A : Kenapa awak tak pakai purdah?
B : Tak minat
A : Awak tahu tak, wajah perempuan yang boleh mendatangkan FITNAH WAJIB ditutup?
B: ok. Rasulullah kata, aurat perempuan semua, kecuali wajah dan tapak tangan. Allah pula dah kata tundukkan pandangan dalam surah An-Nur. Betulkah salah kita apabila kita sudah berusaha menjaga aurat dan batas-batas sebagai seorang perempuan dan di judge membawa fitnah kerana tidak berpurdah?
*p/s: jangan tanya lagi benda yang sama pada saya.
Purdah itu suatu khilaf. Khilaf mu'tabar.
Ustaz Don pernah kata dalam slotnya di TV Hijrah:
Khilaf ini adalah pandangan-pandangan yang berbeza di kalangan ulama'. Mana-mana kita nak ikut boleh. Kalau dah kita mengikut satu pandangan, jangan kita mewajibkan orang lain ikut apa yang kita ikut. Kalau dah khilaf, kita tak perlu persoalkan, sedangkan ulama' sendiri tidak memutuskan.
Tinggalkan perkara furu'/khilaf. Imam Hasan Al Banna sendiri di dalam kitabnya Fiqh Dakwah, amat-amat ingin menjauhkan ahlinya daripada perdebatan yang tidak ada hasilnya.
Analoginya, kadang-kadang, kita ni sibuk sangat dengan perkara furu' (bercabang), sampai meninggalkan perkara yang wajib.
Daripada kita sibuk dengan perkara yang furu', lebih baik sibukkan dalam pembinaan diri, agar kita boleh membina orang lain, sehingga perkara furu' ini tak menjadi satu masalah lagi.
Sekian.
4 comments:
ringkas tapi bermakna..
terus memaknakan.
insyaAllah, sedang memaknakannya.
doanya diperlukan sentiasa..!
dia nak cakap awak cantik tu zahrina :D hehe.
setuju.ini perkara khilaf.perkara khilaf tidak boleh ditentukan terus hukumnya wajib,haram,makruh dll. :)
miss u xoxo
hehe, cik intan! saya xkata pun prbualan tu brlaku pd sy, pandai je awk ek! XD
cntik tu subjektif,JIKA diktakan pmpn cntik tu kna pkai purdah, MAKAnya, smua prmpn wajib brpurdah!
ya, prkra khilaf tntukanlah ats diri sndiri..
miss u too!!
Post a Comment