Hari itu. Di meja makan, di restoran.
Ummi mengerutkan dahinya. Kemudian ummi kata "kita kena tingkatkan nilaian cinta kepada Allah. Nilaian DIA sahaja". Ummi berhenti.
Ummi tak makan. Sambil aku dan abah menyuapkan makanan ke dalam mulut, antara dengar dan tidak, ummi meletakkan tangan di atas meja, menyambung, "apa yang kita ada di dunia? kenapa kita takut mati? Kita kena siapkan juga diri untuk mati. Nak tak nak, kita kena hadapi juga. Kita takut mati sebab kita tak bersedia kan?" Ummi berhenti lagi.
Kemudian ummi menyambung lagi, "persiapkanlah supaya kita tak rasa takut nak mati, supaya kita rindu untuk mati. Mati kan nak bertemu Allah? Siapkan kematian dengan tingkatkan nilaian cinta Allah".
Perjalanan pulang, masih terngiang-ngiang suara ummi yang secara kebetulan asyik termasuk-masuk dalam telinga dan terus di tafsirkan si otak. Menulis kembali ke dalam buku yang sentiasa di sisi. Agar peringatan itu akan terus-terusan diingatkan. Agar apa yang masuk di dalam hati hari ini, sentiasa segar, dan pada hari ini pula, menulis pula ke dalam blog, agar catatan itu tidak hilang, agar catatan itu lebih segar dan terkesan.
Berani hidup, mesti berani mati. Kita datang sini untuk di uji, tiba masanya kita kembali. - kata seorang penulis idola.
Hari itu aku diingatkan, dengan perkara yang paling di takuti. Dan aku di ingatkan oleh orang yang paling aku sayangi.
Kenapa ummi yang bercakap tentang mati? Sebab Allah tahu apa yang berada di dalam hati kamu. Allah yang memberitahu itu, dan ummi hanya menyampaikan.
Kematian - bermakna meninggalkan. meninggalkan kesayangan. Orang yang di sayang, perkara yang di sayang dan kehidupan yang TERsayang.
Kita akan terlupa jalan yang jauh kita tinggalkan di belakang kerana memandangkan jalan yang lebih jauh menentang di hadapan. - sambung penulis.
Kita mahukan ketenangan, tapi kita tak jumpa ketenangan tu kan? Ketenangan tu akan kita dapat bila kita bersedia untuk mati. Kerana bila kita bersedia, kita takkan gelisah dengan dosa kita, kita tak gelisah untuk tinggalkan kesayangan kita, kerana kita akan berjumpa dengan apa yang kita rindui. Bila dah bersedia, kita akan yakin untuk berjumpa dengan MEREKA, dan mendapat apa yang kita hajati - syurga itu.
Apa yang kita dah siapkan untuk hadapi mati?
Allah~ muhasabahku malam ini, moga menjadi muhasabah kalian juga. Perasaan berdebar ini moga sentiasa ada agar aku terus bersiap menghadapi kematian. Moga Allah mengampunkan dosa-dosa.
Hanya itu di harapkan, untuk hari ini.
Tenangkan hati untuk mati.
Sekian.
6 comments:
Sesungguhnya tidur itu adalah mati kecil dan itu juga boleh jadikan persediaan kita untuk mati.
AnNaumu Akh alMauti- kata pepatah arab.
Allah (yang Menguasai segala-galanya), ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang Yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang Yang tidak mati: Dalam masa tidurnya; kemudian ia menahan jiwa orang Yang ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa Yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya Yang ditentukan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum Yang berfikir (untuk memahaminya).(Azzumar 42)
Usikum waiyyaya nafsi bitaqwallah :)
shukran katseer habbati~
"Manusia itu tidur dan hanya akan tersedar apabila mereka mati ... " Saidina Ali RA.
Salam ziarah.
Inche / Puan Mama
Jom luangkan masa baca belog saya. Kita belaja dari Si Comel Kura-kura.. :D
http://blackenamy.blogspot.com/2012/04/belajar-dari-kesungguhan-kura-kura.html
Terima kasih ya !
boleh tahu zikir kt blog nih ape tahuj dy?
Mr/Mrs Agunci:
yep, visited, thnks!~
Mr/Mrs YJ's:
'tajuk zikir', right?
heartsong by talib alhabib.
thanks. suka sangat zikir nih.
Post a Comment