بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Tangan yang menulis ini juga akan lebur satu hari nanti, ku mohon agar segala yang tidak elok itu dihapuskan. Seandainya tangan yang menulis ini akan membawa kamu ke neraka, maka tinggalkanlah~

.:contacts:.

Tumblr: Insomnia

Post 100: Apakah?






Peluh memercik. Otak berpusing-pusing. Geleng kepala ke kiri kemudian ke kanan. Istighfar dua tiga kali. Syahadah. Celarunya.  Haru.

Umat islam kita hari ini sudah semakin parah!

Teringat iklan di tv, pakcik tua comel tersenyum nampak gigi 4 5 batang, kemudian keluarlah lagu, "budi bahasa budaya kita~"

Oh, rupanya kempen budi bahasa oleh kerajaan tak begitu dapat sambutan ye?

"apa benda kau merapu merepek meraban cakap pasal kempen  budi bahasa ni?!"

ececeh..buat-buat tak tau boleh..

Negara Malaysia baru melepasi satu keadaan yang agak kritikal, menghadapi bersih kan? Takdala sekritikal mesir, atau mungkin di satu hari yang bahagia akan menghadapinya juga?

Lepas buka fb pagi tadi, lihat gambar-gambar, wallpost, page-page, mencaci memaki menghamun macam takda agama ja!

di tambah pula terbuka page perdebatan antara syiah dan sunni.

Kat sini mencaci, kat sana memaki, kat sini menghamun, kat sana nak apa pula? Penyepak pelempang? oh~

Duh, rasa sesak betul dada ni.

Kalau bukan kaum kerabat (islam) sendiri yang gunakan perkataan kesat kasar itu tak mengapa, tapi bila di lihat-lihat, memang kaum kerabat haku kot~

dunia islam kita hari ini memang dah terbiasa ke dengan kalimah tutur kata mencaci memaki hamun ni?

aduh, parah-parah.

kalau umat islam sendiri hancur menghancurkan, macam mana dengan islam? tak ranap sekali namanya? jangan sampai di tangan umat islam sendiri islam jatuh.

erkh~  siapa nak tekel dunia dengan keindahan islam bling bling gitu kalau bukan umat islam?

Patutlah dolu dolu pernah dengar seorang mualaf yang suci tu kata, "saya tertarik kepada islam bukan setelah mengenali umatnya, tetapi setelah saya kenal islam nan indah itu sendiri".

Stylenya qudwah Rasulullah dan teman-teman sepermainan dakwah baginda tidak sestyle kita. Ouh, puak-puak itu benar-benar tak tertandingi.

Wahai duta-duta islam, ke mana pakaian bling bling kalian telah di campakkan?

“Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor.” (Hadits riwayat Tirmizi, dari Ibnu Mas'ud)

Tiada lain yang akan menjerumuskan manusia menerusi muka atau batang hidungnya ke dalam neraka, melainkan tutur katanya sendiri.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Huh, Dia bagi satu nikmat, nikmat mahal kut. Siakan macam tu je?

Maka Nikmat Rabb kamu yang manakah yang akan kau dustakan lagi? (QS.Ar-Rahman)

istighfar, astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah.

Moga Allah menjauhkan dari perkataan keji.

muhasabah aku dan kamu. Noktah.


No comments: