikharah ni.
"Bro, saya ini kan, asyik terserempak dengan seseorang itu masa saya berjalan ke kuliah. Em, apakah itu tanda dia jodoh saya?"
Soalan yang buat saya tersenyum.
Hem, habislah soon to be Ms Hilal, kalau macam itu cara pastikan jodoh.
Maka ramailah jodoh saya. Jangan kata pergi kuliah, balik kuliah pun ramai aja yang saya asyik terserempak hari-hari.
------------------------------
Orang melayu malas usaha,
mereka suka yang ajaib-ajaib sahaja.
Jadi nak pastikan jodoh untuk orang melayu,
alatnya mimpi, kebetulan-kebetulan, dan sebagainya.
Usaha cari jodoh yang baik, malas.
Sebab itu semua mahu jumpa jodoh cara yang ajaib semata-mata.
Tak begitu?
~.^
--credit to hilal asyraf-- ^^
wahaha..i like!
"org melayu suka yang ajaib2 saja".
tq2 (^_^,)v
hehe. awak! teringat pulak masa usrah fes2 dulu.. cerita pasal ni.. istikharah sebaiknya bt setiap hari..:))
ha? usrah first? istikharah? help me help me~~~ xigt~ wuhuhuhuhu~
wahh.
jazakillah atas perkongsian :)
menarik.
penulisan yg mantap dan kena dengan jiwa remaja :)
semoga Allah redha
hamdanlillah. mg ada ganjaran.
shukran. terus memacu!
alhamdulillah... tq for the info... btw done follow - noob
ohh. tq! mg beroleh manfaat!
Post a Comment