Bukan aku macam cinderella, tapi cinderella macam aku. ^_~
"kakak tak terasa nak pakai macam budak-budak zaman sekarang?" -- makcik
"tak" tersenyum.
hati- kadang tu, ada la juga terasa,
tapi 'rasa' itu tidak kuat menebal,
sudah terbiasa mungkin,
aku bukannya seperti malaikat yang tunduk dan patuh terus,
tidakkan bertanya macam-macam,
kenapa perlu ini, kenapa perlu itu.
adakalanya, hati kuat juga memberontak,
tapi aku dah tahu,
aku hamba,
aku tidak ada apa-apa,
aku dah pilih yang ini,
aku mahu terus di jalan ini,
maka aku akan terus melakukan yang ini,
agar pengakhiran aku juga yang ini.
bagiku, pakaian yang sudah tersarung padaku kini,
mungkin lebih molek dipandang mata, alhamdulillah.
ya, aku tau, pasti ada je yang kata,
'Allah tak kira, selabuh mana pakaian yang kamu pakai'
'jangan ingat semua yang bertudung litup tu baik-baik orangnya, kadang mereka lebih teruk dari orang biasa',
maaf, aku tak peduli,
kerana aku dah tahu,
Dia takkan meletakkan sesuatu yang sia-sia untuk hambaNya,
lagi pula,
manusia yang baik itu, akan baik seluruhnya,
aku tunjukkan kesimpulan yang aku sudah nampak:
'manusia yang mempunyai hati yang baik,
pasti akan mengeluarkan perkara yang baik dari dirinya,
bicara yang sedap didengari telinga,
amalan yang menyentuh hati manusia dan sekaligus memegang erat cinta Pencipta,
dan pada akhirnya, pakaian yang di pakai akan menjadi sempurna'
semuanya terletak dari dalam,baik didalam,
maka baiklah zahirnya.
Kenapa perlu tangguh-tangguh sesuatu yang baik?
ini aku ada terbaca satu kata:
A: bila nak bertudung?
B: Tunggu seru.
monolog aku: Kalau Allah seru dulu macam mana?
biarlah orang kata : Harap je pakaian labuh mencecah lantai, akhlak tak semegah mana.
aku tetap aku : asalkan aku mujahadah, itu sudah cukup.
biarlah orang kata : tak trendy
aku tetap aku : muslimah trendy tidak dihadapan manusia.
cuma aku mohon, doakan aku kekal bertahan, dan kekal akhlak semakin kehadapan.
sekian.
No comments:
Post a Comment